CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
12Next
Return to list New
View: 2461|Reply: 35

Menantu berpantang, Sheila Rusly gigih rancang menu

[Copy link]
Post time 20-5-2025 07:17 PM | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR: Pelakon dan penerbit terkenal tanah air, Sheila Rusly, meraih pujian ramai warganet apabila tindakannya melayan menantu, Elisya Sandha bak puteri raja ketika sedang berpantang dianggap sangat menyentuh hati.


Menerusi satu hantaran video, Sheila dilihat semangat menyediakan pelbagai menu makanan berpantang untuk Elisya dan ia telah menarik perhatian netizen.


Sheila juga sempat meluahkan rasa teruja apabila menantunya itu mahu menjalani proses berpantang anak kedua di rumahnya.




“Bila anak menantu Elisya Sandha cakap ‘nak berpantang rumah mama’, gigih sis rancang menu,” kongsinya.


Momen menarik yang menjadi bualan ramai ialah apabila adik kepada aktres Fasha Sandha itu memeluk ibu mentuanya itu sebagai tanda berterima kasih kerana menyediakan makanan berpantang buatnya.


Kalangan warganet menyifatkan Elisya seorang menantu bertuah kerana mempunyai ibu mentua yang baik seperti Sheila.


  


“Bestnya dapat mentua macam ini. Kita pun gembira nak pantang.


“Cita-cita aku nak jadi mentua macam ini. Sebab aku nak dia gembira jadi isteri anak aku nanti.


“Beranak ramai pun tak kisah ini kalau dapat mak mentua macam ini,” komen beberapa pengguna media sosial.


  


Pada Jumaat lalu, Elisya berkongsi berita gembira apabila dia selamat melahirkan cahaya mata kedua yang diberi nama Bahtera ElHaq.


Untuk rekod, Elisya mendirikan rumah tangga dengan anak sulung Sheila iaitu Uzair Haqimy pada Ogos 2017 dan dikurniakan seorang puteri, Bunga Elhaq yang kini berusia hampir tiga tahun. - UTUSAN



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2025 10:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Just nak cakap, Bunga cantik sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2025 03:13 PM | Show all posts
Berianya, mcm menantu takde mak sendiri..

Maaplah i kuno sikit, nak mak sendiri jugak jaga.. Tak sama dgn mak mertua.. Walau dgn mak mertua rapat jugak
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2025 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Untunglaaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2025 12:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Meolls tengok si elisya ni dok tayang stok susu badan, meolls pulak rasa malu..Ntahlah maybe meolls ni org kampung yang rasa tak perlu nk tunjuk dlm media sosial susu badn sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2025 12:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Ramah dan bagus elisya ni. Kalau aku dah rimas dah. Tak selesa nak duduk rumah orang lama2. Rasa serba salah diri menyusahkan mak mertua tu. Baik bayar sendiri confinement lady je.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-5-2025 12:53 AM From the mobile phone | Show all posts
dewi_rina replied at 23-5-2025 03:13 PM
Berianya, mcm menantu takde mak sendiri..

Maaplah i kuno sikit, nak mak sendiri jugak jaga.. Tak sa ...

Untungnya uols mak masih sihat dan hidup. Tak sama kasih dan layanan mak kandung dengan mak tiri dan mak mertua. Beruntungnya u.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2025 02:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasanya dia ada confinement lady. Sheila kan sibuk di restaurant, so takkan takde orang teman kat rumah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2025 02:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Nama rare dan simple...x berat buat anak..
Anak dia cantik..untung mertua syg
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2025 08:46 AM From the mobile phone | Show all posts
dewi_rina: Berianya, mcm menantu takde ma ...


Pernah baca somewhere kalau ikut org dulu2, sepatut nya mak suami yg jaga pantang sbb isteri melahirkan keturunan utk anak lelaki nya. Kecuali kalau both mak dah discuss, n mak suami setuju utk mak isteri yg jaga… gitchewww
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2025 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts
menangis elisya tengok video ni. yelah dalam IG sendiri bukan main edit nak bagi nampak lawo

oh btw, kedai dimsum cyst ni dah tutup ek? dah bukak kedai siang malam pulak. i is p try hari tu. tak sedap pun
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2025 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
dewi_rina replied at 23-5-2025 03:13 PM
Berianya, mcm menantu takde mak sendiri..

Maaplah i kuno sikit, nak mak sendiri jugak jaga.. Tak sa ...

JTM dah x kuasa kot..Cucu dah ramai...Lagipun haritu si cyst yg request tambah cucu
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2025 10:52 AM | Show all posts
boleh tak iols nak hati hitam kejap . iols rasa deep down inside elisya tu rimas ngn mak martua dia mengatur hidup diaa.kehkehhhh gitu iols speku
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2025 11:02 AM | Show all posts
irvene replied at 6-6-2025 02:31 AM
menangis elisya tengok video ni. yelah dalam IG sendiri bukan main edit nak bagi nampak lawo

oh  ...

I nampak dia bukak restoran baru pulak Siang Malam namanya, mcm makanan indo je Nasi Padang kan.. Berapa banyak dah bukak, sebelum ni dimsum tu mmg ramai cakap tak sedap.. Asam pedas pun tak sedap.. Yg ni taktau lah, nampak menantu indon tu yg bantu jugak
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2025 12:26 PM From the mobile phone | Show all posts
dewi_rina replied at 6-6-2025 11:02 AM
I nampak dia bukak restoran baru pulak Siang Malam namanya, mcm makanan indo je Nasi Padang kan..  ...

tak sis siang malam tu. i dah pergi. so kesimpulannya. masakkan dia mmg tak sedap!
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2025 12:37 PM | Show all posts
irvene replied at 6-6-2025 04:26 AM
tak sis siang malam tu. i dah pergi. so kesimpulannya. masakkan dia mmg tak sedap!

jenis pakai masak je, sedap ke tak lantak.. dia reti masak ke tak ye
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2025 01:25 PM | Show all posts
sheila ni dalam kekwat kekwat dia, dia syg anak menantu cucu cucu dia. maklumlah ank pun dua org je.. dapat menantu perempuan semua sekepala, mestilah dia layan baik

rupanya mertua dari syurga ni memang ada gaiss
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2025 07:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus sis jagan menantu berpantang,siap masak. Ada retis terpaling pantang komen takleh masak macam tu,euwww nyibukk jahhh
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2025 07:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok je aku tgk cyst ketuk2 ni walau mulut dia mcm harom ms dlm ketuk2
Biarlah dia nk layan menantu dia mcm pwincess pun...sbb org tu pun bagi cucu dr zuriat keturunan leluhur cyst...so cyst mesti la appreciate sgt2
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2025 02:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Bestnya tengok lauk pantang dia iols pun dua kali berpantang, mak mertua turun jaga iols & baby sebab mak dah tak kuat..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2025 10:42 PM GMT+8 , Processed in 0.122445 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list