CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1154|Reply: 1

'9 tahun bersabar, nafkah semua beri,' peguam syarie saran 4 langkah hadap isteri degil

[Copy link]
Post time 9-4-2025 10:15 PM | Show all posts |Read mode
[size=1.125em]
[size=1.125em]
[size=1.125em]ISU rumah tangga sering menjadi perbualan di media sosial terutamanya apabila seseorang meluahkan kesulitan yang mereka hadapi dalam perkahwinan.

[size=1.125em]Baru-baru ini, tular hantaran di media sosial berkait seorang lelaki yang meluahkan rasa kecewa mengenai perkahwinannya yang semakin mencabar.

[size=1.125em]Meskipun sudah menyediakan segala keperluan seperti rumah, kereta, nafkah dan hadiah seperti gelang emas untuk isterinya, si suami tetap berdepan dengan masalah besar dalam hubungan mereka.

[size=1.125em]

[size=1.125em]Isterinya juga sering kali menunjukkan sikap panas baran, marah tanpa sebab yang jelas dan gagal menerima teguran dengan baik walaupun dia cuba berbincang secara tenang.

[size=1.125em]Menurut lelaki tersebut, beliau sudah banyak kali bersabar, namun keadaannya semakin teruk apabila isterinya terus bersikap keras kepala.

"Saya cuba berbincang dengan baik, tetapi dia tetap marah. Ada kalanya saya rasa bimbang jika saya hilang sabar dan bertindak di luar kawalan," luahnya di laman Facebook.


Mengulas isu itu, Peguam Syarie Negeri Selangor dan Panel Hakam Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Muhammad Amirul Akmal Ismail menjelaskan beberapa langkah yang boleh diambil oleh pasangan yang menghadapi situasi serupa.

Amirul berkata, sikap keras seseorang wanita seperti itu berkemungkinan berpunca daripada didikan keluarga yang terlalu memanjakan sejak kecil.

"Ini perkara yang biasa berlaku. Jika seorang anak dibesarkan dalam keluarga yang memenuhi segala keinginannya tanpa batasan, ia boleh mempengaruhi cara dia berfikir dan bertindak dalam perkahwinan," katanya kepada Majoriti.

Nasihat secara baik

Beliau menyarankan beberapa langkah yang boleh diambil oleh suami untuk menyelesaikan masalah itu.

"Langkah pertama perlu dilakukan oleh suami adalah dengan memberikan nasihat kepada isteri secara lembut dan berhemah.

"Komunikasi adalah kunci dalam rumah tangga," kata Muhammad Amirul.

Namun, Amirul berkata, langkah seterusnya perlu dipertimbangkan jika pendekatan itu tidak membawa hasil.

Libatkan keluarga sebagai orang tengah

Amirul berkata, suami boleh melibatkan keluarga terutamanya keluarga pihak perempuan sebagai orang tengah untuk menasihati pasangan sekiranya masalah masih berterusan.

Amirul menegaskan bahawa penglibatan keluarga dalam perkara itu sangat penting.

"Kadang-kadang, pasangan lebih mudah menerima nasihat daripada orang yang mereka hormati, seperti ibu bapa mereka sendiri," katanya.

Khidmat kaunseling

Amirul berkata, sekiranya masalah tersebut masih berlanjutan, langkah seterusnya adalah dengan mendapatkan khidmat kaunseling daripada pejabat agama Islam daerah.

"Di pejabat agama Islam daerah berdekatan, pasangan boleh mendapatkan nasihat daripada ustaz atau ustazah yang berpengalaman dalam menangani masalah rumah tangga.

"Ini adalah satu cara yang dapat membantu mereka memahami dan mengatasi masalah yang dihadapi. Biasanya dalam satu jam," tambahnya.

Tindakan undang-undang

Namun, jika selepas melalui langkah-langkah tersebut masalah masih berterusan, pasangan mungkin perlu mempertimbangkan langkah terakhir iaitu perceraian.

"Sekiranya tiada lagi persefahaman dan tiada perubahan, perceraian mungkin menjadi jalan terakhir. Tetapi, sebelum melangkah ke situ, suami boleh memfailkan tuntutan nusyuz dengan harapan mahu isterinya kembali taat kepadanya.

"Jadi, jika isteri berubah sikap selepas tuntutan nusyuz dibuat, perkahwinan masih boleh diselamatkan," jelas Amirul.

Amirul turut menyarankan beberapa perkara untuk dibuat setiap pasangan yang sedang menempuh ujian rumah tangga.

"Suami kena jadi seorang yang penyabar.

"Sama-sama (suami isteri) kena saling bertolak ansur, kena ada toleransi," katanya. — Majoriti

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2025 07:22 AM | Show all posts
Ada tak wanita2 yg kecam? Mana tau ada yg ckp isteri x kurang ajar kalo suami baik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2025 09:11 PM GMT+8 , Processed in 0.056843 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list