CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 947|Reply: 0

Syurga di luar rumah, ketahui 3 matlamat perkahwinan

[Copy link]
Post time 24-4-2025 10:32 PM | Show all posts |Read mode



Sesetengah pasangan yang mendirikan rumah tangga atau hidup dalam sebuah keluarga berjaya melayari kehidupan bahtera kehidupan mereka dengan selamat dan sejahtera sehingga ke akhir hayat.


Namun ada juga yang mengalami kegagalan. Bahtera yang dipandu tenggelam di tengah lautan. Rumah tangga yang dibina atas dasar cinta dan suka sama suka berakhir dengan penceraian.


Rumah tangga yang dahulunya diibaratkan seperti syurga, penuh dengan benih-benih cinta dan kasih sayang kini bertukar menjadi sebuah neraka.





Sentiasa berlaku perselisihan, pertengkaran dan pergaduhan. Akibatnya terdapat segelintir suami atau isteri yang lebih gemar menghabiskan masa mereka di luar rumah semata-mata untuk mencari kedamaian dan ketenangan.


Lebih memburukkan lagi keadaan apabila terdapat suami atau isteri leka mencari keseronokan di luar rumah sama ada di tempat-tempat hiburan, berfoya-foya dengan pasangan lain sehingga mengabaikan tanggungjawab dan peranan masing-masing. Hilang rasa kasih dan sayang suami terhadap isteri, begitu juga isteri hilang rasa hormat kepada suami.


Tidak memahami atau jahil tentang matlamat dan tujuan perkahwinan serta tanggungjawab dan peranan masing-masing dalam kehidupan berumahtangga menjadi penyebab utama berlakunya krisis rumah tangga.


Sekiranya pasangan suami dan isteri memahami matlamat dan tujuan perkahwinan dan melaksanakan peranan dan tanggungjawab masing-masing sepertimana yang disyariatkan, pasti tidak akan berlaku seperti apa yang dinyatakan.



Suami tidak akan tergamak untuk mencari pasangan lain yang tidak dihalalkan dan isteri juga tidak akan tergamak untuk mencari lelaki lain yang tidak halal baginya. Perlu diketahui ada tiga tujuan atau matlamat utama Allah S.W.T. mensyariatkan perkahwinan iaitu:

Pertama: Mendapatkan zuriat keturunan


Melalui perkahwinan akan melahirkan zuriat keturunan yang sah taraf bukan seperti haiwan yang tidak diketahui siapakah bapanya yang sebenar. Zuriat keturunan yang lahir dari pasangan suami isteri yang berkahwin semata-mata berlandaskan agama dan taqwa kepada Allah akan diasuh, dididik, dipimpin dan dibimbing secara Islam.



Mereka pasti akan menjadi anak yang bukan sahaja sekadar tahu untuk menghormati kedua-dua ibu bapanya, malahan akan menjadi manusia yang cintakan Allah dan patuh kepada hukum-hukum agama.


Rasulullah s.a.w. sangat menggalakkan umatnya supaya berusaha untuk mendapatkan seramai mungkin zuriat dan keturunan menerusi perkahwinan seperti mana sabdanya dalam sebuah hadis,


“Berkahwinlah kamu dan beranak-pinaklah kamu kerana sesungguhnya aku akan berasa bangga di akhirat nanti disebabkan ramainya umat-umatku”


Firman Allah dalam surah an-Nisa’:1,


“Wahai manusia bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu (bermula) daripada diri yang satu (Adam) dan daripadanya Allah menciptakan isterinya (Hawa) dan daripada kedua-duanya lahirlah zuriat keturunan yang ramai lelaki dan perempuan…”





Kedua: Melahirkan ketenangan dan kebahagiaan


Allah berfirman dalam surah ar-Rom: 21


“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Allah, Dia menciptakan untuk kamu daripada jenis kamu, pasangan-pasangan (isteri) bertujuan untuk melahirkan perasaan tenang dan tenteram, dan dijadikan antara kamu perasaan kasih sayang dan simpati serta kasihan belas…”



Perkahwinan dengan cara yang halal berteraskan aturan agama pasti akan membawa barakah dan kebaikan. Keberkatan yang berbentuk as-Sa’adah iaitu nilai kebahagiaan hakiki yang mampu menatijahkan ketenteraman jiwa, keharmonian rumah tangga dan sikap toleransi hingga tersemai rasa kasih sayang (mawaddah) dan belas kasihan (rahmah) di antara suami isteri.

