CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1637|Reply: 9

Ashraf Muslim timang anak lagi, pilih nama Alif Ashraf

[Copy link]
Post time 19-5-2025 02:10 PM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA: Pelakon, Ashraf Muslim mengumumkan dirinya selamat menimang cahaya mata lelaki, pada 10 Mei lalu.

Berita gembira itu dikongsikan oleh Ashraf menerusi sebuah hantaran di Instagram selain turut mengumumkan nama anaknya iaitu Ali Ashraf Mohd Ashraf.

“Alhamdulillah, syukur pada Allah S.W.T keluarga saya makin bertambah ahlinya. Selamat datang ke dunia, wahai anakku, Ali Ashraf Bin Mohd Ashraf
Lahirnya pada 10 Mei 2025, jam 2.57 pagi,” katanya.

Menurut Ashraf, kehadiran anak kelimanya itu memberikan sejuta makna dalam hidup mereka sekeluarga malah turut meninggalkan tanda pagar #HadiahTerindah.

Dalam perkongsian sama, pelakon drama bersiri Seribu Tahun itu turut mendoakan agar anaknya membesar menjadi anak yang soleh dan penyejuk hati.

“Hadirnya membawa sejuta syukur, selaut harapan. Wahai Ali, semoga anakanda membesar menjadi anak soleh, penyejuk mata dan hati bagi kami sekeluarga serta membesar dengan iman, akhlak yg terpuji dan keberanian.

“Terima kasih Allah atas segala-galanya. #AliAshraf #HadiahTerindah #terimakasihAllah #amanahAllah,” tulisnya di kapsyen.



Bagaimanapun, Ashraf tidak menyatakan secara terperinci mengenai kelahiran anak kelimanya itu sama ada hasil perkongsian dari isteri pertamanya, Noor Dayana Lokman atau isteri keduanya, Wan Sakinah Wan Saburi.

Terdahulu, Ashraf telah mendirikan rumah tangga bersama Dayana pada 2011. Hasil perkahwinan tersebut, mereka telah dikurniakan seorang anak lelaki, Anas Ashraf, 9, selepas empat tahun berkahwin.

Kemudian, pelakon itu telah melangsungkan perkahwinan keduanya bersama Sakinah pada 7Julai 2013 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Sarah Ashraf, 10, Adam Ashraf, 9, dan Safiyyah Ashraf, 5.-UTUSAN




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2025 05:54 PM From the mobile phone | Show all posts
tahniah, best nye bau baby..
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2025 07:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesti anak kinah chenta jagung dia
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2025 07:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols speku anak kinah. Tahniah. Semua anak2nya ada nama ashraf eh
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2025 08:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Tajuk salah...Nama anak dia Ali Ashraf, bukan Alif Ashraf
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2025 08:22 PM | Show all posts
Tahniah dapat baby..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-5-2025 09:13 PM From the mobile phone | Show all posts
mesti anak bini second kan
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2025 11:23 PM From the mobile phone | Show all posts
kemon la macam la weols baru lahir semalam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2025 11:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasanya anak kinah ni.. Gambar raya haritu kinah menyorok kat belakang sambil anak2 dia cover badan dia. Tahniah bertambah zuriat. Cuma nak cakap hensem Anas Ashraf, anak AM dengan Dr dayana ni..

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2025 11:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Depa yg poligami aku yg stress.
Motip
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2025 05:57 PM GMT+8 , Processed in 0.055485 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list