CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5763|Reply: 38

[Tempatan] ramai pesakit VIP di HKL merupakan pesakit yang dipindahkan dari pusat perubatan swasta setelah had perlindungan insurans mereka mencecah tahap maksimum. HKL Kini Jadi Pilihan Golongan VIP, T20

[Copy link]
Post time 10-9-2025 04:40 PM | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 10-9-2025 04:42 PM

Pengarah Hospital Kuala Lumpur (HKL), Datuk Dr Harikrishna K.R. