CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
123Next
Return to list New
View: 5955|Reply: 48

[Tempatan] Membayar gaji bermula dari 110k SGD setahun,Kementrian Kesihatan (MOF) Singapura datang terus ke Kuala Lumpur merekrut doktor, jururawat Malaysia yang berminat untuk bekerja di negara itu.

[Copy link]
Post time 19-7-2025 12:58 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Kementrian Kesihatan (MOF) Singapura datang ke Kuala Lumpur dalam usaha untuk merekrut doktor, jururawat yang berminat untuk bekerja di negara itu.



Menurut perkongsian pengguna laman Threads, negara jiran itu menawarkan gaji yang lumayan kepada sesiapa yang terpilih untuk bekerja di seberang.

Mereka membayar gaji bermula dari 110k SGD setahun, tidak termasuk faedah/elaun penginapan bulanan/insurans

Peluang yang baik untuk mengumpul simpanan selama sekurang-kurangnya 2 tahun & kemudian kembali ke Malaysia jika rindu kampung halaman,” tulis seorang pengguna.

Graduan perubatan Malaysia dikatakan menjadi pilihan hospital di Singapura kerana mereka dianggap sebagai ‘aset murah tetapi berkualiti tinggi’.

Memetik laporan FMT, seorang doktor  berkongsi bahawa graduan perubatan Malaysia terdapat di semua hospital di sana dan menjadi pilihan kerana sistem latihan doktor pelatih di Malaysia yang holistik.

Hospital yang saya bertugas ini, 40% petugas perubatan adalah graduan universiti terkemuka di Malaysia,” katanya, yang sudah setahun berkhidmat di negara berkenaan.

Selepas enam bulan bertugas sebagai pegawai perubatan di sebuah hospital di Malaysia, Akram menerima tawaran untuk berkhidmat di Singapura.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2025 01:41 PM | Show all posts
Kat mana dia tulis salary tu? Zoom sikit.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-7-2025 02:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 19-7-2025 01:41 PM
Kat mana dia tulis salary tu? Zoom sikit.

Mereka membayar gaji bermula dari 110k SGD setahun, tidak termasuk faedah/elaun penginapan bulanan/insurans
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2025 02:14 PM | Show all posts
YgBenar replied at 19-7-2025 02:02 PM
Mereka membayar gaji bermula dari 110k SGD setahun, tidak termasuk faedah/elaun penginapan bulanan ...

Itu dalam artikel. Mana wartawan tu dapat?

Aku cari atas flyer tu tak jumpa pula, ka aku yang tak nampak?

Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2025 02:21 PM | Show all posts

Rekrutmen terus doktor oleh Singapura: Isyarat jelas perlunya reformasi kesihatan negara
Harapandaily   
July 10, 2025

Dr A Lingeshwaran

Saya memandang serius tindakan Kementerian Kesihatan Singapura yang bakal mengadakan temu duga terbuka di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur untuk merekrut doktor-doktor Malaysia secara langsung, dengan tawaran pakej tahunan sebanyak RM385,000 berserta penginapan dan pelbagai faedah tambahan. Tawaran ini secara realistiknya akan mempercepatkan penghijrahan doktor kita ke luar negara.

Lebih mengejutkan, syarat kelayakan telah dilonggarkan. Kini, semua graduan perubatan Malaysia boleh memohon tanpa perlu melalui sebarang peperiksaan kelayakan seperti sebelum ini. Kos sara hidup di Singapura, terutamanya sewa rumah, turut ditanggung. Maka, tawaran ini amat menarik – khususnya kepada doktor-doktor muda kita yang masih mencari hala tuju dalam sistem domestik.

Sebagai bekas Pengarah Hospital Sungai Bakap dan kini Senator, saya akui isu ini bukan baru. Ia telah berakar sejak bertahun-tahun. Namun, saya percaya di bawah Kerajaan MADANI yang dipimpin oleh YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim, kini adalah masa yang paling sesuai untuk kita melakukan reformasi menyeluruh terhadap ekosistem kerjaya doktor di Malaysia.

