Dia sebaliknya rancak berkongsi dan memuat naik konten tentang kehidupan bahagia bersama anaknya, Fatima.
Memang ramai sokong tetapi dalam masa sama ada juga mempertikai tindakan Fazura bercuti ke luar negara sedangkan hutang keliling pinggang.
“Ramai yang sakit hati tengok Fazura kongsi konten bercuti sedangkan tengah berhutang jutaan ringgit.
“Tak apalah Faz, ini namanya dugaan Tuhan. Lebih baik senyap daripada membalas apa-apa, risau keruhkan lagi keadaan,” komen netizen.
Tapi Diva rasa Fazura perlu menyatakan sesuatu bagi menepis semua dakwaan tersebut sekiranya tidak benar sebab merosakkan imej dan namanya.
Lagi menakutkan apabila ada dakwaan mengatakan pihak Fazura memberi ‘cek tendang’ kepada syarikat terbabit. Risau ya baca.
Apa pun semoga kes hutang ini dapat diselesaikan dengan segera dan secara baik ya.
Sumber:Kosmo