CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 59782|Reply: 413

[Tempatan] Nahas bas bawa pelajar Upsi: Sekurang-kurangnya 15 mangsa maut

[Copy link]
Post time 9-6-2025 08:18 AM | Show all posts |Read mode
Gerik: Seramai 15 orang disahkan maut dalam satu kemalangan tragis membabitkan sebuah bas yang membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik, awal pagi tadi.
Menurut maklumat sumber, kejadian dilaporkan berlaku 1.10 pagi apabila pihak Hospital Gerik memaklumkan tentang kemalangan jalan raya berimpak tinggi di kawasan berkenaan.

Pasukan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Gerik dengan kekuatan seorang pegawai dan tiga anggota segera dikerahkan ke lokasi kejadian dan tiba pada 2.11 pagi.
Setibanya di lokasi, pasukan mendapati sebuah bas yang membawa pelajar Upsi terbalik setelah bertembung dengan Perodua Alza.

Dalam perkembangan awal, dua mangsa wanita yang mengalami kecederaan – seorang patah tangan dan seorang lagi cedera di kepala – dihantar ke Hospital Gerik pada 2.28 pagi dan tiba kira-kira sejam kemudian.

Sementara itu, Upsi dalam hantaran Facebook turut mendoakan semoga dipermudahkan segala urusan buat pelajar yang terbabit dalam kemalangan itu.
"Semoga dipermudahkan segala urusan buat pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris yang terbabit dalam kemalangan jalan raya awal pagi ini," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-6-2025 08:20 AM | Show all posts
Tujuh mangsa kemalangan ngeri membabitkan bas persiaran yang membawa penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi), kini ditempatkan di zon merah unit rawatan rapi Hospital Gerik, Perak.

Manakala, 20 mangsa lagi ditempatkan di zon kuning dan enam mangsa di zon hijau di hospital sama.

Sumber memaklumkan, 13 mangsa maut di lokasi kejadian, manakala dua mangsa meninggal dunia di hospital.

Kesemua mangsa yang terbabit kemalangan itu adalah seramai 48 orang.

Terdahulu, media melaporkan 15 mangsa disahkan maut dalam satu kemalangan tragis membabitkan bas persiaran yang membawa penuntut Upsi dan Perodua Alza di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Perak, awal pagi tadi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-6-2025 08:20 AM | Show all posts
Kuala Lumpur: Bomba terpaksa memotong bahagian belakang bas persiaran menggunakan peralatan hidraulik khas bagi mengeluarkan mangsa yang terperangkap dalam nahas bas membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) dan Perodua Alza di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik, Perak, hari ini.

Difahamkan, dua mangsa yang parah dan empat yang maut berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba sebelum diserahkan kepada pihak kakitangan perubatan dan polis.

Operasi menyelamat membabitkan 17 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik dan BBP Jeli selain anggota polis dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Keadaan bas dilaporkan terbalik, manakala Perodua Alza terbabas ke dalam parit.
Beberapa mangsa tercampak keluar, ada yang berjaya menyelamatkan diri

Terdahulu, media melaporkan dalam kejadian 1.10 pagi tadi itu, sekurang-kurangnya 15 penumpang bas membawa pelajar Upsi, maut selepas terbabit kemalangan dengan Perodua Alza.
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2025 08:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedihnya.  Baru balik beraya jumpa ibu ayah.  Ni kembali sebagai jenazah.
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2025 08:23 AM | Show all posts
Allahu sedih nye baca berita macam ni
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2025 08:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian ..
Laluan situ gelap kan..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-6-2025 08:38 AM | Show all posts
kemurungan aku baca berita ni di subuh hari
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2025 08:40 AM | Show all posts
yg alza ada berapa org dalam tu? semua ok ke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2025 08:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah.. sedihnya. Baru happy2 balik beraya dgn family. Salam takziah buat keluarga
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2025 08:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Takziah buat keluarga pelajar2 ini. Pedih hilang anak.

Semoga yang cedera cepat sembuh.
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2025 08:50 AM | Show all posts
innalillahi wa inna ilaihirojiun...sedihnya ibu bapa, baru say bye bye.
maybe ada driver yg mengantuk ni. harap ada saksi yg tampil.
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2025 08:59 AM | Show all posts
innalillahiwainnailaihirojiun...
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2025 09:02 AM | Show all posts
إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
semoga dipermudahkan urusan semua
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2025 09:12 AM From the mobile phone | Show all posts
nuralisa replied at 9-6-2025 08:40 AM
yg alza ada berapa org dalam tu? semua ok ke

Katanya ad baby. Ad terbaca yg dlm alza semua ok. Yg bas tu teruk.
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2025 09:15 AM | Show all posts
Bangun subuh, terkejut baca news ni. Memula ingatkan kemalangan lusr negara, sebab ramai mangsa. Rupanya di Gerik. UPSI bersedih. Salam takziah.
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2025 09:23 AM | Show all posts
Innalillahiwainnailaihirojiun

salam takziah bt keluarga
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2025 09:28 AM | Show all posts
إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
salam takziah
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2025 09:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahiwainnailaihirojiun
takziah utk semua keluarga arwah..
sedihnya baru balik raya kan..
ni bas chartered balik raya..
naik kt jertih
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2025 09:51 AM | Show all posts

إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

salam takziah
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2025 10:04 AM | Show all posts


إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

salam takziah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-7-2025 10:25 AM GMT+8 , Processed in 0.264695 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list