CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8287|Reply: 103

[Jenayah] Menyesal Masuk Islam, Wanita Mualaf Nak Murtad Sebab Ditinggalkan Suami, Sekarang Trauma Dengan Lelaki Melayu!

[Copy link]
Post time 23-5-2025 08:36 AM | Show all posts |Read mode



Menerusi video di akaun TikTok @bossariffpeter, kelihatan dia sedang mendengar luahan isi hati daripada seorang wanita mualaf.

Menurut wanita itu, dia telah memeluk Islam selepas membuat keputusan untuk berkahwin dengan seorang lelaki Melayu. Malah, dia juga telah meninggalkan keluarganya selepas membuat keputusan itu.

Wanita terbabit memberitahu sebelum berkahwin, suaminya telah menjanjikan untuk hidup mereka lebih selesa. Namun, selepas sahaja berkahwin dan mengandung, suaminya itu telah meninggalkannya dan bersama dengan wanita lain.

"Sebelum kahwin dia janji bagi saya better life dan semua. Tapi mahu saya convert dahulu baru boleh kahwin. Sekarang saya mengandung, dia ada perempuan lain dan tinggalkan saya. Saya sekarang memang trauma dengan lelaki Melayu di Malaysia," katanya.

Tambahnya lagi, dia tidak bekerja dan tidak mempunyai duit sendiri untuk menampung hidup. Sehinggalah dia terpaksa meminta bantuan daripada masjid dan zakat, namun dia mendakwa ada yang menghalaunya dan zakat pula memerlukan suami turut ada sebagai proses mereka.

Oleh kerana itu, dia telah pergi ke salah sebuah Church untuk meminta bantuan di sana dan mereka menolongnya. Dia juga meluah ada rasa sedikit kekesalan dan seperti mahu kembali kepada agama asalnya.

"I rasa lebih baik pada agama asal, my life is better," ujarnya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-5-2025 02:36 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2025 08:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Convert religion sebab marriage ko sudah tipu diri sendiri dek... Sekarang ko menyesal... Lantak lah...
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2025 08:45 AM | Show all posts
Siapa suruh masuk Islam kan.. Pada asasnya memang tiada paksaan untuk bukan Islam tukar agama termasuk memeluk Islam.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2025 08:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Masuk islam sebab lelaki melayu????
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2025 08:55 AM | Show all posts
ramai je lelaki melayu yg dah ajak pasangan convert lepas tu x bimbing betul2....semua obviously convert sbb nak kawen sbb tu ramai nk kembali ke ajaran asal...igt sng2 ke nak kawen mix race ni., berdosa kita kalau x bimbing...yg mmg lahir islam pon payah nk diubah inikan pulak mmg agama lain asalnya...org tu sanggup tgglkan keluarga sbb cinta..nah..org lelaki melayu kita layan mcm sampah plak lps kawen..tanggunglah akibat dunia akhirat
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-5-2025 08:59 AM | Show all posts
kesian .. malang sgguh jumpa laki melayu hanat
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2025 09:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Sian dia x dapat bimbingan sepatutnya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2025 10:41 AM | Show all posts
xkan saja saja dia covert..mesti lelaki tu ada duit atleast bwak bbemer
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2025 10:57 AM | Show all posts
actually ramai je macam ni..
convert semata-mata nak kawin..
lagi-lagi bila jumpa pasangan berduit/ada rupa/ada tujuan..
bila cerai balik agama asal..
kawan i dulu pun bapaknya revert ke agama asal lepas cerai dengan maknya..
yang true love je mampu bertahan..
or muslim yang ikut lifestyle pasangan tak hidup berlandaskan islam..
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2025 11:03 AM | Show all posts
kawin sama amoi putih gebu mau,tp bila da dapat da tahu baik buruk busuk tinggal plak,
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2025 11:05 AM | Show all posts
aku tak taulah...

kalau kita guna pandangan sendiri, kita boleh nampak salah dimana-mana.. jd pandangan itu akan bergantung kepada kecenderungan kita dimana

.. tapi kalau dari sisi pandangan agama, mcm mana?

