CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 79209|Reply: 1304

EDISI RATTAH: Majlis Akad Nikah jejaka Malaya...sedondon

[Copy link]
Post time 20-8-2025 11:09 PM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 13-11-2025 05:53 AM


KUALA LUMPUR: Kehadiran Fattah Amin pada majlis khatam al-Quran bakal isteri, Amira Othman di sini, pagi tadi menambah keterujaan peminat menyaksikan mereka disatukan sebagai pasangan suami isteri, beberapa jam sahaja lagi.

Pada majlis khatam al-Quran itu, Fattah, 35, hadir tampil dengan jubah rona 'nude' sedondon dengan Amira serta kopiah putih.

Melalui video dikongsi di akaun Instagram (IG) Unifi TV, Amira, 31, dilihat memperkenalkan bakal suaminya itu kepada tetamu yang dipercayai ahli keluarga terdekat.

Sementara itu, pelakon, Datin Paduka Umie Aida menerusi hantaran IG sempat berkongsi foto bersama bakal mempelai selepas selesai acara khatam al-Quaran.

"Insya-Allah beberapa jam rakan sekerja bakal menjadi rakan serumah yang membina rumah tangga sakinah mawaddah, warahmah Aamin…" tulisnya.

BH



----------------------------

PETALING JAYA – “Segenap rasa dan takdir, kan semuanya dari Illahi.”

Demikian perkongsian adik kepada penyanyi Amira Othman, Irfan Haris seolah-olah memberi bayangan mengenai ketentuan indah dikecapi insan kesayangannya itu.

Lebih membuatkan hantaran berkenaan dipercayai berkaitan kakaknya dengan aktor Fattah Amin apabila turut disertakan foto mereka seisi keluarga bersama lelaki terbabit.

Irfan, 23, menyebut perkara yang dilaluinya kini juga berlaku dengan cepat sehingga seperti sukar untuk dipercayai dirinya sudah dewasa.

Walaupun tidak menyatakan secara langsung hal yang diketengahkan dalam laman TikToknya itu, perkongsiannnya tetap melorongkan pemahaman ramai terhadap hubungan Amira dengan Fattah atau dipanggil Abang Long itu.

“Macam mana semua sepantas ini ya Kak Ya? (Panggilan Amira), kita buat-buat tak faham saja la,” tulisnya.

Walaupun kapsyen merujuk kepada peralihan usia penyanyi terbabit dari kanak-kanak ke dewasa menerusi gambar pertama dia di pangkuan kakaknya, hantarannya tetap mencetuskan tanda tanya.

Ini kerana foto kedua bersama seisi famili turut disertai Fattah yang berbaju rona sedondon merah jambu cair senada dengan Amira menunjukkan seperti dia sudah menjadi sebahagian keluarga terbabit.

Menerusi ruangan komen, ramai netizen menitipkan doa agar pasangan yang dikhabarkan bakal berkahwin Oktober ini dilancarkan urusan.

“Tarikh 14 September mereka bernikah. Tahniah,” tulis netizen.

Pada masa sama ada netizen mendakwa pernikahan kedua-duanya akan berlangsung bulan depan bertepatan hari jadi Fattah namun ditepis pemilik akaun TikTok lain.

“Irfan sebenarnya nak bagitau, tapi bagi bayangan sahaja,” kata pemilik akaun lain.

Terdahulu, heboh mengenai spekulasi pernikahan pasangan terbabit yang didakwa bakal direalisasikan pada Oktober depan tetapi dinafikan kedua-duanya. – KOSMO! ONLINE





“Memang banyak dengar pasal ni. Dengar kata dewan dah ditempah, tahniah! Ada yang cakap September ini, tapi apapun, saya doakan yang terbaik,” kongsi seorang pengguna media sosial.

Tiada angin tiada ribut, nama pelakon popular Fattah Amin kembali menjadi bualan hangat apabila timbul dakwaan kononnya dia bakal menamatkan zaman dudanya dalam masa terdekat. Segalanya tercetus selepas seorang pengguna platform Thread dengan nama akaun Kimchikims_ mendakwa mendapat maklumat daripada sumber dipercayai bahawa Fattah sudah bersedia melangkah ke alam rumah tangga sekali lagi.

