CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5349|Reply: 101

Mungkin rezeki Kulit Wayang di tentukan begitu - Pekin

[Copy link]
Post time 19-5-2025 03:41 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Pelakon, Pekin Ibrahim meluahkan perasaan kecewa kerana filem Kulit Wayang tidak dapat sambutan dari penonton seperti filem 'box office' (pecah panggung) yang lain.

Filem arahan Dain Said diterajui Pekin dan pelakon popular Fattah Amin itu ditayangkan di pawagam seluruh tanah air sejak 8 Mei lalu.

Pekin ketika dihubungi berkata, dia juga turut kecewa kutipan filem itu tidak seperti diharapkannya.

"Memanglah, saya kecewa dengan kutipan sebegitu. Cuma saya faham faktor untuk dapat kutipan filem 'box office' (pecah panggung) itu banyak.
"Salah satunya ialah jalan cerita yang bagus dan 'marketing' (strategi pemasaran) yang betul dan sesuai dengan cerita itu untuk beritahu pada semua orang, filem itu sudah keluar (tayang) di pawagam.


"Mungkin rezeki filem Kulit Wayang sudah ditentukan sebegitu," katanya kepada Harian Metro.

Bagaimanapun, kata Pekin, dia tetap bersyukur kerana filem itu turut menerima maklum balas positif dari penonton.

"Sebenarnya, masih ramai lagi yang suka dan memuji filem Kulit Wayang.

"Bagi saya, filem Kulit Wayang bukan gagal cuma tidak mendapat kutipan seperti filem 'box office' yang lain.

"Tapi untuk konsep cerita macam ini, penerimaan penonton yang 'review' (ulasan) positif dan menyukai filem itu itu pun sudah buat saya cukup puas," katanya.

Ditanya kelemahan dari segi pemasaran filem itu pula, kata Pekin, mungkin kewujudan Kulit Wayang masih tidak sampai kepada masyarakat.

"Bukan tiada tapi kurang sampai ke pengetahuan masyarakat untuk beritahu kewujudan filem itu di pawagam tanah air.

"Saya percaya, filem 'art' (seni) seperti Kulit Wayang ada peminatnya tersendiri dan semua filem juga ada kelebihan masing-masing.

"Untuk tarik penonton ke pawagam, saya percaya aspek promosi adalah kunci terbesar. Bukan tiada promosi mungkin pilihan 'marketing' yang dibuat kurang tepat atau persaingan yang hebat dari kalangan filem lain yang lebih besar," katanya.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2025 03:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang senang nak dapat sambutan tu wayang kulit lain..
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2025 04:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Makna kata populariti patah tidak menjamin kelarisan produklah khenn..
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2025 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Padan muka producer n pengarah yg stil nak hidang kayu kepada masyarakat . Lain kali pilih quality over popularity. Bkn pilih muka
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2025 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
gi lah hantar competition oversea cam viu tu…..kut dpt besh filem
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2025 04:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahahhaa marketing tak mjadi..aritu dok puji2
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-5-2025 04:34 PM | Show all posts
Kalau Pekin buat citer mesti sendu.. hmmm.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2025 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2025 04:37 PM | Show all posts
buat lar cerita tentang catfish
mesti laku keras
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2025 04:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg ni sapa yg makan kurma ni..
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2025 04:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Pernah ke movie lakonan si kayu ni box office
Mat Kilau tu pun sbb gandingan aktor hebat Adi Putra, Beto, Yayan n lain2
Dpt peluang belakon kat Indon movie Trinil tu pun tetap la kayu
Si kayu ni bila dgn pompuan je dia tak kayu., terus jadi separa sedar siap tersyahsul2 sayangg
Phuiii
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2025 05:28 PM | Show all posts
kakakko replied at 19-5-2025 04:34 PM
Kalau Pekin buat citer mesti sendu.. hmmm.

ni citer Pekin ke?

bukan Dain Said?
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2025 06:15 PM | Show all posts
nak kata filem neh berat... art sgt pun idokla la kot.cuma genre drama neh mmg susah nak box office.kat hollywood pun mcm tu
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2025 06:24 PM From the mobile phone | Show all posts
kakakko replied at 19-5-2025 04:34 PM
Kalau Pekin buat citer mesti sendu.. hmmm.

Kan..prasan jgk yg ni.. ke heols fefeeling art je lebih? Taktau la kan sbb tak penah tgk fefilem heols..
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2025 06:26 PM From the mobile phone | Show all posts
alesandra replied at 19-5-2025 06:15 PM
nak kata filem neh berat... art sgt pun idokla la kot.cuma genre drama neh mmg susah nak box office. ...

Ooo genre drama.. patut la. Sbb takut tertido mase tgk. Sedangkhuens yg action packed pon kdg meols leh terpejam mata...
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2025 09:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Marketing kurang tepat? Bukan ko keee cium2 bontot tah kononnnyaaaa ko sebantal dgn tah?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2025 09:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Tuh leh chouls Pekin
Bebal yamat
Reputz tnya psl filem
Sembang leh apa dier punya kekuatan
Neh promot movie
Sembang psl tah jantan baik anak mak
Apoooo
Ingat netizen kesahhhh
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2025 09:10 PM From the mobile phone | Show all posts
amyfaha replied at 19-5-2025 09:04 PM
Marketing kurang tepat? Bukan ko keee cium2 bontot tah kononnnyaaaa ko sebantal dgn tah?

Dier ingat hype tah anak baik
Anak mak terpaling daddy
Boleh tarik netizen tgk movie tah
Setakat hype jadi mangsa
Terpaling maksum
Ingat netizen kesahhhh
Filem Gayong guna pelakon tak hype
Cuma bersandarkan bakat je
Tapi mampu dpt 7 hari 3.3 juta
So ada kah bakat tak penting nyah?
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2025 09:18 PM From the mobile phone | Show all posts
sukanyanyi replied at 19-5-2025 06:24 PM
Kan..prasan jgk yg ni.. ke heols fefeeling art je lebih? Taktau la kan sbb tak penah tgk fefilem h ...

Dia mmg perasan fefeeling je.. tgkla filem pendek raya proton tahun ni.. yg diva AA berlakon.. giler betul bosan tahap angkasa lepas punye bosan.. 5minit punya cerita dipanjangkan jafi 30minit.. bosan mengantuk bosan jalan cerita bosan klise..xfaham knp di approved untuk buat filem pendek raya proton.. storyline mcm budak tadika punya storyline..mungkin budak tadika punya creativity lebih kreatif dari jalan citer tu..
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2025 09:51 PM From the mobile phone | Show all posts
BarbiePink replied at 19-5-2025 09:10 PM
Dier ingat hype tah anak baik
Anak mak terpaling daddy
Boleh tarik netizen tgk movie tah

Woah 3.3 juta dah, happy for gayong, harap gak la masuk netflix nanti, nak tengok jugak

Utk tak ot, brp sebenarnya kutipan kulit wayang ni? Anybody know?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-6-2025 03:23 AM GMT+8 , Processed in 0.057448 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list