View: 2953|Reply: 35
|
[Tempatan]
"Rasa Rumput Ni Memang Sedap Ya" - Lelaki Ketagih Matcha Latte Dekat Mekah, Mintak Bukak Dekat Malaysia Sebab Minat Coffee!
[Copy link]
|
|
Terbaharu, tular satu hantaran di laman TikTok apabila seorang lelaki dikenali sebagai Anas (@anassmilly) sedang membuat reviu minuman matcha latte yang dibeli olehnya di kafe yang terletak di Mekah iaitu Brew92.
Difahamkan, Anas mencuba banyak minuman dan makanan baharu dan unik semasa menunaikan ibadah umrah sebelum ini.
“Aku love betul matcha. Matcha-matcha latte rasa rumput ni memang sedap ya,” kata Anas sebelum mencubanya.
Selepas hirupan pertama, Anas menunjukkan riak wajah yang begitu terkejut sambil termenung memandang minuman di depan mata. Jemaah itu berkata, “Buka dekat Malaysia boleh tak? Nak beli ni sampai dekat Mekah ni, ya Allah.”
Lelaki Obses Mahu Kafe Brew92 Dibuka Di Malaysia
Menurut Anas, walaupun harganya agak mahal iaitu sebanyak 24 SAR (kira-kira RM27.35), tetapi rasa sedap matcha latte itu sememangnya setanding dengan caj dikenakan.
“Tapi sumpah sedap. Dia guna susu apa ni? Susu unta ke? Arab tolong buka dekat Malaysia. (Rakyat Malaysia) memang peminat kopi dengan matcha ni.
“Ketagih weh, aku sekali sedut dah separuh. Selamat mencuba guys, datang Mekah,” kata Anas.
Tambahnya lagi sebagai seorang peminat matcha, dia tidak pernah lagi merasai matcha latte sesedap itu di negara ini.
“Lurve matcha latte dekat Mekah ya. Kena buka dekat Malaysia please kitorang minat coffee,” ujar Anas yang mengharapkan Brew92 membuka cawangan di negara ini.
Untuk info, setakat ini Brew92 mempunyai sebanyak 11 cawangan sekitar Arab Saudi yang terletak di Jeddah, Mekah, Madinah dan Riyadh.
Ramai Tertanya-tanya & Mahu Cuba Matcha Latte Di Brew92
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai dilihat teringin untuk mencuba sendiri kesedapan matcha latte tersebut seperti yang diperkatakan oleh Anas.
Malah segelintir pelanggan Brew92 yang pernah mengunjungi kafe itu juga bersetuju dengan reviu Anas.
“Brew92 sedap gila weh. Sampai sekarang teringat dekat kopi dia,” ujar seorang pengguna TikTok.
Sementara itu, ada juga yang berseloroh tentang kelazatan juadah dan minuman di Tanah Suci.
“Dekat sana memang semua sedap sebab suruh kita ni datang ke sana lagi,” kata seorang wanita. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Part Susu Unta ke? Tu ....iols tergelak |
|
|
|
|
|
|
|
Part Susu Unta ke? Tu ....iols tergelak. |
|
|
|
|
|
|
|
asalkan viral walaupun...
 |
|
|
|
|
|
|
|
bukan kat Malaysia ada aje ke Matcha Latte ni.. tapi bukan brand tu la.. |
|
|
|
|
|
|
|
ko pegi umrah nak beribadat ke nak viral |
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa minuman ni sebangsa dgn minuman potong kaki
|
|
|
|
|
|
|
|
Sebenarnya ni antara ujian utk dia.. baru rasa nikmat kopi tu sampai buat konten. Adakah balik msia nanti akan lebih teringat rasa kopi tu berbanding tujuan p sana..? |
|
|
|
|
|
|
|
matcha lover ckp tak sedap
aku la tu
tak kick and pekat pun |
|
|
|
|
|
|
|
Terasa nak try matcha susu unta  |
|
|
|
|
|
|
|
Meols pnh try aiskrim macha family mart. Cantik warna hijau dia. Tp rasa mcm rumput da...nak buang syg..tp mmg xleh go. Hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
lenkali kalau nak order minuman hipster macam ni, sila request NO SUGAR atau LESS SUGAR atau 1/4 SUGAR.
iols selalu kalau order Tealive, amik no sugar je untuk yang boba dan lelain. Matcha kena amik 1/4 sugar kalau tak pahit nyah nak2 orang yang buat tu pegi tabur serbuk matcha macam tabur sabun serbuk kat mesin basuh gitu |
|
|
|
|
|
|
|
Terpaling travel lah kau.
Batak. |
|
|
|
|
|
|
| |
|