“Info sahih kata Fattah Amin akan kahwin tak lama lagi,” tulis individu tersebut secara ringkas sehingga mencetuskan pelbagai spekulasi.

Walaupun tidak menyebut nama bakal pasangan, rata-rata netizen pantas mengaitkan penyanyi Amira Othman sebagai calon yang disebut-sebut. Malah, ada juga pihak mendakwa persiapan majlis sudah pun berjalan, termasuk tempahan dewan perkahwinan yang dikatakan telah dibuat lebih awal.

Tidak kurang juga yang meluahkan rasa gembira seandainya khabar angin itu benar. “Kalau betul berita ini betul, syukur Alhamdulillah. Akhirnya mereka kahwin juga!” komen seorang netizen yang turut mendapat sokongan ramai.

Spekulasi ini semakin hangat diperkatakan kerana Fattah dan Amira sebelum ini beberapa kali dilihat rapat, termasuk mengenakan pakaian sedondon ketika menghadiri beberapa acara. Walaupun alasan yang diberikan adalah atas urusan kerja dan kempen jenama bersama, namun ramai yang menyifatkan keserasian mereka jelas terpancar.

“Macam pinang dibelah dua, kalau betul, eloklah, masing-masing pun belum ada sesiapa kan,” ujar seorang lagi netizen.

Sejak bergandingan dalam video muzik Amira berjudul Bila Nak Kahwin, hubungan mereka semakin menjadi perhatian umum. Ditambah pula dengan kerjasama berterusan sebagai duta jenama, pasangan ini kerap kelihatan bersama hingga menimbulkan persoalan tentang status sebenar hubungan mereka.

Namun begitu, baik Fattah mahupun Amira sebelum ini tetap konsisten menafikan gosip percintaan, sebaliknya menegaskan mereka hanya sekadar rakan sekerja. Meski begitu, netizen nampaknya masih berharap khabar angin pernikahan ini menjadi kenyataan, sekali gus menamatkan teka-teki mengenai hubungan rapat antara kedua-duanya.

Murai.MY



























This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Related threads

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2025 06:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Berita fake mcm ni bw masuk dalam forum..conform la takkan kahwin ..kalu kahwin pun dgn org lain

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2025 11:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah RATTAH. Hari yang mantap, aku sedap ( versi RATTAH)
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2025 09:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Wahhh gambar depan thread ni...nampak sama cantik sama padan
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2025 11:37 PM From the mobile phone | Show all posts
PHM start dah

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2025 11:42 PM | Show all posts
tahniah, semoga patah learn from his previous marriage and ada effort utk berubah. Insyallah kekal sampai bila2, tengok mirah pun very the acik2 senang fit in dgn fam patah.
Semoga patah and fakejura dapat coparent dgn lebih baik lepas ni, blh amik contoh ee dgn ef ada isu apa2 settle senyap2 sudah yekk.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-9-2025 12:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Hellogirls at 15-9-2025 12:50 AM

Tahniah Attah Abdul dan Mighaaaaa. Jgn lupa utk berikan yg terbaik kpd Fatimah comel. Hopefully Migha tkde jeles2 dgn Fatimah yeee.. Fatimah comel sgt malam ni saling tk tumpah seperti ibunya. Sape yg kecam Fatimah ada atas pelamin tu sah korg tkde common sense and tkde empathy. Jenis hati hitam berkerak!!!!!! Fatimah mmg patut ada atas pelamin. Valid je moment tu itu kan bapak dia.(Part ni aku puji Attah tak ketepikan anak dia)

