|
View: 8755|Reply: 43
|
[Jenayah]
Pasangan bersekedudukan lima tahun hingga dapat dua anak ditahan JAINJ
[Copy link]
|
|
|
Pasangan bersekedudukan lima tahun hingga dapat dua anak ditahan JAINJ
Alias Abd Rani - September 8, 2025 @ 11:30am
Penguat kuasa menyerbu sebuah yang didiami duda dan janda yang disyaki bersekedudukan. - Foto ihsan JAINJ
KLUANG: Sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) menyerbu rumah didiami pasangan bersekedudukan sejak lima tahun lalu hingga melahirkan dua anak tidak sah taraf.
Serbuan jam 12 tengah malam kelmarin hasil maklumat awam itu, menemukan pasangan lelaki dan wanita berstatus janda dengan kedua-duanya berusia 30-an bersama dua kanak-kanak.
JAINJ berkata, pasangan berkenaan mendiami rumah sewa itu sejak lima tahun lalu dan hidup seperti suami isteri.
Katanya, wanita itu pernah bernikah di luar negara sebelum bercerai.
"Sepanjang tempoh pasangan itu tinggal bersama tanpa ikatan, penguat kuasa tidak menerima aduan mengenai status mereka.
"Keterangan mereka diambil untuk siasatan lanjut dan akan didakwa mengikut Seksyen 23 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997.
"Jika didapati bersalah, mereka boleh didenda sehingga RM5,000 atau tiga tahun penjara atau sebatan atau ketiga-tiganya," katanya.
Dalam kes berasingan, helah seorang duda kononnya membaiki paip mesin basuh tidak menjadi apabila ditangkap kerana disyaki berkhalwat dengan janda di sebuah rumah, tengah hari semalam.
JAINJ berkata, sepasukan penguat kuasa tiba di lokasi pada jam 12 tengah hari dan mendapati kereta lelaki terbabit diparkir tidak jauh dari rumah wanita itu.
"Kira-kira 10 minit selepas pintu diketuk, wanita berusia 30-an keluar manakala lelaki berusia 50-an berada di bahagian dapur.
"Hasil pemeriksaan, penguat kuasa JAINJ mendapati mereka cuma berdua dalam rumah terbabit manakala anak wanita itu tiada di rumah.
"Ketika disoal siasat, lelaki itu mendakwa datang untuk membaiki paip mesin basuh yang rosak tetapi alasan itu tidak berasas kerana mesin basuh sedang digunakan untuk mencuci baju," katanya.
Lelaki itu cuba melarikan diri tetapi sempat dihalang.
Pasangan berkenaan ditangkap dan akan didakwa mengikut Seksyen 27 Enakmen sama.
Sabit kesalahan, boleh didenda sehingga RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
KLUANG: Sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) menyerbu rumah didiami pasangan bersekedudukan sejak lima tahun lalu hingga melahirkan dua anak tidak sah taraf.
Wow, mulayu isle peel lifesytle macam holiwud bread pit.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
anak ada ic tak, daftar tak? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Selalu D & K je. Ni J pun ada. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
korang berdua nak tertonggeng terbalik lantak le. tapi sampai dah beranak 2 memang sekor pun takde berotak ke? anak tu apa status. ada ic ke tak tu..adoiii laa dah 2025 cara hidup macam zaman batu kenapaa |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
ihtisyam1 replied at 8-9-2025 01:36 PM
anak ada ic tak, daftar tak?
x pasti la, yg tau surat beranak ada tp tiada nama bapa. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
X leh fikir ke psl dosa haram zina ape semua. Nk kata x tau agama msing² dh 50 dan 30 tahun hidup. X de wali ke? G la JAINJ cari wali hakim. Lama tau 5 tahun tu. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
susah nak cari wali.. pi je menikah kat siam sana.. balik register sini. ni sampai 5 tahun ko duduk serumah sampai keluar dah 2 ketul tu.. lembam ke hapa ko ni?
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
yang aku musykil.. sepanjang 5 tahun tinggal serumah, xde sapa report. memang xde orang tau ke dorang tak menikah selama ni. yang ni kena serbu sebab ada orang report, siapa yang report? macamana dia tau dua ketul ni x pernah menikah? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Betul2 dah penghujung zaman |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
TabletSusu replied at 8-9-2025 03:23 PM
yang aku musykil.. sepanjang 5 tahun tinggal serumah, xde sapa report. memang xde orang tau ke doran ...
Meols pikir dulu diorg pindah umah lain, so bila pindah sama2 masuk umah, org keliling pun tak syak apa la, mungkin laki bini. Dh baru je pindah, kita as jiran takkan la nak kepoh2 pi terjah masuk tanya itu ini pulak..so dh lama2 hidup sbagai 'suami isteri' smpai dapat 2 anak, mesti la jiran akan perati tengok. Boleh jadi anak tu tak bawak pi klinik ke utk buat check buku pink/biru anak tu, atau lahir pun ntah dirumah je, mesti jiran akan pelik. Biasa kalau ada baby kan misi2 akan mai umah check baby dgn mak tu. Ni ntah ke takde. Jiran pun mesti akan mai umah ziarah tgk, so tak mustahil kantoi dari situ.
Kenapa tak nikah ye diorg ni? Ntah ke ada kesulitan dari segi nak dapatkan wali atau pun status penceraian wanita tu yg tak clear lagi. Ex suami lari tinggal gitu je..hmm naya la nasib si pompuan tu. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Curious yg perempuan free hair or not? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Teringat kes kat Kedah yg couple naik motor bawa anak x sihat dgn tong gas ramai derma ke ibubapanya rupanya kantoi x kahwin lg. Lepas tu baru kahwin. Skrg x tau apa cerita. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Sian kat 2 ank yg lahir ke dunia ats dosa 2 org manusia yg mengikut nafsu |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by sharlenetexas at 8-9-2025 09:41 PM
Kesian anak2 tu. Anak ada surat beranak tak? Tak lama lagi nak masuk sekolah. Bakalan bermasalah prosesnya nanti.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Samerosie replied at 8-9-2025 07:09 PM
Curious yg perempuan free hair or not?
Paling kesian budak2 tu nnt takleh masuk sekolah gomen.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
ulamalu replied at 8-9-2025 08:01 PM
Teringat kes kat Kedah yg couple naik motor bawa anak x sihat dgn tong gas ramai derma ke ibubapanya ...
Ada lagi ke kereta lime green tu?
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Utk orang spt ini mudahkan kawin... 2 3 hari dah selesai.. aku ingat ni mesti b40 dan kurang motivasi utk urus sana sini.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 8-9-2025 09:40 PM
Paling kesian budak2 tu nnt takleh masuk sekolah gomen.
Kalau ada birth cert boleh je. I ada je kawan yg terlanjur, anak dia dah habis uni kerja. Sib baik anak lelaki. |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|