CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6330|Reply: 103

Fattah Amin kecewa...

[Copy link]
Post time 22-5-2025 05:53 PM | Show all posts |Read mode


Kuala Lumpur: Pelakon popular, Fattah Amin kecewa apabila filem lakonannya, Kulit Wayang gagal meraih sambutan memberangsangkan sejak ditayangkan 8 Mei lalu.


Fattah berkata, seperti mana-mana pelakon lain, dia mengharapkan karya lakonannya mendapat perhatian dan ditonton orang ramai memandangkan usaha serta komitmen besar dicurahkan sepanjang penggambaran filem itu.


  


"Sudah tentu ada rasa kecewa sebab kalau boleh kita nak ramai menonton setiap karya yang dibawakan. Kali pertama saya tonton lakonan saya dalam filem ini pun, saya sendiri bersyukur kerana segala penat-lelah dan komitmen yang diberikan berjaya diterjemahkan dengan sebaiknya.


"Watak Tok Dalang yang saya bawakan bukan mudah kerana perlu berdialek Kelantan dan bermain wayang kulit. Tapi saya rasa mungkin penerbit atau pengarah ada strategi tersendiri, mungkin mereka mahu menghantar filem ini ke festival filem, bukan sasarkan kutipan box office," katanya.


Ditanya kenapa filem itu tidak berjaya menambat hati penonton, Fattah berkata, salah satu faktor utama mungkin disebabkan genre serta persepsi awal penonton terhadap tema yang dibawakan.


  


"Saya rasa mungkin sebab genre. Ramai yang beranggapan filem ini hanya berkisarkan wayang kulit, jadi ada yang skeptikal.


"Selain itu, mungkin ada yang fikir filem ini hanya untuk orang Pantai Timur, tapi sebenarnya bila mereka tonton, kebanyakannya beri pujian dan sedar filem ini bukan untuk orang Kelantan, Pantai Timur atau penggemar wayang kulit semata-mata.


  


"Kalau cakap soal waktu tayangan, itu bukan keputusan saya. Cuma bila banyak filem tempatan ditayangkan pada bulan yang sama, ia satu persaingan yang sihat sebenarnya.


"Saya sebenarnya gembira bila banyak filem tempatan berada di pawagam kerana kita pernah melalui satu fasa di mana tiada karya baru. Jadi sekarang bila filem tempatan makin rancak, itu satu perkembangan yang sangat baik untuk industri," katanya.


Selain Fattah, filem arahan Dain Said itu turut diterajui Pekin Ibrahim. - HARIAN METRO



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2025 07:41 PM From the mobile phone | Show all posts
why keledek buat attah keciwa?
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2025 07:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak dak sapa komen
Takpe FA usaha lagi
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2025 07:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Poklee tok dalang.


Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2025 07:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Film art berat katanya + byk film best bersaing .So laku brp ribu je? Rasanya 1 juta pn x smpai.
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2025 07:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Berlakon kayu, film pun flop buat rugi producer
Menyanyi sengau
Menari kejong
Kahkahkah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-5-2025 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by not_fatiyaEL at 22-5-2025 08:22 PM

.. baru habis korea movie, ibu makcik tu, dari reincarnation kpada ank Onty tu bela.

Tiba tersangkut kpala hotak aku, ayah Faz meninggal, sama tarikh lahir fattah .
dlm kepala hotak aku pikir kot Fattah reincarnation ayah Faz. Hahahhah.
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2025 08:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Acik2 forum sini tak pegi tengok ke?
Sian dia dah kecewa

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2025 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Dua bulan nama Amira je sana sini di portal.
Fattah oh Fatah, next time gunakan media P
promo movie. PA bole je buat live ajak peminatsss p support.
Cuba lagi
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2025 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Marketing dan promosi pun tak bersungguh.
Takde pun lalu promosi di media sosial.
Berita dan cerita pasal fattah pula lebih banyak pasal heols dan amira berbanding pasal lakonan.
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2025 10:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Fans heols ramai kan, kat forum, kat sosmed, merata2, sayang la klu tak gi support. Time ni la nak tunjuk yg u all minat dia bukan sbb personal life semata
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2025 11:14 PM | Show all posts
Over exposed hype je lebih ko dek, gosip berlendir dgn si basik tu je...mana org x rimas.
Ko bukannya mudo lagi.. acik2 gundus keciwa
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2025 11:20 PM | Show all posts
mana pergi acik2 porum acik2 TT acik2 ig yg kemana2 dgn tagline #fatahmilikkami   pergilah tengok n sokong patah
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2025 11:29 PM | Show all posts
.... kulu kilir dengan AO tu urusan apa ek deme ? promo apa ?
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2025 12:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by amyfaha at 23-5-2025 03:16 AM

Mcm mn bugima ni bole jd icon mindef. Sakit hati dia senang2 join gruop lima. Langsung Xde kelayakan si jelake ni
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2025 12:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Laaaa flop ke? Baru 2 minggu... berapa ribu kutipan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2025 12:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by penmerah at 23-5-2025 12:58 AM
amyfaha replied at 23-5-2025 12:02 AM
Mcm mn bugima ni bole jd icon mindef. Dunia dunia. Xde kelayakan betul so jelake ni


Kannnnn
Kalau nak sinonim dgn lagak aksi baik ambil memana atlet negara,
Pemain badminton punya banyak... Body tough, muka kendo jugalah sikit Dan berjasa pada negara
Kalau nak atlet otai sikit tok Lee Chong Wei Tu bagus sgt

Innih... Patahwho?
Memang bugima mindeff bodo
Idoklah nak marahkan patahwho ni... Dah rezeki heol. Cuma nak maki org bodo yg pilih dia nih sbg iKON padahal banyak lagi atlet/warganegara berjasa yg muka Dan body kendo serta dikenali ramai

Bodo betul sape yg buat pilihan tu
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2025 02:11 AM | Show all posts
cakap pun nyeh nyeh nyeh nyeh sapo nak tengok kau belakon kat wayang? Kita tgk free je la wayang tiktok kauuuuu
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2025 02:28 AM | Show all posts


muka dia mcm muka Mark adam.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2025 02:32 AM | Show all posts
Madel replied at 22-5-2025 03:54 AM
Berlakon kayu, film pun flop buat rugi producer
Menyanyi sengau
Menari kejong


Kawan kata suara saya okey .. boleh jadi penyanyi
kawan kata lakunan saya okey .. boleh jadi pelakun
kawan kata tarian saya okey .. boleh jadi penari


tu yg dia confidence sangat tu.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-6-2025 06:02 PM GMT+8 , Processed in 0.065962 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list