|
View: 2251|Reply: 14
|
[Jenayah]
Kawasan Ampang Penuh Dengan Tikus, Dapat RM3 Untuk Seekor!
[Copy link]
|
|
|
Edited by vanillaessence at 14-7-2025 08:31 AM
Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) melancarkan inisiatif unik dengan menawarkan ganjaran wang tunai sebanyak RM3 bagi setiap tikus yang berjaya ditangkap oleh para peniaga
Ia adalah sebagai sebahagian daripada Kempen Basmi Tikus di kawasan Ampang.
Kempen ini dijalankan dengan kerjasama Jawatankuasa Penduduk (JKP) Zon 8, dan memfokuskan kepada kawasan berisiko tinggi seperti Pasar Pekan Ampang dan persekitarannya.
Menurut laporan Harian Metro, insentif tersebut bertujuan menggalakkan penglibatan aktif masyarakat setempat, khususnya peniaga, dalam usaha mewujudkan persekitaran yang bersih, selamat dan bebas risiko kesihatan yang berpunca daripada pembiakan tikus.
Langkah ini juga dilihat sebagai satu bentuk pendekatan komuniti yang inovatif dalam menangani masalah kebersihan bandar secara bersama.
"Ganjaran wang tunai RM3 bagi setiap ekor tikus yang berjaya ditangkap akan diberikan kepada individu yang menangkap tikus di Pasar Pekan Ampang dan kawasan sekitar.
"Selari dengan elemen ketiga dan ke-11 Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) iaitu kesihatan yang baik serta bandar dan masyarakat yang mampan, inisiatif ini dilaksanakan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat dan komuniti berkaitan kepentingan menjaga kebersihan persekitaran supaya bebas daripada pembiakan tikus selain sebagai usaha membendung penyakit bawaan tikus seperti leptospirosis dan sebagainya, "katanya.
Difahamkan, kaunter tuntutan ganjaran wang tunai dibuka bermula 8 sehingga 25 Julai ini pada jam 9.30 pagi sehingga 12.00 tengah hari di Perkarangan Pasar Pekan Ampang.
"Penyertaan adalah terbuka kepada peniaga di Pasar Pekan Ampang dan sekitarnya, "katanya. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by BeskotCekelat at 14-7-2025 09:52 AM
Hahaha.. Nanti jadi macam India zaman Empire British. Tangkap ulaq, boleh dapat duit. Last2 dorang bela ulaq banyak2 juai kat tuan inggeris.. boleh gugel Perverse Incentive atau The Cobra Effects.
https://en.wikipedia.org/wiki/Perverse_incentive |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
euw... geli . tikus ni membiak cepat giler..bunuh satu .sepuluh mari |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
wah boleh jana side income hihi |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
ampang park.
ampang point.
ampang tikus??? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Plg mudah bela kucing jak |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
vespa_oren replied at 14-7-2025 12:11 PM
Plg mudah bela kucing jak
betul. pbt patut tnr je kucing stray sekitar pasar, letak mknn freeflow, kucing dah sihat nnt lincah la buat keje tangkap tikus. bila buat offer camni, peniaga balik ternak tikus kat rumah bnyak2, bunuh pastu gi 'jual' kat pbt. smpai kiamat lah pbt duk beli bangkai tikus
 |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kena tangkap hidup ke mati? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
kucing pun takut sbb tikus ada yg lagi besar dari kucing...
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
betul ada kucing yg takut dgn tikus... tp kalo kucing2 dh byk, tikus pun takut gak, walopun tikus besar... kucing kena ada utk bantu kawal populasi tikus.
sbb itu setiap ciptaan Tuhan ada fungsi, kebaikan / kekurangan.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Haritu acik nampak kucing tangkap tikus kat dalam Kota
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Jangan jadi mcm India sudah.. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|