CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 872|Reply: 1

Jangan ikut jejak Qarun, kekayaan bukan untuk dipertontonkan

[Copy link]
Post time 26-5-2025 06:45 PM | Show all posts |Read mode


TIDAK salah untuk menjadi kaya, malah Islam juga tidak pernah menghalang umatnya tergolong dalam kelompok itu memandangkan harta halal merupakan satu nikmat yang harus disyukuri.


Namun begitu, perbuatan mempamerkan kekayaan secara berlebihan sehingga menimbulkan rasa riak dan takbur adalah sesuatu yang ditegah dalam agama suci itu.


Pendakwah Ustaz Elyas Ismail menegur sikap segelintir masyarakat pada hari ini yang gemar menunjukkan kemewahan dimiliki kepada khalayak.


Jelas beliau, meskipun kekayaan itu datang daripada ALLAH SWT sebagai rezeki, ia bukanlah ‘tiket’ untuk kita menjadikannya sebagai bahan tontonan yang boleh mengundang fitnah atau rasa takbur dalam diri.


"Alhamdulillah, ALLAH SWT kurniakan rezeki dan kekayaan. Semua itu rezeki daripada ALLAH SWT.


“Akan tetapi, untuk nak dipertontonkan atau ditunjuk kepada orang (seperti) beli emas sampai beratus ribu, kemudian beri nafkah kepada isteri sampai ratus ribu juta sekalipun, tak perlulah dipertontonkan kepada khalayak,” katanya sebagaimana dipetik menerusi video yang dikongsikan di laman sosial Facebook miliknya pada Isnin.




Ustaz Elyas menjelaskan, tabiat suka mempamerkan kekayaan bukanlah sesuatu yang baharu, bahkan ALLAH SWT telah menceritakan kisah Qarun dalam al-Quran sebagai peringatan kepada manusia.


Jelas penceramah terkemuka itu, Qarun ialah seorang yang amat kaya pada zamannya, namun dia memperagakan harta dan perhiasan kepada masyarakat dengan penuh kesombongan.


"Qarun keluar di tengah-tengah masyarakatnya dengan perhiasan-perhiasan yang ada pada dirinya, melaram, tunjuk kekayaan dan kemewahan yang ada pada dia.


“Tak tahulah (Qarun tunjuk) kenderaan atau emas di tengah-tengah netizen dalam kalangan masyarakat pada waktu itu," katanya.


Namun, akibat sifat riaknya itu, ALLAH SWT telah menurunkan azab yang berat ke atas Qarun.


Andai diri ditakdikan memiliki kekayaan, Ustaz Elyas mengingatkan biarlah kita mencontohi Nabi Sulaiman AS yang mempunyai harta melimpah-ruah, namun tetap bersifat tawaduk dan tunduk kepada perintah ALLAH SWT yang mengurniakan nikmat tersebut.




"Ya ALLAH, semoga kami di kalangan manusia dan hamba-MU ya ALLAH dan anak cucu keturunan kami dalam kalangan yang dikurniakan kekayaan, tetapi kekayaan kami ini seperti Nabi Sulaiman AS, kekayaan yang penuh dengan ketakwaan," titipnya.


Dalam pada itu, beliau menjelaskan, kekayaan yang sebenar adalah apabila ia dimanfaatkan untuk kebaikan dan digunakan oleh mereka yang soleh.


Ia sebagaimana dinyatakan dalam sabda Nabi Muhammad SAW: “Sebaik-baik harta adalah harta yang dimiliki oleh hamba yang soleh.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari)


Masakan tidak, harta pada tangan orang soleh tidak akan disalahgunakan, sebaliknya dimanfaatkan untuk menyantuni golongan memerlukan dan membawa manfaat kepada umat.


"Kalau orang soleh, harta yang ada di tangannya akan digunakan ke arah kesolehan dan kebaikan.


“Harta yang dia ada itu adalah pinjaman daripada ALLAH dan sampai masanya akan dikembalikan pada ALLAH semula," ungkapnya.


Justeru, elakkan diri kita daripada terpedaya dengan budaya menunjuk kekayaan yang semakin berleluasa di media sosial, sebaliknya memelihara sifat rendah diri dan menggunakan harta sebagai ‘alat’ untuk mendekatkan diri kepada ALLAH SWT.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2025 10:21 PM From the mobile phone | Show all posts
cc Mas Khan. Selamat pengantin baru.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Nubhan ceraikan isteri, naik mahkamah syariah esok.
PrickfordNubhan ceraikan isteri, naik mahkamah sy
Views : 42034 Replies : 750
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 317262 Replies : 3209
HANYA SATU PERKATAAN  - VOL 47
tudung_bawalHANYA SATU PERKATAAN - VOL 47
Views : 2239 Replies : 1335
[Edisi Penganiayaan] Bekas Pekerja Tidak Dicarum KWSP Selama 11 Bulan Oleh Pengurusan Syarikat Milik Artis Tersohor & Keluarga (UPDATE KES #715)
kakasotong2[Edisi Penganiayaan] Bekas Pekerja Tidak
Views : 58114 Replies : 976
Miss Universe 2025 - Miss Thailand
perrrghhhhMiss Universe 2025 - Miss Thailand
Views : 297 Replies : 7
Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah bakal melangsungkan pernikahan 2 Oktober
irveneRaja Muda Selangor, Tengku Amir Shah bak
Views : 23032 Replies : 421
Kehebatan Zohran Mamdani
stingerkentotKehebatan Zohran Mamdani
Views : 219 Replies : 2
Jom Kongsi Gambar
VellfireJom Kongsi Gambar
Views : 23208 Replies : 1198
Gagah naik Cameron Highlands, 5 jam kereta tidak bergerak
AbahmungGagah naik Cameron Highlands, 5 jam kere
Views : 7585 Replies : 59
Rumah Borak Borneo~Pstt Poret Lok
VellfireRumah Borak Borneo~Pstt Poret Lok
Views : 2232 Replies : 997

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-11-2025 02:21 PM GMT+8 , Processed in 0.054991 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list