CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
12Next
Return to list New
View: 3455|Reply: 20

[Tempatan] Dr. Mahathir dirawat di IJN, dijangka pulang petang ini

[Copy link]
Post time 13-7-2025 04:17 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode

PUTRAJAYA – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kini sedang menjalani pemerhatian di Institut Jantung Negara (IJN) susulan masalah keletihan.

Menurut kenyataan ringkas daripada pejabat beliau, Dr. Mahathir bagaimanapun berada dalam keadaan stabil dan sedang berehat bagi memulihkan keadaan kesihatannya.“Dr. Mahathir kini berada di bawah pemantauan pihak IJN akibat isu keletihan. Beliau sedang berehat dan dijangka dibenarkan pulang ke rumah pada petang ini.

“Pihak kami akan memaklumkan sebarang perkembangan lanjut dalam masa terdekat,” katanya hari ini.

Terdahulu, Dr. Mahathir mengalami kepenatan selepas mengayuh basikal dan terpaksa meninggalkan lebih awal Program Picnic & Potluck di Tasik Putrajaya, di sini pagi tadi.

Program yang berlangsung bersebelahan Yayasan Kepimpinan Perdana itu dianjurkan bagi meraikan sambutan kelahiran ke-100 Dr. Mahathir pada 10 Julai lalu serta ulang tahun kelahiran ke-99 isterinya, Tun Dr. Hasmah Mohamad Ali pada 12 Julai.

Dr. Mahathir tiba pukul 7.45 pagi dengan memandu sendiri kenderaan sebelum mengayuh basikal secara ‘tandem’ di sekitar tasik diiringi pegawai keselamatan khas.

Bagaimanapun, selepas menamatkan kayuhan sejauh kira-kira lapan hingga sembilan kilometer, beliau dilihat keletihan dan duduk berehat di kerusi seketika sebelum menuju ke meja sarapan yang disediakan.

Lebih 500 orang hadir memeriahkan program itu dan mengambil kesempatan bersarapan bersama keluarga secara santai bersama di tepi tasik. – KOSMO! ONLINE

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2025 06:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Letih sangat agaknya Tun M banyak aktiviti fizikal sempena ulang tahun ke-100. Semoga diberi kesihatan baik yang berpanjangan.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2025 06:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by bakingsoda at 13-7-2025 06:22 PM

terperanjat dgn kehadiran puaka kat majlis semalam ke atok
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2025 06:22 PM From the mobile phone | Show all posts
bakingsoda replied at 13-7-2025 06:21 PM
terperanjat dgn kehadiran puaka kat majlis semalam ke atok

Siapa gerangan puaka tersebut?
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2025 06:23 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_almondpecan replied at 13-7-2025 06:22 PM
Siapa gerangan puaka tersebut?

puaka merempit dijalan raya

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2025 06:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Selalu dengar Tun M berbasikal di tepi tasik putrajaya. Tapi kayuh 9km tu macam jauh je. Especially event bday celebration macam non stop. Kayuh 5km pun dah ok Tun. Selamat berehat
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-7-2025 06:57 PM | Show all posts
sebab kayuh sejam, selalu 30 minit je katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2025 07:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga cepat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2025 07:20 PM | Show all posts
Sudah-sudahlah pergi buat event dan jemput dia. Biarlah dia berehat dengan keluarga.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2025 07:58 PM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 13-7-2025 07:20 PM
Sudah-sudahlah pergi buat event dan jemput dia. Biarlah dia berehat dengan keluarga.

Cucu atok semua dah dewasa
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2025 09:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Tandem kan, adakah lagi sorg tu debab atau ngelat ngayuh
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2025 10:28 PM From the mobile phone | Show all posts
kitaserupaaa replied at 13-7-2025 06:42 PM
Selalu dengar Tun M berbasikal di tepi tasik putrajaya. Tapi kayuh 9km tu macam jauh je. Especially  ...

9km jauh tu..nak nak skrg tgh panas.
100 tahun tu dalaman byk dah depreciation wpon luaran nampak msih sihat dan x nyanyuk.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2025 10:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga cepat sembuh tok det
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2025 11:42 PM From the mobile phone | Show all posts
100 tahun dah kot.. tak yah la suh kayuh basikal. Nmpak live pagi tadi tun m drive sendiri ke putrajaya. Kagum i.
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2025 11:26 AM | Show all posts
Nagilah Tun rest. ye, korang nak tunjuk dia 100 tahun masih sihat.. tapi korang lupa 100 tahun pun ada limitation juga.
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2025 11:32 AM | Show all posts
bakingsoda replied at 13-7-2025 06:23 PM
puaka merempit dijalan raya

bole plak dia pg jumpa Tun M dgn baju seropa pondan lorong tu...takdak common sense betol
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2025 03:35 PM | Show all posts
Yang galak ni ialah fan club beliau out to prove that at 100 years of age, idola mereka masih berbisa. Maka dideranya lah orang itu sampai tak cukup tanah. Aku mampu geleng kepala ja lah.
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2025 03:36 PM | Show all posts
lasagnaklcc replied at 13-7-2025 09:48 PM
Tandem kan, adakah lagi sorg tu debab atau ngelat ngayuh

Memang kena menjawab lah yang si tukang kayuh tu.

Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2025 03:40 PM | Show all posts
mana family? xboleh ke tgk tetatif program & decide apa boleh apa xboleh...logikla umo 100 tahun disuruh cycling even dia sndri nak pon anak2 kena la nasihatkan supaya xperlu ada aktiviti fizikal...rehat2 jela buat aktiviti mewarna ke, main chess ke, jutaria xboleh ke
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2025 04:42 PM | Show all posts
Wateva pun, ai kagum sbb both Tun M dan Tun H boleh bersama dgn umur seabad.. Jarang la nmpk dua2 melayari hari tua sepanjang ini.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2026 06:08 PM GMT+8 , Processed in 1.807527 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list