CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 7212|Reply: 120

[Tempatan] Fatwa sesat, menyeleweng SIS Forum dari Kerajaan negeri Selangor tidak terpakai pada SIS Forum kerana ia adalah syarikat-Mahkamah Persekutuan

[Copy link]
Post time 19-6-2025 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 19-6-2025 04:26 PM

PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan berpendirian, fatwa pihak berkuasa agama Islam Selangor yang mengisytiharkan SIS Forum (Malaysia) sebagai sesat dan menyeleweng, tidak terpakai kepada pertubuhan itu.



Dalam keputusan majoriti 3-1, panel empat hakim diketuai oleh Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat berpendapat, fatwa tersebut tidak boleh digunakan terhadap SIS Forum kerana ia sebuah syarikat, bukan individu yang menganut agama Islam.


Panel itu berpuas hati, sesebuah syarikat tidak ‘menganut’ agama Islam untuk diklasifikasikan secara sah sebagai penganut.

“Kami mendapati tidak timbul keperluan untuk menyingkap tabir perbadanan (lifting of corporate veil) kerana sesebuah syarikat, pertubuhan atau institusi semestinya digerakkan oleh individu-individu.

Mana-mana individu yang bertanggungjawab atas apa-apa tindakan syarikat, pertubuhan atau institusi yang melanggar fatwa tersebut, kekal terikat dengan fatwa tersebut di bawah perenggan 1 dan 4.

“Hakikat ini adalah sangat jelas di mana fatwa itu secara nyata membezakan antara individu (secara sah) dan syarikat (secara tidak sah),” ujar beliau ketika membacakan penghakiman ringkasnya.

Tun Tengku Maimun menyampaikan keputusan majoriti ketika membenarkan rayuan SIS Forum berhubung pertikaian yang menyentuh fatwa pihak berkuasa agama Islam Selangor yang mengisytiharkan pertubuhan itu sesat dan menyeleweng.

Beliau bersama-sama Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim dan Tan Sri Nallini Pathmanathan membenarkan rayuan tersebut manakala Datuk Abu Bakar Jais mencapai keputusan menentang.

Ketika rayuan pada 2 Disember tahun lalu, prosiding didengar oleh panel lima hakim Mahkamah Persekutuan termasuk Datuk Abdul Karim Abdul Jalil.

Namun, keputusan dibuat menurut Seksyen 78 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 kerana panel bersidang hari ini tidak melibatkan Abdul Karim yang bersara pada April lalu selepas mencapai usia persaraan wajib 66 tahun.

Dalam keputusan itu, Tun Tengku Maimun turut berkata, meskipun pertikaian pihak-pihak adalah berhubung fatwa, isu di hadapan mahkamah adalah mengenai tafsiran perkataan-perkataan ‘orang-orang yang menganut agama Islam’ dalam Butiran 1 Senarai II – Senarai Negeri, Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan (‘Butiran 1’).

Ujar Ketua Hakim Negara, pada dasarnya perkataan itu hanya boleh merujuk kepada orang-orang sebenar (natural persons) dan bukan orang-orang buatan/tiruan (artificial persons) seperti sebuah syarikat.

Kata beliau, tafsiran peruntukan perlembagaan adalah seiring dengan kedudukan hanya seorang manusia sebenar dapat melafazkan kalimah syahadah, mendirikan solat, berpuasa di bulan Ramadan dan menunaikan ibadah haji.

“Dalam konteks yang sama, sesebuah syarikat, sebagai orang buatan atau ciptaan tiada kapasiti untuk bertaubat sepertimana yang dicadangkan oleh fatwa tersebut.

“ Tidak timbul juga soal sesebuah syarikat, pertubuhan atau institusi tidak patut dibiarkan tanpa bertanggungjawab atas perbuatan yang melanggar fatwa tersebut.

“Kebertanggungjawaban atas apa-apa pelanggaran fatwa tersebut adalah sedia terletak di bahu individu-individu yang menggerakkan syarikat, pertubuhan atau institusi tersebut.

“Pandangan kami ini dikuatkan oleh perenggan empat fatwa tersebut yang menghendaki mana-mana individu yang berpegang kepada fahaman liberalisme dan pluralism agama bertaubat dan kembali ke jalan Islam.

“Supaya kami tidak disalah faham, kami mengulangi bahawa panel ini tidak membuat apa-apa komen mahupun menyatakan apa-apa pendapat tentang isi kandungan fatwa tersebut,” ujar beliau.

Menurut Ketua Hakim Negara, rayuan di hadapan panel itu hanya berkenaan had-had kuasa responden untuk menggubal fatwa tersebut dari segi pemakaiannya dalam lingkungan had yang ditetapkan oleh Butiran 1.

Fatwa itu, yang diwartakan oleh Kerajaan Negeri Selangor pada 31 Julai 2014 mengisytiharkan SIS Forum, individu dan kumpulan yang mengguna pakai ideologi liberalisme dan pluralisme, sebagai menyimpang daripada Islam.

