Pemansuhan UPSR (Ujian Pencapaian Sekolah Rendah) pada tahun 2021 dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) pada 2022 terus menjadi topik perdebatan hangat dalam dunia pendidikan.
Ramai pendidik meluahkan rasa gusar, termasuk seorang guru yang berkongsi pandangan di platform Threads.
Menurut guru ini, langkah pemansuhan tersebut meninggalkan kesan besar terhadap tahap penguasaan pelajar. Katanya, masih ramai murid menengah rendah masih gagal menguasai asas Matematik seperti operasi darab dan bahagi. Lebih membimbangkan, ada pelajar Tingkatan 3 yang masih belum mampu menulis atau bertutur dalam Bahasa Melayu dengan baik!
“Kebanyakan pelajar belajar tanpa memberi tumpuan serius, seolah-olah mereka berada dalam waktu cuti panjang. Ketiadaan peperiksaan besar membuatkan disiplin dan fokus semakin merosot,” tegasnya.
Bagi guru tersebut, peperiksaan awam seperti UPSR dan PT3 bukan semata-mata tentang gred, tetapi penanda aras penting bagi memastikan pelajar benar-benar menguasai asas sebelum melangkah ke tahap lebih tinggi.
Tanpa penilaian utama ini, pelajar seperti ‘dibiarkan berjalan tanpa kompas’ dan hanya diberitahu untuk terus maju, walaupun asas masih goyah. Akibatnya, ramai yang membesar tanpa kemampuan berfikir secara kritis, kurang keyakinan diri, dan gagal mengekspresikan idea dalam bahasa ibunda sendiri.
“Peperiksaan melatih disiplin, tanggungjawab dan tabiat belajar yang konsisten. Jika ia tiada, kita berisiko melahirkan generasi yang tidak bersedia menghadapi cabaran dunia sebenar,” ujarnya lagi.
Untuk rekod, pemansuhan UPSR diumumkan pada April 2021 manakala PT3 dimansuhkan pada Jun 2022. Keputusan ini dibuat ketika Kementerian Pendidikan dipimpin oleh Datuk Dr. Radzi Jidin dengan alasan untuk menekankan pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) dan mengurangkan budaya berorientasikan peperiksaan.
Namun, pandangan guru ini mencerminkan keresahan ramai warga pendidik bahawa sistem baharu tanpa peperiksaan utama mungkin meninggalkan kesan jangka panjang iaitu lahirnya generasi pelajar yang tidak memiliki asas kukuh, lalu sukar bersaing di masa depan.
“Budak-budak dah hilang daya saing bila peperiksaan dihapuskan. Tambah pulak dengan ledakan media sosial yang trendnya, haru biru, hiruk pikuk dalamnya. Jadi, cikgu-cikgu mungkin hanya dapat memilih dan mmberi tumpuan kepada beberapa budak yang mau belajar..” kata netizen.
Post time 28-8-2025 11:16 PMFrom the mobile phone|Show all posts
3M ni kalau hati terang dan ada minat belajar
Tak gi sekolah secara formal pun boleh kuasai
Hantar sekolah semata2 harapkan cikgu kat sekolah ajar tapi takda langsung usaha drpd ibubapa kat rumah ermm
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Post time 29-8-2025 07:04 AMFrom the mobile phone|Show all posts
So mana dia pejuang pejuang yg ckp nak kena buat revolusi pendidikan kat negara ni..nak tiru mcm Finland lah etc etc...
Mana dia MP putrajaya Tu..dia tak sedar ke..dia pun hasil didikan yg ada exam sejak dari sekolah rendah sampai la dia berjaya skrg..
Post time 29-8-2025 07:48 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by asmurai at 29-8-2025 07:49 AM
wirazam replied at 29-8-2025 07:04 AM
So mana dia pejuang pejuang yg ckp nak kena buat revolusi pendidikan kat negara ni..nak tiru mcm Fin ...
