Difahamkan, perbualan antara mereka bermula apabila Isha menghubungi pempengaruh terbabit melalui mesej di TikTok pada 1 November 2024. Dalam mesej tersebut, remaja berusia 14 tahun itu menyatakan hasratnya untuk menghasilkan kandungan TikTok bersama CEO Batu.
Permintaan tersebut mendapat maklum balas daripada pempengaruh berkenaan yang kemudiannya meminta nombor telefon Isha untuk berhubung melalui WhatsApp.
Namun, komunikasi tersebut bertukar menjadi insiden kurang menyenangkan apabila CEO Batu didakwa mengambil kesempatan dengan menghantar foto tidak senonoh kepada remaja terbabit.
Sementara itu, Caprice turut berkongsi tangkap layar perbualan CEO Batu yang didakwa merayu agar ibu mangsa tidak melaporkan kepada pihak polis dan mengakui kesilapannya yang terlepas pandang akan gambar tersebut.
Saya merayu sangat kak. Gambar tu sepatutnya saya crop. Tapi saya terlepas pandang, sebab gambar tu saya dah ambil siap-siap nak hantar dekat teman wanita saya.
Saya tengah kalut nak shoot video campsite. Kalau saya sabit kesalahan, 10 tahun saya ke dalam. Segala usaha saya selama ni semuanya akan hilang kak. Saya masih ada orang tua untuk bagi nafkah. Kalau kak nak saya sujud pun saya sanggup kak.
Bagaimanapun, setakat artikel ini diterbitkan, CEO Batu masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung dakwaan yang dikaitkan dengan dirinya.
Sumber: Instagram Caprice