Di samping itu juga akan melahirkan rasa az-Ziadah iaitu penambahan nikmat berterusan dari Allah hinggakan tidak timbul perasaan tidak cukup atas segala rezeki pemberian daripada Allah.

Barakah adalah nilai yang dapat mendisiplinkan seseorang. Keinginan mengecapi barakah Allah akan membentuk matlamat perkahwinan yang lebih kudus.

Perkahwinan yang diberkati akan menjelmakan sebuah keluarga yang sempurna sekaligus menjana pembentukan masyarakat yang kukuh dan utuh berlandaskan prinsip dan norma-norma Islam sejati. Hanya yang halal berteraskan norma-norma agama membawa barakah, sedang yang haram atau curang pada prinsip Islam hanya menempah padah.

Ketiga: Terhalang dari perkara-perkara keji dan mungkar

Setiap manusia dikurniakan naluri untuk berkasih sayang dan ingin mencintai dan dicintai berdasarkan syahwat kemanusiaan. Keinginan untuk melakukan perhubungan seks ada pada setiap individu sebagai memenuhi keperluan nafsu syahwat.

Bercinta sebelum berkahwin boleh menjerumuskan pasangan kepada perlakuan maksiat yang mendorong kepada berlakunya perbuatan zina. Justeru matlamat perkahwinan itu sendiri adalah satu cara yang ditetapkan oleh agama untuk menyalurkan keinginan nafsu syahwat dengan cara yang halal dan diberkati Allah.



Dalam Islam, hubungan yang dihalalkan melalui pernikahan itu bukan sekadar memenuhi hawa nafsu semata-mata, tetapi juga ia dapat menjaga kehormatan dan mengelakkan diri dari terjumus kepada perbuatan dosa di samping merupakan satu ibadah yang bertujuan melahirkan generasi atau zuriat yang soleh. Sabda Baginda s.a.w.

“Wahai anak muda! barang siapa di antara kamu yang mampu untuk berkahwin maka kahwinlah kerana dengan berkahwin akan terhalang pandangan (dari melihat perkara yang diharamkan) dan akan terkawallah kehormatan (dari terlibat dengan perkara-perkara yang diharamkan)”

Namun jika sekiranya tidak wujud ketiga-tiga perkara yang disebutkan di atas maka pasti akan berlakulah kepincangan di dalam kehidupan berumahtangga. Tiada perasaan hormat dan rasa kasih sayang sesama pasangan sehingga mendorong kepada berlakunya perbuatan curang di kalangan suami atau isteri. Akibatnya berlakulah gejala songsang seperti mencari syurga di luar rumah. Wallahu a’lam - UTUSAN TV


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Nubhan ceraikan isteri, naik mahkamah syariah esok.
PrickfordNubhan ceraikan isteri, naik mahkamah sy
Views : 42034 Replies : 750
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 317262 Replies : 3209
HANYA SATU PERKATAAN  - VOL 47
tudung_bawalHANYA SATU PERKATAAN - VOL 47
Views : 2239 Replies : 1335
[Edisi Penganiayaan] Bekas Pekerja Tidak Dicarum KWSP Selama 11 Bulan Oleh Pengurusan Syarikat Milik Artis Tersohor & Keluarga (UPDATE KES #715)
kakasotong2[Edisi Penganiayaan] Bekas Pekerja Tidak
Views : 58114 Replies : 976
Miss Universe 2025 - Miss Thailand
perrrghhhhMiss Universe 2025 - Miss Thailand
Views : 297 Replies : 7
Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah bakal melangsungkan pernikahan 2 Oktober
irveneRaja Muda Selangor, Tengku Amir Shah bak
Views : 23032 Replies : 421
Kehebatan Zohran Mamdani
stingerkentotKehebatan Zohran Mamdani
Views : 219 Replies : 2
Jom Kongsi Gambar
VellfireJom Kongsi Gambar
Views : 23208 Replies : 1198
Gagah naik Cameron Highlands, 5 jam kereta tidak bergerak
AbahmungGagah naik Cameron Highlands, 5 jam kere
Views : 7585 Replies : 59
Rumah Borak Borneo~Pstt Poret Lok
VellfireRumah Borak Borneo~Pstt Poret Lok
Views : 2232 Replies : 997

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-11-2025 01:47 PM GMT+8 , Processed in 0.054339 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list