Ntahnya, nak gi tiru Finland tu pasai apa? Patut tirulah US ke British ke atau Japan/Korea/Singapore ke. Finland tu ekonomi paling besar dan paling maju di dunia ke sampai nak tiru Finland? Finland melahirkan banyak pencipta/billionaire/innovator/usahawan berjaya di dunia ke?
Post time 29-8-2025 07:55 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by asmurai at 29-8-2025 08:54 AM
Kita galakkan ramai ibu ibu mana mana yang ada ijazah/master/phd yang duduk rumah jadi surirumah tu buka tuisyen di rumah atau rumah kedai atau apa apa tempat yang boleh digunakan lah kalau di pedalaman seperti balairaya ke, kuarters kuarters yang terbiar kosong tak digunakan ke, lepas tu kerajaan bayar elaun kat diaorang ni instead of tambah bilangan guru. Malaysia mungkin boleh cuba wujudkan opsyen homeschool kepada budak budak. Budak budak belajar kat rumah atau pusat tuisyen di kejiranan rumah je lepas tu datang sekolah hanya untuk ambil ujian atau exam dan kokurikulum sahaja. Beban kerja cikgu pun boleh dikurangkan kepada menjadi penggubal silibus, penggubal exam, penjaga peperiksaan dan pemeriksa sahaja.
Anyway, kalau sistem sekarang dah takde exam ni bukan ke sepatutnya beban cikgu dah berkurang? Tapi apasal cikgu masih duk kata kerja diaorang banyak eh?Sekolah pun toksahlah duk buat majlis majlis /event-event banyak banyak sangat buang masa buang duit je lah, memenatkan cikgu, parent dan budak je. Takkan semua benda nak dibuat sambutan dibuat keraian. Macam tu dah jadi kerja event manager je la tiap tiap hari, bukan dah kerja hakiki mengajar. Nanti mewujudkan generasi yang semua benda mesti ada sambutan ada keraian mesti ada hadiah, terbawa bawa sampai besar, tak dapat hadiah tak ada kek nak merajuk walau ibu bapa /laki tak ada duit. Sikit sikit nak merajuk, nak cerai/nak putus tunang/tak jadi kahwin sebab tak diraikan/tak ada sambutan/tak ada kenduri besar. Buat simple simple je dah le tak yah sampai jadi grand complicated. Buat event persaraan guru simple je dah le bagi hadiah bagi sijil dan makan makan je toksah lah nak buat macam pelamin bagai, macam Alice in Wonderland je.
Hidup kita ni simple je buat apa nak pergi complicatedkan buat tu buat ni sambutan tu sambutan ni lepas tu buang semua bahan bahan yang telah digunakan dalam tong sampah menambah beban kat tempat pelupusan sampah je yang memang dah overload. Lepas tu masing masing jadi stress nak mengejar segala event event ni, jadilah naik darah tinggi pula.Hidup kita ni just supaya kita buat amal soleh, jadi orang baik, cari rezeki halal untuk kelangsungan hidup sementara menunggu mati, tu je, bukan nak almost tiap tiap hari sambutan tu sambutan ni, nak berlumba lumba bersaing, nak tunjuk siapa paling hebat sampai stress sampai buli membuli sesama sendiri.
masalah 3m dari dulu memang ada tapi tak adalah ianya selalu keluar dalam berita... contohnya ada kes kajian bagi sekolah pedalaman di sarawak .. https://etd.uum.edu.my/4814/1/s802716.pdf
.. cuba google masalah 3m, berita-berita masalah 3m dah semakin banyak sejak 2023.. perubahan dasar tidak akan berlaku serta merta..
Laporan: Pelajar Tidak Mampu Kuasai 3M | MHI (8 Mei 2023)
Dua bekas presiden kesatuan guru terkejut 269,332 murid gagal kuasai pembelajaran
Oleh Amir Hamzah Nordin - April 29, 2023 @ 12:20am
JERANTUT: Dua bekas presiden kesatuan guru terkejut dengan laporan terdapat seramai 269,332 murid tidak mampu menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M).
