|
View: 2403|Reply: 6
|
Sedihnya! Kejutan hari lahir bertukar duka. Isteri bawa kek ke bilik, rupanya suami meninggal dunia dalam tidur
[Copy link]
|
|
|
SIAPA sangka, kejutan hari lahir untuk suami tersayang rupanya bertukar menjadi detik duka yang tidak akan dilupakan oleh wanita ini.
Menerusi satu video yang tular di TikTok, wanita berkenaan dilihat membawa sebiji kek yang dinyalakan lilin menuju ke bilik bersama anak-anaknya untuk melakukan kejutan sempena hari lahir suaminya.
Ketika tiba di bilik, wanita berkenaan cuba mengejutkan suaminya yang sedang tidur lena di atas katil.
Bagaimanapun, cubaannya gagal apabila lelaki tersebut tidak memberi respon dan hanya kaku biarpun tubuh badannya digerakkan berkali-kali.
"Di hari ulang tahun, adikku mahu beri kejutan kek padahal suaminya sudah dijemput Tuhan.
"Hari lahir dan hari meninggal dunia jatuh tarikh sama, enam haribulan enam (6 Jun).
"Orang baik… tidak mahu susahkan isterinya dan anak-anak. Selamat jalan iparku," demikian penerangan pada kapsyen video yang dipercayai dirakam dan dimuat naik oleh kakak kepada wanita berkenaan.
Menerusi keterangan pada kapsyen, mendiang merupakan pemimpin tempatan di daerah Papua Barat.
Sehingga kini video berkenaan meraih 2.5 juta jumlah tontonan selain dibanjiri dengan komen netizen yang turut sama meluahkan rasa sebak.
" asti trauma yang amat ni.
"Sedihnya… semoga keluarga diberikan ketabahan dan kesabaran.
"Ya Tuhan… moga kuatkan isteri dan anak-anaknya," komen netizen.
Sumber:– mStar |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kita tak pernah tahu, mungkin nafas yg sekarang ni pun nafas yg terakhir. Jadi jaga diri, hargai org yang betul2 sayang kita. Yang tak sayang kita tak payah sayang. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Masa bangun tidur tu bini tak cuit langsung ka lakinya. Kalau dah sejuk dan keras you must have noticed.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
sedihnyaaa xsempat mitk maap |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Agaknya bini bangun senyap2 dgn penuh harapan membahagiakan lakinya.
Bak kata iparnya, org baik pergi tak susahkan sesiapa. |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|