|
[Jenayah]
Menyesal Masuk Islam, Wanita Mualaf Nak Murtad Sebab Ditinggalkan Suami, Sekarang Trauma Dengan Lelaki Melayu!
[Copy link]
|
|
Aha ok. Semoga yg baik2 je ut sisi sissy.
|
|
|
|
|
|
|
|
itu lah iols cakap dia masuk islam sbb nak bebird laki dia je..
kalau dia sayang agama lama dia more than bakal laki dia, dia takkan simply keluar agama asal dia..
sheols sedar sheols sayang manusia melebihi sayang tuhan kikiki
tu yang sikit2 nak tukar agama..
|
|
|
|
|
|
|
|
Lebih baik fikir dulu banyak kali
|
|
|
|
|
|
|
|
Yang sebetulnya church memang senang untuk mintak tolong. Orang miskin kalau takde rumah takde makanan, pergi church boleh dapat makanan. Kengkawan anak aku international skul siap dapat scholarship dari church untuk sambung belajar overseas. Kalau masjid pulak, lepas isya’ dah kena kunci. Tak boleh nak tumpang tidur ke haper nanti kena halau. Ni ayah I pernah komplen dulu masa kitorang kecik2, bapak I belajar kat UK dulu. Patut masjid pun kena buat macam church, ambik derma and tolong balik rakyat jelata |
|
|
|
|
|
|
|
skippy replied at 23-5-2025 03:19 PM
abis tu mcm mana nk kawin? kan love is blind gitu. cuma nasibla bercinta ngan org muslim, there's ...
Betul la tue... Kawin & love is blind, lagi² zaman sekarang. Tengok dekat luar, dlm gambar bukan main cantik, manis, hansome elok jer. Sekali bila dah kawin tak pandai urus diri & rumah.. tak pandai mengemas & lain². Melawa bila nak keluar & ootd jer. |
|
|
|
|
|
|
|
cm_vungtau replied at 24-5-2025 09:19 AM
Yang sebetulnya church memang senang untuk mintak tolong. Orang miskin kalau takde rumah takde makan ...
Lagi satu persatuan cina/buddha kak, persatuan berasal dari taiwan. Baru nie dia sumbang duit pd mangsa banjir dkt johor. Dia cakap nak minta bantuan apa ckp jer pergi dkt persatuan dia, mmg well organised & berduit persatuan tue.
Tapi sebelum dia nak bg bantuan, dia akan collect maklumat keluarga, no fon semua & ada sesi 'cerita' asal usul persatuan tue siap dia bg tabung simpan duit lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
kalo mesjid kat Mesia bukak 24 jam..
tabung masjid hilang
alat audio visual ilang
tempat homeless tido
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by cm_vungtau at 24-5-2025 09:43 AM
Masalah masjid ni kasi duit pun duit tak sampai ke tangan orang miskin. Dulu I baca buku DTrump dia cakap duit dia ada percentage kena kasi pada church. Kira wajib la. Bayangkan betapa kayanya church sebab orang kaya2 semua kasi duit kat dia.
Masjid duit banyak2 diorang habiskan untuk kasi makan ahli masjid aje. Hari tu I kasi duit dekat masjid untuk tahlil. Dia charge 800 ringgit katanya 80 orang. Bila I pergi sedih tengok orang siap bawak tupperware bungkus. Ada la dalam 20 orang kot, maksimum 30 orang. Tak ler sampai 80 pun. Bukan ke patut makanan kena distribute untuk reramai bukan untuk orang yang sama aje. |
|
|
|
|
|
|
|
cm_vungtau replied at 24-5-2025 09:19 AM
Yang sebetulnya church memang senang untuk mintak tolong. Orang miskin kalau takde rumah takde makan ...
itulah kelemahan dlm pengurusan sedekah n penerima sedekah . sepatutnya masjid n badan2 pengurusan sedekah bantu je lah yg memerlukan sambil mendidik utk jd org islam yg baik n berguna. sbb org islam yg baik n berguna mesti ada azam utk bersedekah n impian utk berzakat. bukan sbg penerima shj. sbb kdg2 penerima ni lebih rela terima sedekah spnjg hayat sbb malas walau sihat m kuat
. |
|
|
|
|
|
|
|
I ada jumpa org yg situasi mcm ni
Kawen dgn laki melayu xguna
Dah la mmg islam ats nama je, xde lgsung didik bini tu dgn islam. Laki tu kawen lain masa bini mualaf tu pregnant. Pastu cerai, bini tu balik agama asal dia.