Bukankah sepatutnya ianya jadi tanggungjawab masyarakat untuk tolong dia sebab selain kesan buruk pada peringkat individu spt dia sekarang, ini juga mempengaruhi imej agama dimata masyarakat bukan Islam.

Orang tu dah masuk Islam, apa sebab tu samada melalui perkawinan atau dakwah dah jadi perkara kedua, yang lebih penting ialah jaga dan bimbing mualaf tu ikut jalan yang sepatutnya... aku rasa ini antara tanggungjawab badan-badan agama yang tak boleh dibiarkan, mereka wajib ambil peranan..

Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2025 11:08 AM | Show all posts
thats why yg non muslim ni, bila decide nak convert tu kena fikir masak2 dulu. jangan sebab cinta aje terus nak convert.
kalau boleh, pergilah belajar dulu agama mereka. Fahami, cintai agama dulu baru cinta pada manusia.
At least bila jadi mcm ni, kau tak terumbang ambing.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2025 11:14 AM | Show all posts
x semestinya somi melayu kpd mualaf ni..

bila kawin ngan pompuan mualaf jer

tinggalkan bini mualaf yg mengandung n cari pompuan lain

kalo laki melayu ni kawin ngan pompuan melayu islam

ada kemungkinan gak dia tinggalkan bini dia n cari pompuan lain



Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2025 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Iolss Ade je kawan2 yg msk Islam sbb nak kawin...Ade yg msh bertahan walaupun dah bercerai...Ade yg x bercerai msh kekal suami isteri bahagian tp kehidupan menakutkan... Kalo suami kuat akan bg didikan agama atau pasangan yg mualaf sendiri kuat dia sendiri bertahan n pelajari ilmu agama..yg x kuat kwn iolss ramai je yg Islam tp selamba je minum arak... Mabuk2... Tu blm lg bab isteri dia mcm x de beza pun sblm kawin gan selepas kawin...kwn yg lain ckp tgk sape yg kuat menarik Dan sape yg kuat bertahan..  nak ckp lebih tkt Kang esok tiba2 semua berhijrah...mn Tau kan...
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2025 11:46 AM | Show all posts
AbukRokok replied at 23-5-2025 10:41 AM
xkan saja saja dia covert..mesti lelaki tu ada duit atleast bwak bbemer

kann klu takde harta
mesti dia dh ckp
'awak.. terlalu baik untuk saya'
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2025 12:56 PM | Show all posts
tak baca berita, baca tajuk je.. terus komen,,

sbb ko masuk islam untuk sebatang hotdog, untuk menghalalkan ko gomol laki kau secara halal kan.. kalau kau masuk sbb iman, laki kau buat hal pun kau tetap islam, boleh je cerai, tak perlu nak tukar agama balik..

saya ulang - komen berdasarkan tajuk sahaja. tak baca details konten huhu
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2025 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan ko aje dik. Ramai yang dah lahir2 melayu pun dah trauma dengan lelaki melayu dik. Sebetulnya ko terus2 ajelah jadi islam dan cari kerja dik non. Masalah lelaki cari lain bukan sebab islam aje, ni masalah universal. Zaman ni perempuan tak boleh tak kerja dik non
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2025 03:19 PM | Show all posts
hayrin86 replied at 23-5-2025 08:45 AM
Siapa suruh masuk Islam kan.. Pada asasnya memang tiada paksaan untuk bukan Islam tukar agama termas ...

abis tu mcm mana nk kawin? kan love is blind gitu. cuma nasibla bercinta ngan org muslim, there's no turning back.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2025 03:25 PM | Show all posts
Tambahnya lagi, dia tidak bekerja dan tidak mempunyai duit sendiri untuk menampung hidup. Sehinggalah dia terpaksa meminta bantuan daripada masjid dan zakat, namun dia mendakwa ada yang menghalaunya dan zakat pula memerlukan suami turut ada sebagai proses mereka.

Oleh kerana itu, dia telah pergi ke salah sebuah Church untuk meminta bantuan di sana dan mereka menolongnya. Dia juga meluah ada rasa sedikit kekesalan dan seperti mahu kembali kepada agama asalnya.


Hmmm...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2025 10:25 PM GMT+8 , Processed in 0.069474 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list