CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 522|Reply: 0

'Mana hilang common sense', jiran pertikai ibu bapa tiada toleransi biar anak main mercun hingga lewat malam

[Copy link]
Post time 2-4-2025 09:17 PM | Show all posts |Read mode
SUDAH menjadi kelaziman buat golongan kanak-kanak mahupun dewasa bermain mercun menjelang sambutan Aidilfitri.
Menjadi simbolik dalam mana-mana sambutan perayaan, Syawal tahun ini turut diraikan dengan percikan bunga api dari seluruh pelusuk negeri terutamanya di malam raya.

Namun, memasuki hari kedua, situasi itu mula mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan masyarakat yang terpaksa menahan telinga akibat dentuman kuat letupan mercun tersebut.
[size=1em]Sakan bermain bunga api hingga ke larut malam, warga maya menyuarakan pendapat berhubung hal itu yang disifatkan sebagai gangguan di kawasan kejiranan.
[size=1em]Sulaiman Arsad antara yang tampil tegas membangkitkan isu tersebut di Facebook ekoran tindakan jirannya yang terlampau sakan bermain mercun hingga mengabaikan toleransi sesama jiran.
[size=1em]"Mana hilangnya common sense, kurang setengah jam nak tengah malam, dalam nak gembirakan anak-anak, persetankan jiran yang ada anak kecil nak tidur.
[size=1em]"Rasulullah bersabda yang bermaksud, demi ALLAH, dia tidak beriman, demi ALLAH dia tidak beriman, demi ALLAH dia tidak beriman, lalu ditanya siapa itu wahai Rasulullah.
[size=1em]"Baginda bersabda, iaitu orang yang jirannya tidak merasa aman daripada kejahatannya," tulisnya memetik hadis Muttafaq Alaih.
[size=1em]Dalam pada itu, beberapa individu lain turut berkongsi kisah serupa apabila terpaksa berkeras terhadap jiran yang bermain mercun tanpa henti pada hari raya.
[size=1em]"Semalam saya tak tahan dah, ada yang maknya susah tidurkan bayi tapi asyik terkejut sebab jiran main mercun tak berhenti. Utamakan hawa nafsu sendiri sampai lupa anak orang lain terganggu tidur mereka," kata Syima Ariffin.
[size=1em]"Saya tak cakap banyak, datang terus tengking nak main sambung esok sekarang masa orang tidur, benda ni kena ada common sense," kata Dzack AZ.
[size=1em]Terdahulu, dua beradik dilaporkan mengalami lecuran teruk akibat letupan mercun di Jitra, Kedah pada 19 Mac lalu.
[size=1em]Mangsa, Muhammad Zharif Daniel Norsyuwari Hariz, 7, cedera teruk apabila semua jarinya hingga pergelangan tangan kiri hancur manakala adiknya, Muhammad Aiman Naufal, 4, pula melecur di bahagian badan akibat letupan mercun bola. — Majoriti



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Pasangan panda gergasi baharu tiba di Malaysia minggu depan
AbahmungPasangan panda gergasi baharu tiba di Ma
Views : 872 Replies : 41
Prince Syed bagi isteri nafkah setengah juta ringgit, cukuplah belanja untuk setahun
RalinePrince Syed bagi isteri nafkah setengah
Views : 12016 Replies : 151
Kaki masuk hutan kena cuba, lakukan 5 tip ini jika nak elak digigit pacat
tatodKaki masuk hutan kena cuba, lakukan 5 ti
Views : 7684 Replies : 4
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 322942 Replies : 3283
Baru Balik UMRAH, Wanita Kiciwa Ibu Beri Air Zamzam Pada Adik Beradik Tanpa Izin.Netizen Berbelah Bagi
YgBenarBaru Balik UMRAH, Wanita Kiciwa Ibu Beri
Views : 2971 Replies : 99
Microwave untuk makanan halal sahaja di ofis buat netizen berbelah bagi
YgBenarMicrowave untuk makanan halal sahaja di
Views : 190 Replies : 8
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 98 Replies : 107
Sultan Kelantan dan gosip perkahwinannya...againnnn
PrickfordSultan Kelantan dan gosip perkahwinannya
Views : 1235 Replies : 4
HANYA SATU PERKATAAN  - VOL 47
tudung_bawalHANYA SATU PERKATAAN - VOL 47
Views : 5179 Replies : 3287
Jom Kongsi Gambar
VellfireJom Kongsi Gambar
Views : 23717 Replies : 1294

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2025 02:52 PM GMT+8 , Processed in 0.043342 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list