CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 908|Reply: 0

Setiap tahun cikgu dapat banyak hadiah Hari Guru, mufti perjelas situasi haram terima pemberian pelajar

[Copy link]
Post time 16-5-2025 09:27 PM | Show all posts |Read mode


TANGGAL 16 Mei setiap tahun merupakan tarikh keramat yang diraikan bagi memperingati jasa dan pengorbanan para pendidik.


Pada hari istimewa ini, guru-guru lazimnya dihujani dengan ucapan penghargaan serta pelbagai bentuk hadiah daripada anak murid sebagai tanda terima kasih.


Namun begitu, perkara ini secara tidak langsung membangkitkan persoalan sama ada perbuatan menerima hadiah atau apa saja pemberian dibenarkan dari sudut Islam, atau dianggap sebagai satu bentuk rasuah?




Persoalan berkenaan dikupas dan dihuraikan panjang lebar dalam laman Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.


Menurut laman tersebut, para fuqaha' (ahli dalam ilmu fiqh) bersepakat bahawa pensyariatan hadiah adalah disunatkan pada asalnya, melainkan sekiranya mempunyai kepentingan yang mendatang.


Di dalam al-Mausu'ah al-Fiqhiyyah juga ada menyatakan bahawa pembahagian hadiah terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu:


- Halal di antara keduanya iaitu pemberi dan penerima hadiah bertujuan untuk bersilaturrahim.


- Haram di antara keduanya seperti pemberian bertujuan melakukan kezaliman.




- Diharamkan kepada penerima hadiah sahaja sekiranya pemberian hadiah itu bertujuan untuk menggelakkan kezalimannya ke atas diri kita.


- Selain itu, pemberian hadiah disebabkan rasa takut kerana kemudaratan adalah halal bagi pemberi dan haram bagi penerima.


Sementara itu, rasuah pula ditakrifkan sebagai 'sebarang pemberian bertujuan memalsukan kebenaran dan membenarkan kepalsuan'. (Lihat: al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah).


"Kesimpulannya, pemberian dan penerimaan hadiah itu mestilah bertujuan untuk kebaikan dan mengeratkan silaturrahim. Dan ini adalah yang disunatkan seperti mana yang dilakukan pada hari guru bagi menghormati dan memuliakan para guru.




"Namun, sekiranya pemberian hadiah itu mengandungi unsur-unsur yang dilarang syarak, seperti paksaan dan rasuah bertujuan untuk mendapat manfaat yang tertentu maka ia diharamkan," tulisnya lagi.


Semoga penerangan berkenaan memberikan kita kefahaman yang jelas. - mStar


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-11-2025 08:57 PM GMT+8 , Processed in 0.044049 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list