Tp kuasa Allah, ank tu membesar agama ibu, tp kawen dgn laki islam gak. Tp nasib ank lebih baik sbb suami jaga betul, bg didikn agama dgn baik dan jd muslimah yg baik.
Tp dgr cerita dia sedih sgt. Laki mcm suami mak dia tu mmg haprak xguna sesen pun.
Skang walaupun agama dia sama dgn ayh dia dah, x hingin dia cr. Dia pun binti abdullah bkn binti ayah dia. |
|
|
|
|
|
|
|
B40tastePosh replied at 23-5-2025 09:38 PM
Dalam islam...masjid tak boleh bersedekah sebab masjid bukan manusia.
Sepatutnya kakak ni kena be ...
Ingat tak pada 2011, ada kes wanita muslim bawa anak² pi church Damansara Utama?
Asalnya ada orang komplen terlihat orang islam masuk church.
Jab. Agama pi serbu, rupanya wanita tu (janda) pi church sebab dapat duit.
Kawan tu hidup tengah susah.
Dah penah turun naik pejabat zakat, kena rejek.
Last resort dia pi church sebab paderi tawarkan bantuan kewangan.
Terus pejabat zakat Selangor turun padang bagi bantuan. |
|
|
|
|
|
|
|
Baca artikel bawah ni.
The Malaysian Insider
Aug 25, 2011
KUALA LUMPUR, 25 Ogos — Salah seorang daripada 12 hadirin beragama Islam pada majlis makan malam di sebuah gereja yang diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) awal bulan ini menegaskan, dia tidak pernah murtad.
Sebaliknya, dia seorang janda mendapatkan bantuan dihulurkan dengan ikhlas oleh gereja ekoran “desakan hidup.”
Gereja Methodist Damansara Utara diserbu Jais pada malam 3 Ogos lalu ketika mengadakan majlis makan malam muhibah anjuran pertubuhan bukan kerajaan Harapan Komuniti.
Dalam pengakuan kepada bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin, wanita tersebut dipetik berkata semasa pihak berkuasa agama membuat penyiasatan ke atas gereja berkenaan pada 3 Ogos lalu, dia berada bersama dengan sejumlah orang Islam yang lain yang senasib dengannya.
Katanya, walaupun, kali kedua media menyiarkan dia termasuk dalam senarai murtad dalam peristiwa itu, hakikatnya dia tidak murtad.
“Cuma ada di situ bersama dengan mereka yang senasib dengannya. Namun, menurutnya memang ada yang murtad,” katanya dipetik Asri dalam tulisannya dihantar kepada media hari ini.
Kata Asri lagi, “alhamdulillah dia masih kekal dengan keIslamannya. Semuanya itu kerana desakan hidup.”
Asri menambah, terus-terang dia sebut “semua untuk wang kerana saya ingin membesarkan anak-anak saya.”
Dia mempunyai tiga orang anak.
“Semasa saya menziarahinya — tanpa notis awal — dia baru sahaja selesai menunaikan solat tarawih.
“Menurut dia memang ramai lagi yang terpengaruh dengan usaha kristianisasi yang dilakukan. Mereka yang banyak terlibat terdiri dari kalangan ibu tunggal yang miskin, saudara baru Muslim yang tidak dipedulikan, wanita yang mengandung tanpa suami, pesakit Aids dan juga Muslim dari Sabah dan Sarawak yang dalam kesusahan,” kata beliau lagi.
