CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1864|Reply: 2

[Dunia] Lelaki terdesak perlu wang, jual daging kucing RM26 sekilogram

[Copy link]
Post time 5-9-2025 08:40 PM | Show all posts |Read mode
Lelaki terdesak perlu wang, jual daging kucing RM26 sekilogram
Oleh KOSMO
5 September 2025, 8:00 pm


JAKARTA – Seorang lelaki ditahan selepas didakwa menjual ratusan daging kucing pada harga 100,000 rupiah (RM26) bagi setiap satu kilogram, lapor portal berita Lambe Turah.

Suspek dikenali sebagai Sujady itu menjual daging kucing di bandar Pagar Alam, wilayah Sumatera Selatan.

Ketua Polis Pagar Alam, AKBP Januar Kencana Setia berkata, penjualan daging itu berlangsung kira-kira empat bulan sejak perayaan Hari Raya Aidilfitri.

“Berdasarkan keterangan suspek, dia telah membunuh lebih 100 ekor kucing. Dia berbuat sedemikian kerana memerlukan duit,” kata Januar.

Suspek menjelaskan bahawa kucing-kucing itu ditangkap di jalan raya atau kawasan perumahan.

“Saya akan berjalan dan menjual 100,000 rupiah bagi satu kilogram. Biasanya saya menjual 120,000 rupiah (RM31) tetapi dikurangkan kepada 100,000 rupiah.

“Seekor kucing akan menghasilkan 1.5 kilogram daging. Organ dalaman haiwan itu tidak dijual,” kata suspek ketika disoal siasat. – AGENSI



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2025 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau anggap kucing tu macam ayam, lembu, dia tak bersalah. Mungkin yang buat dia criminal, dia pi curi dan bunuh kucing orang.
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2025 09:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Untunglah malaysia jaga sijil halal ayam daging xde la order nasik ayam letak tikus
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2026 05:40 AM GMT+8 , Processed in 0.041445 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list