Fatwa itu turut mengarahkan penerbitan mengandungi pandangan liberal dan plural berkaitan Islam diharamkan dan disita serta meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menapis laman sesawang sosial yang bertentangan hukum syarak.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2025 12:05 PM From the mobile phone | Show all posts


Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2025 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Technical issue ni.   
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2025 12:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah sah2 Tengku Maimun tu, sokong SIS.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2025 12:46 PM | Show all posts
Tengku Maimun, haruslah. Elok juga ada SIS ni utk seimbangkan set2 setazah ekstrem jenis nenek midor huh lemas aku. Kita tulis je pandangan kita yg logik n rational psl faraid ke apa, dtg lah dia quoted konon nak betulkan pandangan kita, duk jelaskan begitu begini dlm quran. Hoiii bangsattt so what lagipun aku bukan ckp psl quran, aku ckp psl pandangan aku tntg faraid n isu sekitar pembahagian harta. Klu nak ikut holy book aku tak tak perlulah guna akal fikiran sendiri or ada opinion bodohh oiiii phuiii lemass jenis suka betulkan ni kohkohkohh
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2025 12:50 PM | Show all posts
Nenek midor kuat penipu konon ucap thanks pd mod sbb bagi kredit posting bagussslah kononnya, rupanya auta je kohkohkohh phuiii benda mcm tu pun nak menipu pelik betul huh nasib baik decaf alert kohkkohh lps tu sibuk nak betulkan kita psl agama sial punya manusia phuiii
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-6-2025 12:53 PM | Show all posts
Dulu ada lobainita mbcdef, skrg ni mana oegi tak tahulah. Pantang kita tulis opinion apa3 siaplah dia quoted nak berlawan hujah dr sudut agama. Lemas betul
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2025 12:56 PM | Show all posts
Edited by Orenn1 at 20-6-2025 12:57 PM

Jgn jadi iran sudah kita ni, rakyat lemas sbb menekan sgt bab agama ni, lemaslah. Tak semua org nak hidup berpandukan agama 100, setengah org tu sederhana saja psl agama  ni. Boleh le ambil mana yg elok yg tak keterlalauan aje. Biarlah kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2025 01:02 PM | Show all posts
Melayu zmn skrg ekstrem sgt lemas aku. Tgk kat socmed suka betul tegur aurat org. Ko nak berbungkosss, ko bungkoss sorg2, tak semua org minat nak bungkos badan dar kepala ke kaki.  Tak perlu tegur org punya aurat, org semayang ke tak, benda tu private, personal matter. Jgn sibuk hal org part ni.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2025 01:03 PM | Show all posts
Yg pakai tudung tu, cuba bagi dia pinjam duit mesti larii tak bayarrr lol kohkohkohh dah blh tahu dah huh
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2025 01:06 PM | Show all posts
apa yang takut sgt dgn ISIS?
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2025 01:11 PM | Show all posts
Edited by Orenn1 at 20-6-2025 01:23 PM

Kat msia melampau sgt tekanannya, jgn nanti generaisi2 akan dtg memberontak jadi mcm iran. Berpada2 sederhana sudah, keep it for yourself. Dr satu segi aku suka bini politicians yg modern2 tak oakai tudung ni, dorg lantakannaje apa org kak kata kohkohh, mcm kakmah, tun siti, nenek jane, dulu nenek endon. Mcm tu lah cantik rambut kepok2. Namapun rambut adalah mahkota wanita, hias cantik2 lawa2.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2025 01:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku lagi suka isteri pembesar negara tak pakai tudung lol klu ikut tok laki pegi oversea trip jumpa pembesar negara lain nampak cantik je lawa rambut semua.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2025 01:21 PM | Show all posts
Sebab lobai2 majlis agama fatwa bagai nak haramkan SIS. Dorg mana blh pompuan modern2 pandai2 ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2025 01:22 PM | Show all posts
Kena ada jugak jenis2 SIS ni, takksn jenis2 muslimah PAS set2 lobainita aje lol kohkohkohh
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2025 01:29 PM | Show all posts
Dulu tahun awal 90an msia tak taliban mcm skrg. Tapi semakin hari semakin taliban sampai mcm skrg. Dulu org tak tegur psl aurat org. Perkara biasa tak pakai tudung. Dulu sampai klu tak salah sampai form 2 semua smpt lagi aku pakai gown semua, seluar pendek waktu pj, seluar racing org panggill. Skrg budak pompuan unur 5 tahun ko dah bungkosss budak tu dr kepala sampai kaki, ishhh. Makin terukkk.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2025 02:29 PM From the mobile phone | Show all posts
SIS funded and created by USaid.
Tengkuk Maimun memang feminist tu pasal gang ultra Malay and extremist memang tak suka Tengkuk Maimun but with her due diligence masuk juga Najib kat penjara.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2025 02:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by slavehunter at 20-6-2025 02:40 PM
Orenn1 replied at 20-6-2025 01:29 PM
Dulu tahun awal 90an msia tak taliban mcm skrg. Tapi semakin hari semakin taliban sampai mcm skrg. D ...


aku pun tak suka paksa orang pakai tudung.  Belah mak aku Kedah semua jenis setazah tudung labuh, yerla kan kawasan Pas, so bila aku datang kenduri tak pakai tudung aku kena sound dgn abang sedara aku.

Belah bapak aku pulak....Umur 40+ or bila dah kawin dah start beranak baru dorang start pakai tudung.  So memang aku Dari kecik tak berbungkus lagipun I'm an athlete in school ,hockey player some more apo nak suruh aku lari lari satu padang track stadium pakai tudung?
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2025 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
GISB pun syarikat kan. tp habes kne usung semua
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2025 02:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Orenn1 replied at 20-6-2025 01:29 PM
Dulu tahun awal 90an msia tak taliban mcm skrg. Tapi semakin hari semakin taliban sampai mcm skrg. D ...

But rite now dah kawin aku pakai tudung juga la bila pergi function, kenduri, errands, formal jumpa, tapi casually mengopi aku kadang tak pakai ler especially bersukan exercise hiking tu pakai hoodie saja.

Bagi aku memang tak perlu la judge orang tu atas pilihan dia, memang tuntutan agama arahan Tuhan yerla aku bukan nak lawan tuhan pun tapi memang belum sempurna Iman la aku ni, aku mengaku jer.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-7-2025 03:49 AM GMT+8 , Processed in 0.067385 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list