Beliau mengadakan pertemuan dengan salah seorang daripada 12 hadirin itu, yang telah disoal siasat oleh Jais baru-baru ini dan diberikan kaunseling, minggu lalu. Tetapi nama wanita itu tidak diberikan.
Sambil berkata apa yang hendak dipelikkan, Asri menulis lagi, “begitulah tabiat agama yang merasakan mereka berkhidmat untuk Tuhan.”
“Apa yang hendak pelik jika gereja mengajar ajaran Kristian kerana itu memang kerja gereja. Tak mungkin gereja hendak berdakwah kepada Islam.
“Namun yang pelik apabila ada negeri yang puluhan individu yang mempunyai PhD dan masters dalam pengajian Islam yang disahkan oleh kerajaan tetapi tidak dibenarkan mengajar Islam di masjid dan menyampaikan Islam kepada orang Islam,” kata ahli akademik dari Universiti Sains Malaysia ini.
Malah dalam tulisannya, Asri berkata, menurut wanita tersebut lagi dia tidak menukar akidahnya, tetapi dia terus ke gereja membawa anak-anaknya.
“Anak-anaknya diterapkan ajaran Kristian oleh pihak gereja. Diajar nyanyian keagamaan dan nilai-nilai budi tertentu. Baginya, dilakukan semua itu untuk hidup.
“Rupanya ramai lagi yang senasib dengannya berada di bawah bantuan pihak gereja,” katanya.
Sebahagian mereka memang menukar agama kerana kecewa dengan sikap masyarakat Islam dan terpengaruh dengan budi pihak gereja, kata Asri lagi sambi berkata, menurutnya juga, tiada paksaan dari pihak gereja.
“Cumanya, pendekatan mereka amat mempengaruhi,” kata beliau lagi.
Akhirnya, apabila pihak berkuasa agama mengetahui dia ke gereja, kata Asri, dia ditangkap untuk kali pertama dan beritanya disiarkan dalam akhbar.
“Menurutnya, sebaik sahaja ditangkap dan beritanya tersiar di media barulah pejabat zakat tergesa-gesa datang ke rumahnya. Begitu juga pihak kebajikan masyarakat.
“Dia memberitahu kepada pihak zakat bahawa dia ingin membuka taska. Mereka menyuruh dia mendapatkan rumah yang sesuai dan mereka akan bantu.
“Dia pun mendapatkan sebuah rumah yang mereka setujui yang agak besar dan sudah pasti sewanya agak tinggi. Malangnya, selepas dia menyewa rumah tersebut, selama tujuh bulan pihak zakat tidak menghulurkan bantuan kepadanya. Terkapai-kapai ketika itu,” katanya.
Akhirnya menurut Asri lagi, maklumat yang diperoleh daripadanya menunjukkan pihak gereja juga yang datang dan melangsaikan kesempitannya untuk menjelaskan sewa rumah tersebut.
“Sehinggalah apabila timbul isu, pegawai zakat menghubungi dan meminta agar dia memaklumkan kepada pihak yang bertanya bahawa pegawai zakat memang ada datang.
“Ya, selepas itu memanglah pihak zakat memberikan satu jumlah bantuan yang agak besar kepadanya dengan ‘tukaran’ yang tidak dapat saya maklumkan di sini,” katanya lagi.
Kata Asri lagi, wanita tersebut pernah mengunjungi pusat zakat dan Jabatan Kebajikan untuk mendapatkan bantuan sebaik ditinggalkan suaminya.
“Dia juga pergi ke bahagian kebajikan masyarakat, juga tidak dilayan. Dia bekerja untuk meneruskan hidupnya yang sempit.
“Di tempat kerja, melihatkan keadaannya yang susah dan miskin maka ada rakan sekerja yang beragama Kristian mencadangkan untuk dia pergi ke suatu tempat yang mudah dan mesra dalam memberikan bantuan.