Ramai petugas kesihatan – dari doktor muda hinggalah ke pakar – percaya bahawa pentadbiran hari ini lebih prihatin, lebih terbuka mendengar suara mereka. Tetapi keprihatinan itu mesti diterjemah segera kepada pelaksanaan, bukan sekadar janji.

Apa jadi dengan elaun on-call dan kenaikan elaun pakar yang telah diumumkan dalam Belanjawan 2025? Sudah masuk bulan Julai, tetapi masih belum dilaksanakan. Ini menjejaskan keyakinan doktor terhadap sistem. Sedangkan negara jiran bertindak pantas dengan tawaran menarik, kita pula masih terikat dengan birokrasi dan ketidaktentuan pelaksanaan.

Saya juga dimaklumkan bahawa hampir 40% graduan dari RCSI & UCD Malaysia Campus di Pulau Pinang memilih untuk menjalani latihan siswazah mereka di Ireland dan UK, bukannya di hospital awam Malaysia. Ini petanda jelas bahawa doktor-doktor muda kita sedang hilang keyakinan terhadap sistem sedia ada.

Statistik menunjukkan lebih 6,400 pegawai perubatan meletakkan jawatan dari tahun 2019 hingga 2023. Ini bukan lagi kebocoran kecil – ini gelombang yang mengancam daya tahan sistem kesihatan awam negara.

Saya ulangi: Ini bukan isu gaji semata-mata. Ini isu kepercayaan terhadap sistem. Doktor-doktor muda mahukan kepastian, sokongan, dan masa depan yang stabil. Tanpa pembaharuan struktur yang menyeluruh dan segera, kita bakal kehilangan lebih ramai tenaga profesional yang berkualiti tinggi.

Kini adalah masanya untuk bertindak. Kita harus menghargai doktor kita bukan sahaja dengan kata-kata, tetapi dengan tindakan. Reformasi perlu dilaksanakan – bukan ditangguh.

Senator Dr A Lingeshwaran ialah senator Pulau Pinang.

Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2025 02:37 PM | Show all posts
Baguslah...

Ini berita baik kepada semua graduan dan bakal graduan dimalaysia.

Sekarang ini kita berpotensi untuk jadi pembekal doktor-doktor, nurse kepada singapura, tetpai pada masa akan datang, negara-negara lain spt australia tdk musthahil jg ingin mengimport doktor-doktor malaysia supaya bekerja disana...

selagi input dan output untuk hasilkan graduan doktor dimalysia stabil dan dapat menamung kegunaan sendiri, maka permintaan singapore ini adalah peluang sgt bagus... jika didapati berkurang, negara perlu buka peluang lebih banyak supaya ramai pelajar berpeluang untuk ikut course doc...

jika perlu kita jg boleh eksport engineer, arkitek, arkeologi, geologi, atau mana-mana pekerjaan yang berpotensi jadi keperluan disana, kerja 3d atau level sedikit di atas tak perlu diberi perhatian kerana kita tak boleh bersaing dgn indon dan pinoy, serta bangla...

even kalau mereka kekurangan menteri, kita jg boleh eksport ramai-ramai ke sana, menteri kita ada kelebihan guling2 atas jalanraya, suatu yg tiada pada menteri2 singpaura...



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-7-2025 02:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru nak heboh ke bila nampak iklan tu? Deol dah lama buat la...anak2 ex kelig meols yang amik degree nursing, belum grad dah dioffer keja. Kesahnya UMS tu ada program affiliate dengan spital Singapore, bebudak cemerlang  memang meka scout seblom abis degree lagik. Begitulah caranya Singapore amik talent kita. Meanwhile di tempat ni...Mmmm....
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2025 02:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Gile ah..makin teruk le sepital gomen lepaih ni..sesak..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2025 07:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Biarlah brain drain, mereka mmg patut dapat gaji sebegitu, Malaysia ni kalau boleh majikan nak bagi gaji murah ja yg tak setimpal, zaman dulu2 org spm pun mampu beli rumah, la ni org yg ada degree belum tentu mampu beli rumah usia sblm 30
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2025 09:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Aduh, smpi rase nk anxiety.. takot. Safety first and take care guys.
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2025 10:24 PM | Show all posts
alhamdulillah
klu singapore masih dalam malaysia xmgkin dpt kerja singapore gaji tinggi siap convert

