CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19565|Reply: 101

[Tempatan] Wanita Personal Bapa Mentua Belum Tunai Haji Walaupun Duit Banyak & Pakai Honda CR-V.Berbeza pula dengan keluarganya yang mengamalkan konsep sederhana dengan memakai kereta lama.

[Copy link]
Post time 29-8-2025 05:33 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Wanita Luah Bapa Mentua Belum Tunai Haji Walaupun Duit Banyak & Pakai Honda CR-V Raih Perhatian




Bukan itu sahaja, wanita mendakwa keluarga mentuanya itu sememangnya suka menunjukkan kekayaan yang dimiliki dengan mempunyai dua buah kereta dan motosikal.

Wanita Persoal Bapa Mentua Banyak Duit & Pakai CR-V Namun Tak Mampu Tunai Haji
Baru-baru ini, kecoh di media sosial luahan seorang wanita mengenai bapa mentuanya.

Menerusi hantaran yang dikongsikan di Threads, pengguna berkenaan mempersoal tindakan bapa mentuanya yang belum menunaikan haji atau umrah sedangkan mempunyai wang yang banyak dan memakai kereta jenis Honda CR-V.

Segalanya bermula apabila suami wanita tersebut menceritakan bahawa ibu saudara mereka akan menunaikan umrah.

“Suami cerita yang makcik dia pegi umrah. I’m asking him, abah dah pernah pegi umrah? Suami jawab, abah dia belum haji atau umrah. Umur dah hampir 65.

“Lepas tu aku bidas dia balik, ingatkan banyak duit pakai honda CR-V, tetapi umrah pun tak pernah pergi lagi, apatah lagi haji,” tulisnya.

Wanita Berpendapat Umur Emas Patut Kejar Akhirat, Adik Umur 30 Tahun Dah Pergi Haji
Apa yang menjadi perhatian adalah dia berpendapat usia sebegitu sepatutnya telahpun menunaikan haji atau umrah.

Apatah lagi adik lelakinya yang berusia 30 tahun telahpun pergi menunaikan Rukun Islam kelima itu.

“Patutnya dah tua kejar akhirat pergi buat umrah atau haji tetapi memilih untuk flex (tayang) harta duniawi.

“Adik lelaki aku umur 30 pun dah naik haji. Aku tanya suami lagi, ada akaun Tabung Haji tak? Dia kata ibu dia tak pernah buka akaun Tabung Haji dekat dia,” kongsinya.

Wanita Dakwa Suami & Keluarga Mentua Suka Flex Harta
Bukan itu sahaja, pengguna berkenaan mendakwa keluarga mentuanya itu sememangnya suka menunjukkan kekayaan yang dimiliki dengan mempunyai dua buah kereta dan motosikal.

Malah jelasnya, suaminya pula suka membazirkan duit untuk perkara yang tidak penting.

“Modified (ubah suai) Nissan Almera dia, ubah suai motor, cat baru, tukar nombor plat. Mana tumpah kuahnya kalau bukan dari ajaran keluarga,” kongsinya lagi.

Berbeza pula dengan keluarganya yang mengamalkan konsep sederhana dengan memakai kereta lama.

“Keluarga aku amalkan konsep besederhana. Takpela orang tengok emak aku pakai Almera lama pun. Bila orang datang rumah tak malu sebab rumah lagi besar dari kereta,” kongsinya lagi.

Malah, dia sekali lagi berkongsi infografik tentang Rukun Islam dan Rukun Iman serta mempersoal tindakan individu yang tidak menunaikan ibadah Haji walaupun memakai kereta Honda CR-V.

“Kalau mampu beli Honda CRV, kenapa tak gunakan duit tu untuk pergi Haji? Saya orang Islam dan saya nak ingatkan kita semua tentang tanggungjawab kita sebagai umat Islam,” tulisnya lagi

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2025 05:49 PM From the mobile phone | Show all posts
K. Soalan: kalau kak non kita ni begitu mengejar akhirat dan penting nya naik haji kepada heshe. Masa sebelum kahwin tak buat background check ka? Dulu pon mesti ko menggeletis gatai burit nak kahwin anak orka kan puiiii.... mesti bukan menantu kesayangan / pilihan ni sampai issue internal family pon dia nak habaq mai kita semua
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2025 06:10 PM | Show all posts
In Malaysia, the 2025 Honda CR-V prices range from RM 159,900 to RM 195,900, depending on the variant. The model lineup includes the CR-V 1.5L S at RM 159,900, the 1.5L E at RM 169,900, the 1.5L V at RM 181,900, and the 2.0L e:HEV RS Hybrid at RM 195,900.
Here is a detailed breakdown of the 2025 Honda CR-V prices in Malaysia:

    Honda CR-V 1.5L S: From RM 159,900
    Honda CR-V 1.5L E: From RM 169,900
    Honda CR-V 1.5L V: From RM 181,900
    Honda CR-V 2.0L e:HEV RS Hybrid: From RM 195,900

Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2025 06:11 PM | Show all posts
nak gaduh satu keluarga teruskanlah guna kaedah disiplin..
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2025 06:17 PM | Show all posts
Bukan itu sahaja, wanita mendakwa keluarga mentuanya itu sememangnya suka menunjukkan kekayaan yang dimiliki dengan mempunyai dua buah kereta dan motosikal.

menunjukkan kekayaan tak semesti nya kaya dik non

kaya tak semesti nya beriman dik non

dik non pernah gi haji tak? tau tak berapa kos pergi haji?

tp mgkn la tak dpt panggilan dari tabung haji lagi kot..... nak gi yg swasta punya mahal dik non,
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2025 06:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Nyebok je menantu sebegini siap banding2.

Bukan suma orang minat nak pi umrah/haji. Dah la harga cekik darah kaw2 Saudia Arabia tu charge for everything.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-8-2025 07:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Amende pakai crv pun kaya. Tu biasa nyah. Biasaaa
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2025 07:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Jahatnya mulut menantu mengata mertua. Ohh mungkin depa sekufu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2025 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Gatekeeping punya menantu.
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2025 07:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ninja boy at 29-8-2025 07:51 PM

Didikan atuk la dan org2 sekitarnya
Belum sampai seru
Agihan gaji harta x sekata spt utamakan kereta mahal henpon mahal padahal boleh je adakan rumah murah, umrah, kereta murah, travel asean
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2025 08:11 PM | Show all posts
Alahai jahatnya mulut kau nok...mengaibkan mertua di medsos
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2025 08:49 PM | Show all posts
dua_chzy replied at 29-8-2025 06:35 PM
Nyebok je menantu sebegini siap banding2.

Bukan suma orang minat nak pi umrah/haji. Dah la harga ce ...

lg pn wajib itu haji, umrah tu sunat yg sangat di tuntut, baik kumpul duit pergi haji terus je kalo mampu, kalo org tak g umrah ni jgn la kecam,


Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2025 08:51 PM | Show all posts
Edited by midori888 at 29-8-2025 08:53 PM

sapa lah punya menantu nie...tak perlu sibuk amalan mentua, amalan sendiri check dulu. Kalu diri sendiri dah tunai umrah/haji patut menggalakkan org lain tunaikan jugak, apalagi keluarga sendiri mcm mentua...dah tunai umrah/haji pastu still berterusan buat dosa pun tak guna jugak. Ada jer org tak pnh umrah, sekali terus dpt tunai Haji. Masa Haji kan bole jer buat umrah sekali...nie semua kehendakNya.

Takda siapa yg tau bila Allah akan beri seseorg itu taufiq dan hidayah...dan Dia jugak boleh buat sebaliknya. Bersyukur jika masih rajin beribadat, Allah boleh bolak balik hati org bila2 masa jer....

Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2025 08:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesti dik non ni look down kat family mertua dia.. Mcm family dia da ada tix direct masuk syurga
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2025 08:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia mcm ni......kalau family in law tak kacau duit ko laki bini biar la dia nk belanja duit dia kemana pun jgn la nk sibuk² atur apa org nk buat. Lagii bahaya kalau jenis nak gi Umrah setiap tahun tapi minta duit anak² kena sponsor segala kehedak.. as long as diaorg tak kacau duit anak² tak pyh nk pening² Harta org tu. Syukur jer la diaorg tak meminta suami u hantar gi Umrah setiap tahun. Ada yer setiap tahun nk gi Umrah tp minta sponsor
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2025 09:23 PM From the mobile phone | Show all posts
salimrock replied at 29-8-2025 12:49 PM
lg pn wajib itu haji, umrah tu sunat yg sangat di tuntut, baik kumpul duit pergi haji terus je kal ...

Kalau wajib pun haji if tak ready sepenuh hati nak pi, baik tapayah pi. Tu hagaknya punca haji tak mabrur kata meols mode setazah memalam buta.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2025 09:39 PM | Show all posts
Sis...
Kompius den dengan tajuk ni...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2025 09:40 PM | Show all posts
telracs replied at 29-8-2025 09:39 PM
Sis...
Kompius den dengan tajuk ni...

Personal atau Persoal?
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2025 09:49 PM | Show all posts
semoga keluarga mertua tahu true colours kau yg mulut jahat dan hati busuk
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2025 10:08 PM | Show all posts
Malas aku nak baca. Harap menantu ni cepat kena cerai ja lah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-7-2026 06:13 AM GMT+8 , Processed in 0.070421 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list