|
View: 1040|Reply: 0
|
Luruskan niat layan tetamu sebagai mengikut sunah
[Copy link]
|
|
|
Antara perkara yang sinonim dengan budaya kita di Malaysia apabila tibanya Syawal adalah budaya ziarah-menziarahi, kunjung-mengunjungi sanak saudara, jiran tetangga dan sahabat handai.
Tradisi ini sama sekali tidak menyalahi hukum syarak dan adat, malah jika ditekuni semula, ia amat digalakkan kerana membawa banyak kebaikan kepada masyarakat negara ini, khususnya dalam mengeratkan hubungan antara anggota masyarakat.
Memuliakan dan menghormati tetamu ini bukan semata-mata tradisi masyarakat di Malaysia, bahkan ia satu tuntunan dalam agama seperti sabda baginda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah dia berkata baik atau diam, sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah dia memuliakan jirannya dan barang siapa yang beriman kepada Allah serta hari akhirat maka hendaklah dia memuliakan tetamunya". (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Antara cara memuliakan tetamu adalah dengan menyediakan makanan dan minuman mengikut kadar kemampuan serta layanan baik seperti memberi tempat duduk yang sepatutnya serta menghantar pulang ke pintu lebih lagi dari pekarangan.
Dalam konteks kebiasaan kita menerima tetamu ketika Aidilfitri, menjadi rutin kita melayani tetamu dengan menjamu mereka makanan dan minuman.
Tanpa sebahagian daripada kita sedari, amalan ini sebenarnya satu daripada sifat Islam yang baik sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Abdullah Ibn Amr RA melaporkan, Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah (SAW): 'Apakah sifat Islam yang terbaik, Rasulullah SAW bersabda: 'Berilah makan kepada manusia dan ucapkanlah salam kepada orang yang kamu kenal serta yang kamu tidak kenal". (Hadis Riwayat Bukhari)
Sebenarnya, amalan dalam menyambut Aidilfitri dengan melayan tetamu dan menyediakan makanan serta minuman yang berkunjung ke rumah kita bukan sekadar tradisi kemasyarakatan sahaja, bahkan perkara yang sudah ada dalam konsep Islam, malah suatu yang dituntut.
Maka oleh itu, boleh kita meluruskan niat dalam melayani dan menghormati tetamu dengan menjamu mereka makan ketika Aidilfitri adalah sebagai mengikut ajaran digariskan dalam Islam dan mengikut sunah Nabi Muhammad SAW.
Kesimpulannya, kita seharusnya mengambil kesempatan dalam menyambut Aidilfitri dengan meraikan tradisi turun- temurun yang ia adalah seiring dengan syarak.
Penulis Ketua Jabatan Syariah Islamiyyah, Kolej Islam As Sofa
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|