rahmat akibat pemisahan malaysia
tungku de raman mmg genius melampaui zaman
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2025 10:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Singapore tu kecik je. Cream of the crop ada high potential
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2025 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
ninja boy replied at 19-7-2025 07:44 PM
Biarlah brain drain, mereka mmg patut dapat gaji sebegitu, Malaysia ni kalau boleh majikan nak bagi  ...

"kami gomen memang bg majikan pakai 'falsafah'....'lu takmok...bangla ada maaa'.....
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2025 01:56 PM | Show all posts
Malaysia ni
bukan tak cukup doktor
tapi kemudahan perubatan yg hmmmm
hospital tak mencukupi utk jumlah rakyat yg ada

dari segi gaji tu
gitulah kalau dengan gomen
kalau dgn swasta haruslah tinggi kot

sebanyak mana sg nak ambik
pasti ada had nya
yg pasti depa pilih yg bagus2 lah kotyg hampeh2 tinggallah kat malaysia kot
ada yer doktor yg hmmmm

anak jiran saya ni
baru jer grad beberapa tahun
pergi. kerja sg gaji sgd8k .. ini2 tahun lepas .. now tak tahu
kakak dia menten kat my tapi buka klinik sendiri
rasanya tak dapat tetap dengan gomen

Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2025 02:27 PM | Show all posts
tgk je Dr Amalina kenapa dia pun x blk berkhidmat di tanah air sendiri slps tamat belajar. jd jgn salahkan graduan. duk malaysia gaji ciput, kena dera mental lagi dgn senior.. tp kalian, kesiankanlah kami warga netizen yg nak dapatkan rawatan pakar uols semua..
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2025 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa kata Malaysia ambik Dr drp Bangladesh plk.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2025 03:13 PM From the mobile phone | Show all posts
110k setahun, equal tu 9k plus permonth......

Utk freshies 9k ni good lah.... Tp dh kalau earn in SGD jadah apa nk convert dlm RM, sah2 lah ko akan tinggal di sana, memyewa di sana, berbelanja di sana......

Xkan nk kerja di Spore, stay di JB?? Ko doktor kot, ada oncall bagai..... So berapa jer tinggal lepas tolak segala belanja, sewa rumah, pengangkutan bagai???

Aku x rasa doktor yg di sana sanggup jadi mcm bangla, tinggal bersesak mkn bercatu...... End up xder semewah yg disamgka pun....
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2025 03:28 PM From the mobile phone | Show all posts
axl_bach replied at 20-7-2025 03:13 PM
110k setahun, equal tu 9k plus permonth......

Utk freshies 9k ni good lah.... Tp dh kalau earn in S ...

Klau doktor suruh naikkkan gaji doktor sbb penat smpi bila2 tk setel. Masalah masih sama.
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2025 03:29 PM From the mobile phone | Show all posts
chinta89 replied at 20-7-2025 02:27 PM
tgk je Dr Amalina kenapa dia pun x blk berkhidmat di tanah air sendiri slps tamat belajar. jd jgn sa ...

Rasanya dkt uk pon isu sama gak. Gaji pon so so je
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2025 03:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Pergi je lah.. kurang² dpt pengalaman. Pengalaman dlm sistem yg cekap,telus dan efisyen, pengalaman cara kerja dgn pesakit high needs, high demand,pengalaman handle and how to communicate dgn pesakit asing yg status sosial ekonomi yg lebih tinggi. Pengalaman rasa gaji and benefits yg tinggi. Pengalaman diraikan dan dihargai oleh system.
Grab this opportunity guys!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-6-2026 09:54 AM GMT+8 , Processed in 0.313163 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list