CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
123Next
Return to list New
View: 2921|Reply: 44

Norjuma didenda RM1,000 cederakan wanita

[Copy link]
Post time 19-5-2025 06:53 PM | Show all posts |Read mode




KUALA LUMPUR: Bekas personaliti televisyen dan usahawan, Norjuma Habib Mohamed didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah mencederakan seorang wanita, empat tahun lalu.


Majistret Noorelynna Hanim Abd Halim menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Norjuma, 45, mengubah pengakuan tidak bersalahnya sebelum ini kepada bersalah pada prosiding hari ini.


Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara satu bulan penjara jika gagal bayar denda.


Mengikut pertuduhan, Norjuma didakwa menampar pipi dan mencakar tangan Nur Solehah Rosli, 32, di Kondominium Sastra U-Thant, Wangsa Maju di sini pada pukul 10.30 pagi, 18 Oktober 2021.


Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda mencecah RM2,000 atau kedua-duanya.


Dalam prosiding hari ini, peguam bela, Faiz Kamal Jaafar yang mewakili Norjuma memohon hanya hukuman denda diberikan.


“Anak guam saya kini tidak bekerja dan sedang menyambung pelajaran di sebuah universiti tempatan. Kini, dia ditanggung oleh bapanya yang hanya seorang pesara kerajaan,” kata peguam itu.


Pendakwaan yang dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Iman Nurhidayah Ezani memohon agar mahkamah memberikan hukuman yang setimpal sebagai pengajaran.


Pada 25 April tahun lalu, Norjuma didakwa atas lima pertuduhan membabit empat pertuduhan mendatangkan kecederaan dan melakukan khianat dengan merosakkan palang keluar masuk dan kamera litar tertutup (CCTV) milik sebuah kondominium di Taman U-Thant, di sini. – UTUSAN



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2025 06:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Lamanyaaa kes 4 tahun lalu bru jatuh hukum
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2025 07:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Unilocal  mana sheol ni masok? 1k celah gg je la nk membayo..nak upah lawyer lg mahell .helok2 dulu dgn razak clan membirah kejar jerung minyak.. cantik tp psyco..
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2025 07:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Aik takdak alimoni ka
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2025 08:24 PM | Show all posts
Lama betul nk jatuh hukum..last2 denda 1000 je.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2025 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Maksudnye skrg ni juma bkn wife sape2 la. Dlm ayat tu tulis tidak bekerja & hidup ditanggung oleh bapa yg juga pesara kerajaan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-5-2025 08:42 PM | Show all posts
zuri154 replied at 19-5-2025 08:37 PM
Maksudnye skrg ni juma bkn wife sape2 la. Dlm ayat tu tulis tidak bekerja & hidup ditanggung oleh ba ...

Kat court mesti cerita sedih sbb taknak byr byk. Padahal kan dia kata buat bisnes hotel.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2025 08:43 PM | Show all posts
Kes2 lain mcm mana
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2025 08:44 PM | Show all posts
Dah buat deal ke sbb tiba2 kali ni dia tukar mengaku bersalah
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2025 07:43 PM | Show all posts
buang masa...
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2025 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah reti parking kot. Atau datang dgn grab?


Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2025 10:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam tak percaya part ayah dia yg menanggung kos sambung belajar. Nak kata dia sekarang dah tak berduit la tu kan. Time kat mahkamah semua spin cerita sedih
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2025 10:44 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 20-5-2025 08:20 PM
Dah reti parking kot. Atau datang dgn grab?

Tukar pgakuan kpd bersalah mungkin x kose nk lyn bicara sbb nk alih parking. Ha yela2 aku bsalah. Pastu tkocoh2 pg betulkan parking
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2025 11:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Garang betul acik ni.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2025 11:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi dalam acc mesti kepuk² jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2025 11:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Zaman blaja dulu cantik lawa sgt dia. Bdn kurus tinggi smart je, muka lawa
Zaman2 sblm dia join Nona tu pun mmg dia glemer dah, dari zaman matrik lagi. Aku pun kalau dia lalu waa... X kelip tgk sbb lawa..

Sian juga bila tgk situasi camni ek. Tp itu jalan yg dipilih nya.. semoga bertambah baik la kehidupannya ya umur pun nk masuk 50 series dah beberapa tahun lagi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2025 04:32 AM From the mobile phone | Show all posts
siasia replied at 20-5-2025 11:19 PM
Zaman blaja dulu cantik lawa sgt dia. Bdn kurus tinggi smart je, muka lawa
Zaman2 sblm dia j ...

Dia mmg glamer masa dekat sggs kan
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2025 04:32 AM From the mobile phone | Show all posts
siasia replied at 20-5-2025 11:19 PM
Zaman blaja dulu cantik lawa sgt dia. Bdn kurus tinggi smart je, muka lawa
Zaman2 sblm dia j ...

Kawan geng ramai ke
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2025 08:28 AM | Show all posts
1000 tu juma bayo ke...tu je??? aku mengharapkan 1000 tu denda..pastu pampasan 1,000,000.. yg anak guam tu juma la ek.. ek eleeeeee
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2025 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa kes yg sampai bercakar tu?
Dia skrg belajar bidang apa?
Btw still nmpak cantik and classy walaupun weng. Gaya tetap ada.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-6-2025 05:57 PM GMT+8 , Processed in 0.063155 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list