CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 187|Reply: 0

Vasektomi haram di sisi Islam, lelaki mandul selamanya, prosedur rosak asas kehidupan

[Copy link]
Post time 22-4-2025 12:22 PM | Show all posts |Read mode


PERANCANGAN keluarga merupakan salah satu aspek penting dalam kehidupan berumah tangga, khususnya berkaitan cahaya mata.


Ironinya situasi yang sering berlaku dalam masyarakat adalah tanggungjawab itu lazimnya dipikul oleh wanita.


Wanita menjadi subjek utama dalam penggunaan kaedah perancangan keluarga seperti pil perancang, suntikan hormon, implan, alat dalam rahim (IUD) dan sebagainya.


Namun, baru-baru ini timbul persoalan sejauh mana keberkesanan dan hukum dari sudut agama berkaitan kaedah pemandulan lelaki iaitu vasektomi.


Merupakan satu prosedur perubatan yang melibatkan pemotongan atau pengikatan salur sperma daripada testis ke zakar, ia bertujuan mencegah kehamilan secara kekal.


Dalam erti kata lain, lelaki yang menjalani vasektomi tidak lagi mampu menghasilkan zuriat buat selama-lamanya.


Memuat naik cerita di laman Threads pada Jumaat, seorang pakar perubatan, @hafiszularif berkongsi pengalaman apabila didatangi pemuda yang berhajat untuk menjalani prosedur vasektomi tersebut.


"Rabu lepas ada pesakit datang nak minta rujukan ke hospital sebab nak buat vasektomi. Umur baru 35 tahun, anak ada tiga orang.



"Bila tanya memang tak nak anak lagi ke? Dia kata tiga pun dah cukup, saya tanya lagi macam mana tahu tentang vasektomi, katanya kawan-kawan sebaya ramai buat jadi dia pun nak buat," katanya.


Berbicara mengenai isu tersebut, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri sebelum ini pernah menjelaskan bahawa proses vasektomi adalah haram dan tidak dibenarkan dalam Islam.


Katanya menerusi ciapan di laman Twitter (kini X), prosedur tersebut haram kerana ia dianggap satu bentuk kawalan kelahiran lelaki atau pemandulan kekal.


Jelasnya menerusi laman Maktabah Al Bakri, disebabkan oleh keberhasilan untuk berjaya membalikkan semula (sebelum prosedur vasektomi) adalah sangat rendah, tidak mudah dan tidak selalunya berjaya maka ia haram di sisi Islam.


"Justeru, pemandulan kekal diharamkan oleh para ulama kerana ia melibatkan pengubahan ciptaan ALLAH, merosakkan asas kehidupan dan melakukan pembunuhan," katanya.


Jenis-jenis prosedur vasektomi


1. Vasektomi konvensional


Menurut webmd.com, Bagi prosedur ini, doktor akan menghasilkan satu atau dua belahan kecil pada kantung testis (skrotum) dan mengeluarkan sebahagian kecil daripada setiap salur tersebut untuk meninggalkan sedikit jarak antara kedua-duanya.


Setiap hujung salur tersebut akan ditutup dengan menggunakan kaedah kauterisasi, klip ataupun ikatan. Pesakit mungkin memerlukan jahitan larut sendiri untuk membantu proses penyembuhan atau luka tersebut mungkin sembuh tanpa sebarang jahitan. Bagaimanapun ia akan ditentukan oleh doktor pakar pada prosedur terakhir.


2. Vasektomi tanpa pisau


Dalam kaedah ini, doktor akan mengenal pasti lokasi tiub salur vas deferens di bawah kulit skrotum sebelum mengepitnya di tempat yang sesuai.


Seterusnya, doktor menghasilkan lubang kecil pada kulit, meregangkan dan mengeluarkan salur vas deferens itu satu persatu.


Salur-salur itu akan dipotong dan kemudian ditutup dengan teknik ikatan sebelum diletakkan kembali ke tempat asalnya.


Kesan sampingan vasektomi


Vasektomi secara umumnya adalah prosedur yang selamat. Namun, seperti kebanyakan prosedur pembedahan lain, ia masih mempunyai beberapa risiko memberi kesan seperti berikut:


- Pendarahan atau lebam pada skrotum


- Rasa sakit atau tidak selesa


- Keluar darah dalam air mani


- Jangkitan pada kawasan belahan


- Kesan bengkak


Kebiasaannya pesakit tidak mengalami sebarang kesan sampingan dan jika ia berlaku, kesannya cuma bersifat sementara.— Majoriti


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2025 03:39 AM GMT+8 , Processed in 0.036052 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list