Kedua-dua mereka, bekas Presiden Kesatuan Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), Datuk Mohd Sabri Arshad dan bekas Presiden Kesatuan Kebangsaan Guru Lepasan Maktab Semenanjung Malaysia (KKGLMSM), Anuar Husin sehubungan itu menggesa Kementerian Pendidikan (KPM) segera melakukan kajian menyeluruh mengenai punca murid gagal menguasai kemahiran 3M.
Mohd Sabri percaya ia berpunca daripada persekitaran pembelajaran yang tidak kondusif disebabkan sekolah pedalaman yang kurang kemudahan, faktor persekitaran keluarga dan kesihatan mental kanak-kanak yang berada dalam kategori masalah pembelajaran.
"Oleh kerana ada yang tidak mampu menguasai kemahiran 3M, KPM perlu wujudkan kelas khas yang berfokus kapada 3M seperti kelas pemulihan yang wujud suatu ketika dahulu.
"Walaupun kaedah ini seperti menoleh ke belakang, demi kemajuan kanak-kanak dalam pendidikan, tidak ada salahnya," katanya ketika dihubungi.
Beliau yang juga Naib Presiden 2, Persatuan Pesara Kerajaan Perkhidmatan Pendidikan Malaysia (5P) berkata, KPM sewajarnya memberi penekanan kepada penguasaan 3M terlebih dahulu sebelum melangkah ke aras kemahiran tinggi.
"Murid perlu didedahkan lebih awal khusus kepada mata pelajaran tertentu, terutama bahasa pada tiga tahun pertama persekolahan peringkat awal kanak-kanak dengan memberi pengukuhan kemahiran 3M.
"Matematik pula diterapkan asas mengira dengan kaedah mekanis. Amalan ini telah digunakan turun temurun, terutama di sekolah rendah Cina serta perbanyakkan latih-tubi dalam bahasa," katanya.
Laporan akhbar sebelum ini menyebut, menerusi kemahiran 3M yang mula dilaksanakan pada tahun 1981 melalui Kurikulum Baharu Sekolah Rendah (KBSR), seramai 117,656 atau 6.03 peratus murid tidak mampu menguasai kemahiran dalam Bahasa Melayu dan 151,676 orang atau 6.08 peratus belum menguasai kemahiran asas Matematik.
Anuar pula berkata, ia mungkin berpunca daripada silibus yang berada pada aras agak tinggi, terutama bahasa dan matematik di peringkat awal persekolahan.
Katanya, pada enam bulan pertama murid berada di Tahun 1, perlu diberi pendedahan dan penekanan asas kemahiran 3M untuk dikuasai.
"Apabila asas kemahiran 3M berjaya dikuasai, selepas itu silibus mudah dijalankan dan tahap atau aras silibus boleh ditingkatkan aras kemahiran mengikut usia atau tahun kelas murid.
"Saya ada terbaca keluhan seorang guru matematik melalui Facebook menyatakan silibus matematik begitu tinggi sehingga melupakan asas kemahiran matematik di peringkat awal persekolahan kanak-kanak," katanya.
Katanya, KPM perlu melakukan kajian tindakan yang jujur berkaitan data yang diperoleh itu terkait dengan melihat latar belakang murid sama ada mereka tidak melalui pendidikan prasekolah atau tadika.
"Program intervensi boleh dilakukan dengan baik dan tepat selain dilaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran oleh dua guru dalam satu kelas.
"KPM juga perlu mengehadkan saiz kelas kepada tidak lebih 25 orang seperti pernah disarankan pada tahun 1981 ketika mula melaksanakan KBSR," katanya.
Masih Ramai Pelajar Umur 13 Tahun Tidak Boleh Membaca dan Mengira — Apa Maksudnya?
