View: 1616|Reply: 19
|
[Jenayah]
Beli Roti Sosej Dekat Giant, Geli Tengok Dah Penuh Ulat!
[Copy link]
|
|
Satu video yang dikongsikan di TikTok (@c0qqu3teeeee) baru-baru ini menampakkan makanan yang dibeli dari sebuah pasaraya pada harga diskaun.
Produk roti sosej itu yang pada mulanya berharga RM8, telah diturunkan kepada RM5.
Namun apa yang menggelikan adalah apabila di dalam sosej itu sudah dipenuhi ulat, malah sehingga merayap keluar dari dalam sosej ke dalam bekas roti tersebut.
Menurut wanita yang memuat naik video tersebut, dia telah membeli roti sosej itu pada 17 Jun, iaitu hari sama tarikh luputnya seperti yang tertera pada label.
“Nasib sebelum makan kita kopek dulu,” katanya.
Ramai Geli Gelaman Lihat Ulat Merayap Pada Roti Sosej
Perkara itu menyebabkan orang ramai berasa loya melihat ulat-ulat yang merayap di dalam dan sekitar roti sosej tersebut.
“Ulat tu bukan sehari punya. Dah sihat dah,” kata seorang pengguna TikTok.
Namun ada juga yang mempersoalkan tindakan sesetengah orang yang gemar membeli roti lelong berbanding pada harga yang lebih mahal.
Dalam pada itu, seorang wanita yang menjual sosej berkata makanan itu akan menjadi tidak elok dalam masa empat jam sahaja setelah disediakan.
Seorang lagi individu yang pernah bekerja di sebuah bakeri juga mendakwa bahawa roti yang tidak habis dijual akan dibawa ke keesokan harinya.
“Kalau tak habis, selagi tak nampak kulat, kita bawa ke lusa. Roti hari ini yang jual tu sama ada semalam atau kelmarin punya tau. Melainkan nampak depan mata dia piping topping,” dakwanya.
Lapor Kepada KKM Jika Makanan Dibeli Tak Berkualiti
Jika makanan yang anda beli berada dalam keadaan tidak berkualiti atau tercemar, jangan lupa untuk lakukan laporan kepada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM),
Membuat aduan di Pejabat BKKM atau Pejabat Kesihatan Daerah yang berdekatan.
Hubungi talian BKKM atau MyGCC: 03-8885 0797 atau 03-8000 8000.
Aduan menerusi surat kepada Pejabat BKKM, Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah yang berdekatan.
Facebook BKKMHQ.
Selain itu, aduan juga boleh dihantar menerusi WhatsApp Aduan Kebersihan Premis Makanan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Ia sebelum ini telah diwujudkan bagi orang awam membuat laporan berkaitan kebersihan dan keselamatan makanan di bazar Ramadan sepanjang bulan puasa ini.
Orang ramai boleh menyalurkan aduan berkaitan menerusi talian 012-8484378. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Quick sale tu kan. Maknanya mmg Giant nak habiskan stok
roti yang nak expired.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ni yg i nk marah dgn homebaker kt fb
Dlm group roti masih ada tanya mcm mana nk buat roti sosej tahan tiga empat hari
Dgn bangganya ramai share cara masing2
Geram lak i baca
Pastu i tanya diorg
Adakah klu sosej yg korang goreng atau bkr kat umh, korang bg ank mkn lepas tiga pat hari??
Pastu korg expect org lain nk mkn roti sosej ko yg dah tiga pat hari. |
|
|
|
|
|
|
|
B40tastePosh replied at 20-6-2025 11:33 PM
Ada lagi ke Giant?
Ada lagi. Kajang masih ada |
|
|
|
|
|
|
|
akies replied at 20-6-2025 11:57 PM
Ada lagi. Kajang masih ada
Yeke....hihi...tengok thread ini macam berundur zaman time iols kerja kat Guardian dalam Giant tahun 2012 dulu |
|
|
|
|
|
|
|
B40tastePosh replied at 21-6-2025 01:09 AM
Yeke....hihi...tengok thread ini macam berundur zaman time iols kerja kat Guardian dalam Giant tah ...
Aah. Giant kt kelana jaya tu dh berkubur.
Tempat iols lepak makan2 masa lunch hour.
Giant Kajang ni je masih bertahan.
Sebab kadang2 orang kat sini malas nk keluar gi lotus  |
|
|
|
|
|
|
|
Meols pun pernah beli roti sosej ni kat bakery, bila bawak balik nak makan petangnya, sosej tu dah berbau. Terus ku tongsampahkan aje roti itu. |
|
|
|
|
|
|
|
Belinya bila
Expired bila
Makan bila
Tringat dulu pon ada kes acik gundu makan mekdi berulat lepas 3-4 hari dibeli |
|
|
|
|
|
|
|
kemaruk replied at 21-6-2025 08:00 PM
Belinya bila
Expired bila
Teringat kisah pakcik mat salleh ni beli air kelapa dalam kelapa. Dia dah cucuk straw tembus ke dalam kelapa tu, dibiarnya sebulan kat luar peti sejuk. Lepas sebulan, dia terjumpa balik dan minum air tu. Haruslah dah beranak pinak bercucu cicit generasi ke berapa kulat dalam tu. Mati pakcik tu walaupun minum sikit je sebab rasa slimy busuk air tu. Dia buka tengok dah mereput dalam kelapa tu. Lepas minum dia kena brain swelling, infection semua. Mati dalam sehari he lepas minum tu. Takleh la salahkan penjual kelapa kalau macam tu. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
roti2 donut2 makanan fresh mmg dah markdown harga but pada2 nak makan
selalu je nampak kat aeon kat tesco
mungkin bad batch la tu
i pernah beli tembikai sebiji kat giant aduhh bila belah dah busuk
i complain la kat hq
terus store manager giant tu call ckp dtg balik amik lagi sebiji
yelah mana depa tau brg fresh ni quality camna kan
gi village grocer ada beli gak veges markdown clearance. still elok tahan lagi 2-3 hari |
|
|
|
|
|
|
|
Yarrrrrrr!!!!! dah la sy ni memang tergamam jika tgk ulat!
last weekend sy frozen 10 seconds gitu sebab semasa ambil socks dari penyidai, baru sy perasan shrubberies kat tepi2 sy ni sebenarnya penuh dengan caterpillars.... yarrrrrrr eeeew yowzerrrr ahhg sy tk boleh fikir |
|
|
|
|
|
|
|
ipes2 replied at 22-6-2025 11:40 PM
Yarrrrrrr!!!!! dah la sy ni memang tergamam jika tgk ulat!
last weekend sy frozen 10 seconds gitu se ...
Nape ayat ko macam minah goshhh mbfcimb
Lama tak nampak @mbhcsf masih hidup ke atau dah tewas dek covid? |
|
|
|
|
|
|
|
eh jgn la ganggu dia
nanti sy tanya kabar
minah goshhh tu apa maknanya bangkem
|
|
|
|
|
|
|
|
Scaryy. Mmg kne check btul2 mkanan pasnii. Igt bli kt trusted store cmtu trusted lh juga |
|
|
|
|
|
|
| |
|