CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1078|Reply: 0

Suami selalu ‘outstation’ ajak VC tanpa pakaian, minta gambar ghairah demi puaskan syahwat

[Copy link]
Post time 17-4-2025 12:58 PM | Show all posts |Read mode



TUNTUTAN kerja dan faktor kewangan membuatkan kebanyakan pasangan suami isteri terpaksa hidup berjauhan antara satu sama lain.


Malah ada juga yang perlu meninggalkan pasangan untuk tempoh yang lama kerana bertugas di luar kawasan (outstation).


Situasi yang dialami itu menyebabkan ada yang mula mencari jalan mudah untuk memenuhi keinginan hawa nafsu seperti melakukan panggilan video (VC) atau mengirim gambar tanpa pakaian kepada pasangan masing-masing.


Meskipun tiada batas aurat antara pasangan suami isteri, namun umat Islam disyariatkan untuk menjaga kemuliaan pasangan dalam apa sahaja perkara yang dilakukan.




Bagi menyelesaikan permasalahan yang sering melanda masyarakat masa kini, Jabatan Mufti Pulau Pinang tampil mengulas isu berkenaan.


Selepas berlakunya akad nikah yang sah antara seorang lelaki dan wanita, maka tiada lagi aurat antara mereka berdasarkan hadis: “Jagalah aurat kamu kecuali daripada isteri kamu atau hamba yang kamu miliki”.


Ulama bersepakat bahawa tidak haram bagi suami melihat seluruh tubuh isterinya dan begitu juga sebaliknya.


Bagaimanapun, tindakan berkongsi gambar yang mendedahkan aurat antara suami isteri di dalam WhatsApp mahupun media sosial dibimbangi akan membuka ruang terdedahnya gambar tersebut kepada orang lain.


Ini seterusnya boleh menyebabkan kemudaratan lebih besar.






Maka, perkara tersebut lebih baik dielakkan dan ini bertepatan dengan beberapa kaedah fiqh 'menutup pintu-pintu yang boleh membawa kemudaratan' dan 'berhati-hatilah kalian dengan ruang-ruang tohmahan'.
Namun, melihat kepada pasangan (yang halal) sambil masing-masing menimbulkan keghairahan kemudian diikuti dengan perbuatan onani pula mempunyai hukumnya yang tersendiri.

Hukum onani bagi mereka yang tidak mampu bernikah dan takut terjatuh ke dalam maksiat adalah harus dan tidak berdosa.

Bahkan, kaedah fiqhiyah juga menyebut: “Kemudaratan itu membolehkan apa yang terlarang”.

Ini merupakan pendapat yang diriwayatkan daripada Imam Ibn Taimiyyah dan Ibn Qayyim serta pendapat daripada Ibn Aqil.

Pendapat ini diperkuatkan oleh Imam Ahmad dengan riwayat bahawa para sahabat terdahulu beronani dalam perang dan ketika musafir sebagai keharusan melakukannya apabila terdesak dan perlu. (Lihat: Al-Bada’I Wal Fawa’id, jld. 2, hlm. 870).

Adapun apabila melakukan onani itu hanya kerana mencari keseronokan dan berhibur dengannya, maka hukumnya adalah haram dan ditegah.

Ia termasuk dalam perbuatan yang keji dan kotor serta memudaratkan akal serta jiwa sehingga menjadikan dirinya dikuasai oleh syahwat dan dibimbangi akan terjebak kepada perzinaan.

Namun, apabila syahwat itu terlalu mendesak dan menggoda, maka beronani dengan tangan atau apa jua alatan asalkan sekadar mencukupi untuk memuaskan syahwat demi mencegah zina.

Bagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang perlu diperhatikan dalam beronani iaitu:

1. Hukum onani akan menjadi haram apabila seorang lelaki itu menggunakan gambar lucah atau bayangan di otaknya akan perkara kotor atau berkhayal wanita kerana ini bukan lagi beronani demi mencegah zina, sebaliknya ia sudah bertujuan mencari kepuasan dan berseronok dan perbuatan seperti itu diharamkan.