Tahun 2023 mendedahkan satu realiti yang membimbangkan dalam pendidikan kita. Data rasmi menunjukkan:
13% pelajar di hujung sekolah rendah (sekitar umur 13) masih tidak mahir membaca — bersamaan lebih 175,000 orang murid.
5–6% pelajar Tahun 2 hingga Tahun 6 belum kuasai asas membaca, menulis dan mengira (3M) walaupun sudah bertahun bersekolah.
Di Tahun 1, saringan awal mendapati hampir 27% murid baru masih belum menguasai kemahiran asas 3M.
Apa maksud semua ini? Jika seorang pelajar tidak lancar membaca dan mengira di sekolah rendah, mereka akan terus ketinggalan apabila masuk sekolah menengah. Silibus Tingkatan 1 hingga 3 (PMR/PT3) memerlukan pelajar membaca teks panjang, faham istilah sains dan matematik yang lebih kompleks.
Tanpa asas kukuh, pelajar ini tidak sekadar gagal cemerlang — malah berisiko tidak lulus langsung.
Bolehkan keputusan peperiksaan kekal cemerlang?
Ya, angka “lulus” boleh kelihatan cantik jika piawaian diturunkan atau soalan dipermudah. Tetapi itu bukan kecemerlangan sebenar. Hakikatnya, 1 daripada 8 pelajar umur 13 tahun tidak menguasai literasi asas, dan masalah ini akan terbawa ke sekolah menengah jika tiada intervensi pemulihan yang agresif.
Ini bukan sekadar isu peperiksaan. Ini soal masa depan negara — generasi muda yang lemah membaca dan mengira sukar bersaing di peringkat global.
Sumber Google
Isu 3M: Dasar pendidikan negara perlu dirombak - TPM
Disiarkan pada: September 15, 2024 @ 6:53pm
Shah Alam: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggesa dasar pendidikan berhubung peperiksaan tahun enam dan tingkatan tiga disemak semula dan dirombak, selepas terdapat pelajar mempunyai masalah membaca, menulis dan mengira (3M).
Beliau berkata, perbincangan bersama Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sebelum ini mendapati 3M menjadi antara punca 10,177 pelajar tidak menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu.
"Saya mengadakan perbincangan dengan Zambry (Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir) dan KPM (bagi mengenal pasti punca) dan kebanyakannya tidak boleh membaca, menulis dan mengira.
"Wajib, dasar pendidikan yang tidak ada peperiksaan darjah enam dan tingkatan tiga ini, mesti 'di-revamp' (dirombak)," katanya dalam ucapan perasmian Perhimpunan Agung MIC ke-78, di sini, hari ini.
Peperiksaan berkenaan dianggap sebagai pengukur kepada tahap peningkatan pendidikan pelajar-pelajar sebelum mereka menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan memilih bidang pengajian di peringkat institusi pendidikan tinggi (IPT).
Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, dasar pendidikan harus kekal dan tidak berubah walaupun berlaku pertukaran kerajaan pada setiap kali pilihan raya umum (PRU).
"Jangan jadikan anak murid sebagai bahan uji kaji dan mereka jadi mangsa, biar kerajaan bertukar, tetapi dasar kerajaan mestilah dibuat supaya anak kita tidak menjadi mangsa," katanya.
Media sebelum ini melaporkan 122,062 murid tahun satu sesi 2024/2025 dipilih bagi mengikuti Program Intervensi (literasi dan numerasi) bermula bulan lalu bagi membantu mereka menguasai kemahiran 3M.
Jumlah murid yang terpilih itu mewakili 27.2 peratus daripada keseluruhan 448,113 murid tahun satu di seluruh negara.
Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan dilapor berkata, daripada jumlah itu, 62,928 murid dikesan belum menguasai literasi dan numerasi; 45,465 murid belum menguasai literasi, manakala 13,669 murid pula belum menguasai numerasi.