“Di situlah bermula hubungan dia dengan pihak gereja. Apa tidaknya, dia susah, kehidupan terhimpit dan anak-anak yang masih kecil memerlukan makanan dan perlindungan,” kata Asri sambil menambah, “pihak gereja membantu keperluan hidupnya.”
Katanya, diberikan wang dan menziarahi keluarganya, malah mereka tidak menjadikan dia peminta sedekah, tetapi mereka menggunakan pendekatan “mesra dan saying”.
“Hatinya terpaut dengan kehalusan budi. Walaupun saki baki akidahnya membantah untuk dia menukar agama, tetapi dia tidak dapat menafikan perasaan sayang dan terhutang budi kepada pihak gereja yang berjasa menyelamatkannya,” tulis beliau lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
Masa mak dia bercerai dia dah lahir ka belum? Nama binti Abdullah sebab dia convert?
|
|
|
|
|
|
|
|
Actually atheist ni pun nampak orang beragama ni yang sesat, cuma bezanya mereka jarang mendoakan orang beragama ni agar bertaubat. Lantak kome le katanya 
|
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 24-5-2025 10:51 AM
Masa mak dia bercerai dia dah lahir ka belum? Nama binti Abdullah sebab dia convert?
I xtanya cerita dia detail sbb mcm sensitif sgt
I tanya npe dia binti abdullah sedangkn ayah dia islam?
Dia kata pejabat agama yg suruh buat mcm tu
Even mak dia mati pun pejabat agama suruh uruskn cara islam sbb ic dah tukar agama tp pas tukar agama asal tu mak dia x wat secara official. |
|
|
|
|
|
|
|
Gereja bantu tanpa paksa murtad cuma cucuk jarum halus ja. JAKIM/JAWI/PERKIM/Melayu sebelum bantu wajib convert dulu, any wonder ramai yang just munafiq ja.
|
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 24-5-2025 11:16 AM
Gereja bantu tanpa paksa murtad cuma cucuk jarum halus ja. JAKIM/JAWI/PERKIM/Melayu sebelum bantu ...
Tu pasal mesjid kena tiru cara church, cucuk jarum halus.
Baru la ada peluang utk kawan tu tergerak hati melihat keindahan isele.
(bergantung kepada pihak pengurusan mesjid)
Ada yg ok, tapi majoriti ada yang tak berapa nak mesra alam.
Tapi apakan daya, isu² macam ni... mulut netijen isele payah dibendung.
Sentimen menebal sampai 3-4 generasi.
Kes non muslim ceroboh mesjid TTDI dulu tu pun kepoh jer la warganet isele.
Walhal selepas insiden tu orang mesjid elok jer santuni famili non muslim tu.
Itupun pun ada jugak warganet isele yang tak puas hati. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by capwayang at 24-5-2025 11:43 AM
..kat negara lain perkara ni tak jadi hal sangat, kat Malaysia ni je yang jadi susah especially tindakan nak legalized kemurtadan itu. Namun begitu, kalau cenderung nak mengamalkan lifestyle seperti orang murtad tu masyarakat Islam sendiri pun tak berapa kisah sangat, as long as agama tu kekal dalam segala documentation dan berpegangan pada bidalan kata - tak perlu jaga tepi kain orang cos kubur masing-masing kan. Tapi aku-hu letih juga-ha lebih baik-hik, kita masing-masing!..
|
|
|
|
|
|
|
|
Nak buka 24 jam boleh, reclass sebagai pusat komuniti complete with bowling alley, 7e dan kedai mamak. Pukul 3-4 pagi break tahajjud sat. Esok MC 
|
|
|
|
|
|
|
|
ini kalo orang Umngok ngan Pee End (Umngok 2.0) dengar...
depa mesti marah ni
bukan ker Cine ni geng ngan PH
bukan ker Umngok ngan Pee End (Umngok 2.0) & porumer cari melayu rasis benci ngan Cine

|
|
|
|
|
|
|
| |
|