CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
123Next
Return to list New
View: 6708|Reply: 45

[Jenayah] Tak Kawal Pemakanan, Kena Tegur Sebab Keadaan Badan Tak Sihat Langsung!

[Copy link]
Post time 9-7-2025 08:46 AM | Show all posts |Read mode


Satu video yang dimuat naik oleh jurulatih kecergasan, Tareq Fit di TikTok telah mencetuskan perbualan hangat dalam kalangan netizen selepas beliau menegur secara terbuka bapa kepada pempengaruh kanak-kanak, Abang Aji, mengenai keadaan fizikal anaknya yang dikatakan tidak sihat untuk usianya.

Dalam video tersebut, Tareq menyuarakan kebimbangan terhadap saiz badan Abang Aji yang agak besar dan tidak sepadan dengan usianya.  Teguran yang diberikan juga adalah dari sudut pandangannya sebagai seorang bapa.

    “Aku takkan terima keadaan badan anak aku macam ni. Keadaan badan tak sihat langsung,” luahnya dalam video tersebut.

Beliau turut mempersoalkan tanggungjawab ibu bapa dalam memastikan pemakanan sihat anak-anak. Tegurannya ternyata memberi kesan mendalam kepada para penonton yang rata-ratanya bersetuju dengan pandangan tersebut.

    “Bila anak obes, jangan salahkan anak Salahkan diri sebab kau yang perlu bertanggungjawab sebagai mak ayah yang kena jaga keadaan badan anak kau.” Katanya lagi.

“Akhirnya, ada juga orang bersuara pasal dia…”

Abang Aji yang sememangnya dikenali dengan wajah comel dan tubuh montelnya sering menjadi perhatian netizen di media sosial. Namun, kebanyakan warganet kini mula melihat situasi ini dari sudut kesihatan. Dalam video berkenaan, Abang Aji dilihat makan daging lembu bahagian kaki (gearbox) yang agak kurang sesuai dimakan untuk umurnya kerana tinggi kalori.

Bukan itu sahaja, kebanyakan video perkongsian dari akaun TikTok bapa Abang Aji memaparkan rekasi anaknya dalam menjamah makanan yang diberi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyokong teguran yang dibuat oleh Tareq Fit. Mereka menegaskan bahawa kanak-kanak pada usia sebegitu tidak mampu membuat keputusan sendiri mengenai makanan atau gaya hidup, justeru ibu bapa harus memainkan peranan utama dalam membentuk tabiat sihat sejak awal.

    “Anak kecil tak tahu apa-apa. Semua bermula dari cara ibu bapa jaga pemakanan,”

    “Bukan nak body shaming, tapi ini soal kesihatan. Kesian kalau kecil-kecil dah ada komplikasi,”

    “Kita tengok dia bernafas un kita penat.”

    “Betul, anak kecil lagi tak tau apa-apa memang nak makan je semua benda. Mak ayah kena lah pantau”

    “Kesian anak jadi bahan konten bapa”

    “Ayah dia jadikan dia konten tak fikir pun kesihatan anak”

    “Asal duit masuk takpe”

Isu ini membuka perbincangan penting tentang tanggungjawab ibu bapa dalam memastikan anak-anak membesar dengan sihat, bukan sekadar kelihatan ‘comel’ di mata netizen. Teguran Tareq dianggap tepat pada masanya dan menyedarkan ramai tentang kepentingan kesedaran awal terhadap kesihatan kanak-kanak.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-7-2025 08:46 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-7-2025 08:47 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2025 08:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Mamat konten jual anak ni aku mmg meluat.
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2025 08:57 AM | Show all posts
teruknya jadi bapak
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2025 08:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau 1 family mesti ada sorang gemuk sbb dia tukang perabis makanan yg tak habis, sama ada mak atau anak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-7-2025 09:18 AM | Show all posts
sian budak ni...leher terus tenggelam...kepala bersambung terus bahu... lepas tu budak ni baru 3 tahun..?????? gilalah bapak dia bg mkn banyak2... yang tak sesuai dengan keperluan kalori seorang budak
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2025 09:20 AM | Show all posts
kalau nawaitu tu mmg ikhlas nak tegur sbb ko concern, perlu ke buat teguran publik mcm tu? boleh je PM tepi....atau mmg ada sikit perasaan riak and nak menunjuk....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2025 09:26 AM | Show all posts
seram lak tengok dia makan tu. diet la dekkkk!
kucing pun disuruh diet kalau obes!
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2025 09:29 AM | Show all posts
bagus dia tegur. Bagi kesedaran dekat yang lain2 jugak. Tak fikir masa depan anak. Bangga anak besar. Kalau ayam ke kambing gemuk sbb kita nak makan dagingnya. Kalau anak gemuk ...pasaipa nak kasi gemuk?
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2025 09:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Demi content mak bapak sanggup merosakkan kesihatan anak
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2025 09:45 AM | Show all posts
mcm kes fatah anas selagi blh buat duit.. aku tahu je kisah fatah anas ni sbb kwn aku ada kaitan dgn dia belah abg ipar dia cmtu.. sian budak dijadikan lubuk buat duit

Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2025 09:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Macam babi dah anak nya
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2025 11:02 AM | Show all posts
aku lama dah block content dia ni

teringat dulu ada jugak yang famous

walau hujung-hujung banyak muka pak dia je dalam page tu (zaman IG)

tapi dah tak comel lepas budak tu masuk sekolah rendah
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2025 11:09 AM | Show all posts
Kecik2 comel lah, dah besar anak kena ejek gemok kat sekolah kat tempat kerja marah
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2025 11:13 AM | Show all posts
BungaKencana replied at 9-7-2025 01:45 AM
mcm kes fatah anas selagi blh buat duit.. aku tahu je kisah fatah anas ni sbb kwn aku ada kaitan dgn ...

Sampai skrg bapak dia dok buat live, masuk fatah anas tu sekali dgn adik pempuan dia.. Selekeh bapak dia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2025 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts
dewi_rina replied at 9-7-2025 11:09 AM
Kecik2 comel lah, dah besar anak kena ejek gemok kat sekolah kat tempat kerja marah

ya betul .. kecil2 comel.. bila masuk sekolah kena ejek... bersukan pun x boleh kena duk tepi padang...
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2025 11:17 AM | Show all posts
dewi_rina replied at 9-7-2025 11:13 AM
Sampai skrg bapak dia dok buat live, masuk fatah anas tu sekali dgn adik pempuan dia.. Selekeh bap ...

bapak dia tak reti urus duit, dulu niaga char kuey teow kt kg skrg mgkn da niaga balik la kot.. ank pun da tak pemes..
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2025 11:20 AM | Show all posts
Purestteam1 replied at 9-7-2025 03:14 AM
ya betul .. kecil2 comel.. bila masuk sekolah kena ejek... bersukan pun x boleh kena duk tepi pada ...

Nak jalan pun tak larat, biasa gemok mcm ni masuk lontar peluru dgn tarik tali jelah.. Tu pun jadi bahan
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2025 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Ini bukan baby fat, ini gemok.
Anak gemok tidak comel. Titik.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2026 09:26 AM GMT+8 , Processed in 0.227089 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list