View: 1276|Reply: 16
|
[Tempatan]
Nahas trak FRU: Pemandu lori dijamin majikan
[Copy link]
|
|
TELUK INTAN: Pemandu lori muatan batu yang terlibat dalam kemalangan jalan raya yang mengorbankan sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), di sini pada Selasa lalu dibebaskan daripada tahanan lokap polis hari ini.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Dr Bakri Zainal Abidin berkata, majikan pemandu itu telah membayar wang jaminan sebanyak RM6,000 dengan seorang penjamin, pagi tadi.
Menurut Bakri, beliau difahamkan majikan dan kawannya berkongsi untuk mengumpul wang jaminan tersebut.
“Pemandu lori ini akan diberi jaminan mahkamah di mana majikannya telah membayar wang jaminan sebanyak RM6,000 dengan seorang penjamin.
“Orang kena tuduh (OKT) akan dibebaskan sebentar lagi dari lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak,” katanya kepada media hari ini.
Pada Jumaat, Rudi Zulkarnain Md Radi, 45, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Teluk Intan terhadap sembilan pertuduhan memandu secara merbahaya sehingga menyebabkan kematian.
Tertuduh yang masih bujang membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Nurhamizah Shaffiuddin.
Mengikut pertuduhan, dia sebagai pemandu lori dengan nombor pendaftaran AKL 4674 didakwa telah memandu dengan cara merbahaya kepada orang awam hingga menyebabkan kematian sembilan anggota FRU.
Sembilan anggota itu ialah Sarjan S. Perumal, 44; Sarjan Mohd Roslan Abd Rahim, 46; Koperal Mohd Pozli Jaudin, 41; Koperal Nurit anak Pandak, 34; Koperal Amiruddin Zabri, 38; Koperal Mohamad Hilmi Mohd Azlan, 38; Koperal Muhamad Akmal Muhamad, 35; Lans Koperal Damarrulan Abdul Latif, 33 dan Konstabel Akmal Wafi Annuar, 28.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Kilometer 15 Jalan Sungai Manik, dalam Daerah Hilir Perak, kira-kira jam 9.05 pagi, pada 13 Mei lalu.
Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara antara lima hingga 10 tahun dan denda maksimum tidak lebih RM50,000, serta hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu tidak kurang lima tahun, jika sabit kesalahan.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 bagi semua pertuduhan dengan seorang penjamin di samping perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap minggu, selain lesen memandunya digantung.
Mahkamah turut menetapkan 17 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk lantikan peguam.

|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
owghhh ada majikan rupanya... so bila masyarakat boleh kenal majikannya pula? |
|
|
|
|
|
|
|
Majikan sudi tolong jamin - mungkin in a way pemandu ini dapat buktikan yang dia tak bersalah 100% kot. Dia ni salah lampau direvealed kena caci.
Pemandu jengkaut yang korek sampai pecah paip gas, sebabkan kebakaran 100++ rumah di puchong, rugi millionssssss sampai sekarang langsung tak tau sapa dia. |
|
|
|
|
|
|
|
Laaa.bila curi lembu tu.?
|
|
|
|
|
|
|
|
L.U.S.M replied at 19-5-2025 06:22 PM
Dh kena tgkp blk dh..
Curi lembu plak
Mesti majikan dia menyesal pergi ikat jamin
Ye ke? Lahhhh.
Punya ramai husnuzon kata driver lori mat pet yang dah bertaubat nasuha. |
|
|
|
|
|
|
|
Manjahati replied at 19-5-2025 06:28 PM
Laaa.bila curi lembu tu.?
Hari ni   |
|
|
|
|
|
|
|
MissVixen replied at 19-5-2025 06:31 PM
Ye ke? Lahhhh.
Punya ramai husnuzon kata driver lori mat pet yang dah bertaubat nasuha.
Haha dh kua news dah |
|
|
|
|
|
|
|
muka driver lori ni mcm pernah tgk..
jap bini dia yg selalu upload psl kucing nama adk tu ke ek..xsilap i lakinya pun ada bwk lori jgk...hrp bkn la..sweet sgt tau lakinya kucing nama adik tu |
|
|
|
|
|
|
|
L.U.S.M replied at 19-5-2025 07:59 PM
Haha dh kua news dah
Tepek la link kaka. Nak bacaa |
|
|
|
|
|
|
|
silance replied at 19-5-2025 01:33 PM
Majikan sudi tolong jamin - mungkin in a way pemandu ini dapat buktikan yang dia tak bersalah 100% k ...
Kan, xde tindakan susulan pon
|
|
|
|
|
|
|
|
ada je dia tu hah update TT melayankan kuucing dia tdo kak . hahahaha
|
|
|
|
|
|
|
|
edayildiz replied at 19-5-2025 08:55 PM
muka driver lori ni mcm pernah tgk..
jap bini dia yg selalu upload psl kucing nama adk tu ke ek..xsi ...
Baca atas tu katanya bujang |
|
|
|
|
|
|
|
tediber replied at 20-5-2025 09:00 AM
ada je dia tu hah update TT melayankan kuucing dia tdo kak . hahahaha
nsb baikkkk bkn dia
|
|
|
|
|
|
|
|
LH76 replied at 20-5-2025 09:10 AM
Baca atas tu katanya bujang
ok2 p
|
|
|
|
|
|
|
|
krik krik krik je kan sampai satu kawasan tu mcm kena bom. jilaker sungguh yg terlibat termasuk yg cuba hide identiti mangkok2 tu semua
|
|
|
|
|
|
|
| |
|