Oleh demikian tidak digalakkan memuaskan nafsu secara online, walaupun dengan pasangan yang halal, sebab ia akan menimbulkan ketagihan dan kemungkinan akan terjebak melakukan perkara lebih jauh lagi sehingga membawa kepada perkara diharamkan syarak. Perlu diingat, tidak boleh berseronok dengan jalan yang haram.

2. Adapun sebaliknya, mereka yang terdesak cukup sahaja beronani tanpa perlu bayangan dan khayalan atau apa-apa modal yang halal atau haram kerana niatnya sekadar untuk mengurangkan tekanan seksual. Ini dibolehkan.

Begitu juga wanita yang tidak mampu menahan desakan batin maka tidak mengapa mereka beronani dengan menggunakan tangan atau apa alatan yang tidak merbahaya asalkan dibuat setelah terdesak bukan dengan sengaja atau berniat mencari keseronokan.

Firman Allah SWT: “Dan bertakwalah kamu kepada Allah semampu kamu.” (Surah al-Taghabun: 16).

Kesimpulannya, apabila terdesak dan perlu untuk menurunkan tekanan syahwat dengan cara beronani, namun begitu tidak digalakkan menggairahkannya melalui online, panggilan video dan sebagainya.

Adalah dianjurkan supaya pasangan tersebut berusaha menjaga syahwat mereka dengan berpuasa serta berusaha menghindarkan diri daripada membayangkan kelazatan berjimak bersama pasangan.

Oleh demikian, hendaklah mereka berikhtiar untuk dapat berkumpul semula dan tidak tinggal berjauhan supaya tercapai matlamat perkahwinan yang telah dibina dengan ikatan diredhai Allah SWT.

Ingatlah pesanan Allah SWT ini dan jadikanlah ia sebagai motivasi.

Firman Allah SWT: “Adapun orang yang takut kepada kebesaran tuhannya dan menahan diri daripada hawa nafsunya maka syurgalah tempatnya.” (Surah Al-Nazi’at: 40-41). - mStar



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
HANYA SATU PERKATAAN  - VOL 47
tudung_bawalHANYA SATU PERKATAAN - VOL 47
Views : 2274 Replies : 1340
Nubhan ceraikan isteri, naik mahkamah syariah esok.
PrickfordNubhan ceraikan isteri, naik mahkamah sy
Views : 42163 Replies : 755
Update :UIAM siasat Associate Professor Solehah Yaacob dakwa Kerajaan Roman belajar buat kapal Dari orang Melayu.Netizen terbelah dua
YgBenarUpdate :UIAM siasat Associate Professor
Views : 2091 Replies : 75
Miss Universe 2025 - Miss Thailand
perrrghhhhMiss Universe 2025 - Miss Thailand
Views : 387 Replies : 11
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 317281 Replies : 3210
[Edisi Penganiayaan] Bekas Pekerja Tidak Dicarum KWSP Selama 11 Bulan Oleh Pengurusan Syarikat Milik Artis Tersohor & Keluarga (UPDATE KES #715)
kakasotong2[Edisi Penganiayaan] Bekas Pekerja Tidak
Views : 58114 Replies : 976
Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah bakal melangsungkan pernikahan 2 Oktober
irveneRaja Muda Selangor, Tengku Amir Shah bak
Views : 23032 Replies : 421
Kehebatan Zohran Mamdani
stingerkentotKehebatan Zohran Mamdani
Views : 219 Replies : 2
Jom Kongsi Gambar
VellfireJom Kongsi Gambar
Views : 23208 Replies : 1198
Gagah naik Cameron Highlands, 5 jam kereta tidak bergerak
AbahmungGagah naik Cameron Highlands, 5 jam kere
Views : 7585 Replies : 59

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-11-2025 02:35 PM GMT+8 , Processed in 0.137378 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list