|
GALAKSI VIRAL - Allahyarham Toh Puan Setia Datin Rafeah Buang cukup dikenali salah seorang biduanita Malaysia yang sangat paling popular era 60 an dan 70 an. Vokal Allahyarham yang lemak merdu, alunan suara yang penuh syahdu dan lenggok kemelayuan yang padu menjadikan beliau salah seorang Ikon Muzik Malaysia yang cukup dihormati dan disegani ramai.
BIODATA RINGKAS RAFEAH BUANG Nama Penuh : Raefah binti Buang
Tarikh Lahir : 25 Julai 1948
Tarikh Kematian : 24 Julai 2002 (53 tahun)
Tempat Lahir : Singapura
Tahun Aktif : 1963 - 2002
Album Studio : 6
1977 - Bisikan Hati
1978 - Bila Terima Puji-Pujian
1978 - Kan Ku Berikan Hati
1980 - Don Juan II
1981 - Dalam Ketenangan
1981 - Di Luar Jendela
1983 - Potret Seorang Biduanita
1987 - Rinduku Mama
RAFEAH BUANG : 12 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN
01. BISIKAN HATI (ISTILAH CINTA)
Komposer : A.R. Ismail
Penulis Lirik : A.R.Ismail
Album : Bisikan Hati
Tahun : 1977
Catatan : Lagu irama Keroncong ini adalah salah satu lagu Keroncong paling popular di Malaysia. Lagu ini adalah salah satu signature songs Allahyarham dan pernah dinyanyikan semula oleh Biduanita Negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza di dalam album Sanggar Mustika tahun 2002.
Video Lagu Bisikan Hati
02. DISEBUT JANGAN DIKENANG JANGAN
Komposer : Ibrahim Bachik
Penulis Lirik : Rosley Haji Yusuf
EP : Selamat Datang
Tahun : 1968
Catatan : Lagu Irama Asli ini adalah salah satu lagu Irama Malaysia yang sangat popular dan cukup diminati sehingga kini.
Video Lagu Disebut Jangan Dikenang Jangan
03. SELASIHKU SAYANG bersama ALLAHYARHAM AHMAD JAIS
(ADUNAN SEMULA)
Komposer : Taib Osman
Penulis Lirik : Zainal Abas
Album : Paduan Suara Emas Malinda Vol.3
Tahun : 1991
Catatan : Lagu adunan semula versi Rafeah Buang dan Ahmad Jais ini adalah antara versi paling popular untuk lagu ini. Ini secara langsung meneruskan lagi populariti Rafeah Buang untuk era baru 90 an.
Info lanjut boleh rujuk di sini >>> Lagu Popular Rafeah Buang
|