CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1027|Reply: 1

[Tempatan] Maritim Malaysia patahkan 2 cubaan rentas sempadan secara haram dari Filipina

[Copy link]
Post time 14-5-2025 10:45 PM | Show all posts |Read mode


SANDAKAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia mematahkan dua cubaan rentas sempadan dari Filipina di perairan timur laut Pulau Berhala, di sini, semalam.


Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Muhamad Suhairy Hussain berkata dalam kejadian pertama jam 11.49 pagi, sebuah vesel mencurigakan dikesan kira-kira satu batu nautika dari Timur Laut Pulau Berhala dipercayai keluar dari Pulau Taganak di Filipina menuju perairan Malaysia.


Pemeriksaan mendapati vesel berdaftar di bawah lesen kargo itu membawa 14 individu termasuk seorang tekong, terdiri 12 lelaki dan tiga wanita berusia antara lapan hingga 70 tahun.


"Majoriti penumpang bukan warganegara dan tidak memiliki dokumen pengenalan sah.


"Seorang penumpang cuba menyogok pegawai penguat kuasa dengan wang tunai, namun cubaan itu gagal dan wang tersebut dirampas sebagai bahan bukti," katanya melalui kenyataan.


Vesel dan penumpang ditahan sebelum dibawa ke Jeti Zon Maritim Sandakan untuk tindakan lanjut mengikut Enakmen Pelabuhan dan Dermaga Satbah 2002, Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.


Dalam operasi berasingan hari sama kira-kira jam 12 tengah hari, sebuah lagi vesel tanpa nombor pendaftaran dipintas kira-kira 4.3 batu nautika dari Pulau Berhala.


Suhair berkata, pemeriksaan mendapati bot dikendalikan tekong warga Filipina hanya memiliki MyKas, bersama dua awak-awak warga asing dan seorang warga tempatan.


"Pemeriksaan menemui 12 tong berisi petrol dianggarkan 300 liter, selain 700 liter lagi disimpan dalam tangki utama bot bagi menggerakkan tiga enjin luar 250 kuasa kuda.


"Bahan api dipercayai digunakan untuk perjalanan ulang alik antara Malaysia dan Filipina," katanya.


Antara kesalahan dikesan termasuk bot tidak berdaftar dan tidak dilesenkan (Enakmen Pelabuhan dan Dermaga Sabah 2002) serta membawa petrol tanpa permit sah (Akta Kawalan Bekalan 1961).


"Bot terbabit dipercayai terbabit aktiviti rentas sempadan secara senyap. Semua suspek serta vesel dibawa ke Jeti Zon Maritim Sandakan untuk siasatan lanjut oleh Pegawai Penyiasat Maritim Malaysia," katanya. - BH ONLINE


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2025 05:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Semua nk dtg ke Malaysia dan menjadi rakyat Malaysia,  baik pinoy, myanmar, warga China, indon,  bangla, euwwwww
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2025 05:11 AM GMT+8 , Processed in 0.036767 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list