Yg hati hitam je jenis tk faham perasaan anak kecil. Tulaaa kecik2 tknk mampusssss  da besar korg jadi manusia tkde hati perut pulak duk kecam pulak anak kecil yg tk tahu apa2 ni. Bongok  punya manusia. Smeoga  Fatimah kuat mcm ibu dia.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-9-2025 06:41 AM | Show all posts
Edited by JoyahMengayah at 15-9-2025 10:49 AM





simple image uploader



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2025 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Cannot wait.... pasti wedding of the year...
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2025 11:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Wahhhh tak sangka AO memilih Fattah. Hopefully blh jadi ibu tiri yg baik. Nk kahwin dgn duda kena bersedia hadapi onak dan duri dan si bekas isteri. Harap AO betul2 sedia utk melalui pelbagai gosip rumhtgga lepas ni almaklum laaa pilih duda hot kan.
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2025 11:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Benda yg baik harusla dicepat2kan.. harap bersabar la dgn hype yg akan menurun ni. Netizen akan cari couple baru utk di ship kan..
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2025 11:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah in advance.


Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2025 11:24 PM From the mobile phone | Show all posts
bambimbom replied at 20-8-2025 11:21 PM
Benda yg baik harusla dicepat2kan.. harap bersabar la dgn hype yg akan menurun ni. Netizen akan cari ...

JaCie pulak kot.


Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2025 11:25 PM From the mobile phone | Show all posts
mrsLucky replied at 20-8-2025 11:12 PM
Cannot wait.... pasti wedding of the year...

Bakalan rezeki naik pelamin 2x. Harapnya 2x ajelah. Belajar dari kesilapan dulu. Buat yang lebih baik.


Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2025 11:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Inshaa Allah.. Aamiin. Moga dipermudah
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2025 11:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah kemana mana bersanding nya nak tempah dewan buat apa lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2025 11:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dipermudahkan urusan kalau betul berjodoh dua2 ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2025 11:34 PM From the mobile phone | Show all posts
keledek dapat jemputan tak nanti
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2025 12:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Cepat2 la menikoh dulu xperr..kenduri kendian2 pon boleh..penat Amirah n ipan tunggu tu Attah kohkohkohkoh
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2025 12:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Memang wedding of the year lah.
Mesti ramai rakan-rakan artis akan datang majlis fattah amira nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2025 12:46 AM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 20-8-2025 11:25 PM
Bakalan rezeki naik pelamin 2x. Harapnya 2x ajelah. Belajar dari kesilapan dulu. Buat yang lebih b ...

Betul...i hope he learn dari previous  marriage, be a better husband, perbaiki kekurangan dan semoga perkawinan akan datang ni bahagia hingga ke jannah...

Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2025 12:59 AM From the mobile phone | Show all posts
AO baik hang kawen Saddiq... baru teruna & dara.. (jenuh penjulang bass kecam)..
Sbb ntah kenapa.. aku rasa mcm anak2 org kaya ni.. lebih cocok dgn org2 politik.... baru lah boleh bawak masuk majlis...
Kawen dgn duda ada anak ni.. cabarannya.. nak kena face karenah anak tiri... dan bekas isteri....
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2025 01:27 AM From the mobile phone | Show all posts
brainbiru replied at 21-8-2025 12:59 AM
AO baik hang kawen Saddiq... baru teruna & dara.. (jenuh penjulang bass kecam)..
Sbb ntah kenapa.. a ...

Sama2 org johor jugeks kan theyols tu
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2025 02:55 AM | Show all posts
Keledeks..acik2 terong tengah meraung ke tuuu..


Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2025 03:50 AM From the mobile phone | Show all posts
kalau ex bini kawen tertutup elak nitizen dan musuh, yg ni kawen kemain nak gah mendunia, walau apa pun kena hadap la anak tiri ex wife berpanjangan episod
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2025 04:29 AM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 20-8-2025 11:24 PM
JaCie pulak kot.

Tahniahhhh...

Siapa JaCie? Bkn BaSS ka next in line nak kawen?
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2025 05:54 AM | Show all posts
Sian keledekz.. tak sampai setahun idola dah jumpa pengganti
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2025 03:21 PM GMT+8 , Processed in 0.271963 second(s), 43 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list