CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 104|Reply: 0

[Sukan Bermotor] Imola bakal digugurkan, Verstappen sedih F1 Korbankan Litar bersejarah demi komersial

[Copy link]
Post time 19-5-2025 11:17 PM | Show all posts |Read mode
Imola bakal digugurkan, Verstappen sedih F1 Korbankan Litar bersejarah demi komersial


Reuters





IMOLA antara litar kegemaran kebanyakan pelumba. FOTO AFP



Imola: Max Verstappen mengakui kecewa dengan kemungkinan Litar Imola digugurkan daripada kalendar Formula Satu (F1) selepas 2025, sekali gus menamatkan peluangnya memburu kemenangan kelima berturut-turut di litar klasik itu musim depan.

Pemenang empat kali berturut-turut di Grand Prix (GP) Emilia-Romagna itu sedar realiti bahawa F1 sedang bergerak ke arah komersialisasi, dengan permintaan tinggi daripada negara baharu yang mahu menganjurkan perlumbaan, termasuk Afrika, Thailand dan satu lagi perlumbaan di China.

Namun bagi Verstappen, kehilangan litar seperti Imola yang sinonim dengan sejarah tragik Ayrton Senna dan Roland Ratzenberger pada 1994 ibarat meragut jiwa sebenar sukan itu.

"Memang rugi besar bila trek seperti ini hilang dari kalendar. Saya faham dari sudut komersial dan pembangunan F1, tapi secara peribadi, litar seperti inilah yang buat saya jatuh cinta dengan dunia perlumbaan sejak zaman go-kart lagi," kata juara dunia empat kali itu.

Imola, yang terletak berhampiran Bologna, kembali ke kalendar F1 ketika era pandemik, namun kontraknya hanya sampai 2025.

Tanpa lanjutan baharu, masa depan litar sempit yang dikelilingi Sungai Santerno itu tampak suram.

Ketua Eksekutif F1, Stefano Domenicali yang juga anak kelahiran Imola, turut mengakui sukar untuk mempertahankan dua perlumbaan di Itali, terutama apabila Monza sudah mengikat kontrak sehingga 2031.

Madrid akan menyertai kalendar tahun depan, manakala beberapa lokasi lain turut bersaing untuk tempat, termasuk Las Vegas dan Miami yang sudah pun menambah tekanan terhadap jumlah maksimum 24 perlumbaan semusim.

Bagi Verstappen, ia bukan sekadar tentang angka dan keuntungan."Bila kita mula tonton F1, memang ada beberapa litar yang beri kesan emosi – sukar, bersejarah, penuh cabaran," jelas pemandu Red Bull itu.

"Itu semua buatkan perlumbaan lebih bermakna. Tapi, apa yang saya boleh buat? Saya hanyalah pelumba."

F1 juga dijangka kehilangan beberapa lagi litar ikonik dalam masa terdekat.

Perlumbaan di Zandvoort, Belanda kampung halaman Verstappen dijangka tamat selepas 2025, manakala Spa-Francorchamps di Belgium tiada dalam kalendar 2028 dan 2030 biarpun mendapat lanjutan kontrak bersyarat.

Barcelona, lokasi kemenangan sulung Verstappen pada 2016, turut berada dalam senarai litar yang masa depannya masih belum dipastikan.

"Sayangnya, dunia F1 kini bukan saja tentang siapa paling pantas, tapi juga siapa boleh beri pakej komersial terbaik," kata Verstappen dengan nada kecewa.



Disiarkan pada: Mei 19, 2025 @ 11:01pm

https://www.hmetro.com.my/arena/permotoran/2025/05/1220341/imola-bakal-digugurkan-verstappen-sedih-f1-korbankan-litar





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2025 06:15 AM GMT+8 , Processed in 0.049366 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list