CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 145|Reply: 0

[Sukan & Senibela Diri] Saiz tubuh jadi isu, atlet remaja negara kecundang awal

[Copy link]
Post time 14-5-2025 02:10 AM | Show all posts |Read mode

Beza fizikal atlet negara dan China


Kuala Lumpur: Pasukan remaja wanita Malaysia terpaksa akur mengakhiri cabaran hanya sekadar peringkat kumpulan selepas gagal mengutip mata di Terbuka Pingtan AVC di China.


Nur Azwa Qariesya Mohammad Noor Aizuddin dan Rachael Goh nyata diberikan tekanan selepas tewas dengan pasukan lawan dari China 0-2 dan juga Jepun 0-2.


Menerusi hantaran Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA) di Facebook, saiz tubuh badan atlet Malaysia berbanding atlet luar jelas menjadi pertikaian orang ramai kerana menunjukkan perbezaan yang sangat ketara.


Justeru, ramai yang mengatakan saiz tubuh badan atlet itu tidak sesuai untuk sukan bola tampar pantai kerana memerlukan ketahanan dan ketangkasan yang kuat namun berbeza untuk Qariesya dan Racheal.


Menjenguk ke ruangan komen, ramai yang tidak berpuas hati dan mengkritik saiz tubuh badan atlet remaja Malaysia.


Ada yang mengatakan atlet remaja Malaysia 'kurang makan' sekali gus menyalahkan Mava kerana tidak memberikan pemakanan yang sihat dan seimbang untuk atlet.


Jelas saiz tubuh badan atlet luar negara jauh lebih sasa dan tinggi berbanding ahli sukan kita.


Selain itu ada juga yang menjadi 'pakar pemakanan' dan meminta negara perbaiki mutu pemakanan seiring negara maju lain bagi membolehkan atlet Malaysia mendapat khasiat seimbang. - HARIAN METRO


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2025 10:34 PM GMT+8 , Processed in 0.059301 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list