|
Terbaca coretan puan Mona Din...
Puas hati rasanya...siap goosebump pun ada...
Cerita Seorang Adibah Abdul Mutalib.
Saya suka untuk berkongsi posting wanita kuat dan mulia ini, yg saya panggil Adeeb.
Saya adalah antara insan yg involved sepenuhnya dlm pergolakan kes beliau, sebaik berita kcurangan & pnikahan ex-nya berlaku.
Saya menjadi saksi melihat apa saja yg ‘satu fake account’ cuba menganiaya Adeeb.
Dia up foto2 Adeeb, sambil tulis tak tahu bergaya, pakai skirt kembang macam makcik kampung, sebab tu suami cari lain, dan macam2 lagi posting jahat, yg cuba memalukan adeeb, menjatuhkn maruah adeeb sebagai wanita, isteri dan ibu.
Saya akan terus ingat kala Adeeb menunjukkan kpd saya posting2 yg mencacinya, namun seraut wajah itu tetap tersenyum, tabah, tidak menangis, dan memilih untuk tidakpun menjawab.
Saya juga ingat kala Adeeb up di fb sempena hari anniversary ulangtahun, foto hanya sepasang tangan bersalam, tiada wajah, tiada kata, hanya mnulis anniversary, dan bagaimana Adeeb di marah, dan di arah menurunkan posting tersebut. Adeeb tak boleh up anythg about her marriage, apatah lagi yg ada foto berwajah !
Adeeb yg masih isteri ketika itu, akur, delete, dgn luka di hatinya hanya Allah saja yg tahu, tidak membantah, malah tidak membalas.
Tiada boleh ada apa2 posting tentang perkahwinan.
Semuanya adeeb hanya simpan kejab2 di dalam dadanya yg sarat derita.
Dan saya pula yg jadi marah.
Pantang saya maruah seorang wanita apatah lagi isteri dipijak2. Dan mulai saat itu, kala Adeeb tidak tahu cara dan tidak punya kekuatan untuk bangun berjuang, saya putuskan, saya akan membantu dia.
Dan saya masih ingat hampir selang sehari meeting, berjumpa di pejabat Peguam saya, Akmal SK, merujuk pihak2 agama mencari bukti, hingga akhirnya macam2 dokumen kami jumpa, yang mengesahkan berlakunya #poligamiscam.
Namun Adeeb terus memutuskan untuk tidak bertindak mengikut hati. Wanita baik ini tetap tidak mahu menzahirkan apa jua yg buruk di fb.
Beliau memilih untuk mengikut saluran undang2.
Dan tiba2, dlm Adeeb mmilih untuk berlaku baik, kami dikejutkan dengan tuntutan perceraian, dan Adeeb di tuduh nusyuz.
Masa ni saya sudah hilang sabar.
Saya berikan Adeeb lawyer. Dan saya kata kpd Adeeb, kita lawan !
Dan Alhamdulillah, Adeeb kekal kuat dan tenang dlm pertarungan demi pertarungan di Mahkamah.
Paling genting buat seorang wanita bernama Adeeb, adalah kala anak kecilnya ‘dilarikan’ dari sekolah. Anak masuk hospital, hak seorang ibu untuk hanya melawat dan memeluk, dinafikan.
Masa ini, dunia seorang ibu ranap serta merta.
Saya ada di sisinya kala seorang wanita di ceraikan, anak di ambil, keluarga berantakan.
Seorang wanita yg hampir hilang segalanya setelah 28 tahun berkahwin, dari cinta yg di semai semasa sama2 belajar di luarnegara.
Dan saya juga menjadi saksi, bagaimana Allah melindungi adeeb.
Adeeb menang dlm segala perkara di Mahkamah.
Akhirnya semua anak2 kembali ke pangkuan ibu kandung tercinta tanpa perlu beliau bbuat sesuatu yg tidak baik. Allah pulangkn semua anak2 kpdnya kini.
Paling saya bangga, walau masa berumahtangga, kala suami yg baru mula kaya raya diratah kemewahan oleh orang lain, kala rumah banglo yg sedang dlm pembinaan di Putrajaya untuk adeeb dan anak2 sekeluarga di tinggalkan tersadai begitu sahaja sehingga kini, kala seorang wanita yg tidakpun diberikan nafkah sbg isteri di 2 tahun terakhir perkahwinannya, kala adeeb tidak pun pernah di bawa ke umrah, Adeeb akhirnya berjaya menjejakkan kaki ke tanah suci for umrah, di atas usaha sendiri. MashaAllah.
Dan kala ex-nya dia kini di declared BANKRUPT dan di tahan dr keluar negara, Allah telah membawa Adeeb byk kali bercuti overseas hadiah dari syarikat yg disertainya, dan yang terbaru, Adeeb dan semua anak2nya telah pergi bercuti bersama ke Australia hasil usahanya sendiri.
MashaAllah. Allah tak pernah tidur.
Terus kuat Adeeb. Teruskan berjuang.
Kes harta sepencarian belum tuntut lagi nih !
Semoga Puan Adeeb terus ke hadapan
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|