Ipoh: Lapan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) maut dalam satu kemalangan jalan raya di Jalan Chikus-Sungai Lampam, Teluk Intan.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, Sayani Saidon, memaklumkan kejadian itu membabitkan sebuah lori membawa muatan batu dan sebuah kenderaan FRU yang membawa 15 anggota termasuk pemandu. Beliau berkata yang insiden terbabit berlaku sekitar jam 8.30 pagi tadi. "Setakat ini saya boleh mengesahkan bahawa lapan orang meninggal dunia dan operasi menyelamat masih dijalankan.
|