CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1109|Reply: 1

Polis musnahkan pokok ketum ditanam atas tanah rizab kerajaan

[Copy link]
Post time 30-7-2025 10:30 PM | Show all posts |Read mode





BATU GAJAH – Polis memusnahkan 50 pokok ketum dan empat pondok yang digunakan untuk memasak air ketum menerusi operasi bersepadu di Jalan Tanjung Rambutan dan Kampung Nalla, Tronoh semalam.


Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Md Noor Aehawan Mohammad berkata, operasi yang disertai Pejabat Tanah dan Galian Ipoh dan Pejabat Daerah dan Tanah Kinta itu menyasarkan pokok ketum dan pondok yang didirikan secara haram di tanah milik kerajaan.


“Penguatkuasaan ini bertujuan untuk memusnahkan pokok dan pondok yang dibina atas tanah milik kerajaan bagi menjalankan aktiviti penyalahgunaan ketum.


“Operasi selama lima jam bermula pukul 7.30 pagi itu berjaya memusnahkan kesemuanya mengikut Seksyen 425 Kanun Tanah Negara 1965,” katanya sini hari ini.


Menurut beliau, orang ramai diminta menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti ketum dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Gajah di talian 05-3629 2222 atau balai polis berhampiran.


Sumber- KOSMO! ONLINE.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2025 07:54 AM | Show all posts
sape yg tanam ni haaaaaa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2026 03:05 PM GMT+8 , Processed in 0.131077 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list