Tangani isu 3M dari pelbagai sudut
09 Oktober 2024 07:50am
SERAMAI 122,000 daripada 466,799 murid Tahun Satu sesi akademik 2024 seluruh Malaysia belum menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M).
Fakta yang dinyatakan oleh Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek itu disumbangkan oleh beberapa faktor seperti keciciran pembelajaran semasa pandemik Covid-19, kemiskinan ataupun anak-anak berkeperluan khas.
Bagaimanapun, Fadhlina menyuarakan keyakinan bahawa angka itu akan menyusut dengan beberapa inisiatif yang dilaksanakan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) seperti Intervensi Literasi dan Numerasi, Program Tekad Reformasi Pendidikan serta Anak Kita.
Kesemua inisiatif itu dilihat mampu membantu lebih 120,000 murid Tahun Satu menguasai 3M.
Pada masa sama, kerajaan perlu menyegerakan rancangan untuk menambah kelas prasekolah supaya seramai mungkin murid mendapat pendidikan awal sebelum melangkah ke Darjah Satu.
Prasekolah sudah terbukti mampu menyediakan murid-murid dari aspek penguasaan 3M dan pendedahan pergaulan alam persekolahan.
Dengan adanya kemudahan prasekolah, ia dapat meringankan beban ibu bapa daripada banyak sudut.
Pertamanya, bukan mudah bagi ibu bapa untuk menghantar anak-anak ke tadika yang berkualiti dari sudut silibus, tenaga pengajar dan makanan berkhasiat seperti prasekolah.
Jika setaraf atau lebih baik, sudah pasti yuran yang dikenakan agak membebankan.
Oleh itu, adalah diharapkan dalam Belanjawan tahun hadapan, aspek pendidikan awal kanak-kanak dapat diberikan keutamaan.
Kerajaan hendaklah memberikan tambahan bajet supaya KPM dapat menambah kelas-kelas prasekolah terutamanya di kawasan bandar yang amat terhad.
Apabila dapat ditangani isu 3M di peringkat bawah, maka pihak berwajib seterusnya dapat memberikan fokus kepada isu yang lebih besar.
Contohnya menurut Pensyarah Kanan, Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan, Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Anuar Ahmad, isu paling menyedihkan ialah apabila murid Tahun Empat yang keciciran 3M.
Kesimpulannya, walaupun KPM sudah mempunyai rancangan untuk mengatasi isu 3M, ia turut menuntut bantuan semua pihak supaya masalah keciciran tidak melarat hingga menjadi masalah yang sukar diselesaikan.
Entah apa sebabnya... isu 3m memang semakin hangat diperkatakan sejak beberapa tahun kebelakangan ini sampai tpm yang bukan menteri pendidikan pun ikut buat statemetn..
ada yg kata pasal silibus, ada yang kata pasal tak ada peperiksaan.. maybe sebab kedua-duanya...
dah tercapai dah hasrat radzi jidin merealisasikan dasar tanpa peperiksaan beliau yang diimport dari finland.
cuma mungkin radzi jidin tak terfikir dahulu, bahawa perubahan itu boleh sahaja dilakukan, tetapi beliau mungkin terlupa apabila perubahan hendak dibuat, maka perubahan itu walaupun perancangannya nak ke arah kejayaan, tetapi ianya juga akan bawa masalahnya yang tersendiri... tahniahlah radzi jidin
Post time 29-8-2025 09:37 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Sekolah anak iols ada juga yang bermasalah 3m ni...kebanyakannya orang asli...
Sebab mak2 depa tak kesah anak gi sekolah ke tak...huhu..
Tp cikgu sekolah tu cite, ada nampak.perubahan.la bila cikgu2 datang ke rumah anak2 ni,.depa datang lah sekolah...cumanya 3m tu depa tak kuasai sepenuhnya
Sebab balik je mak ajak gi masuk hutan upm...hahaha...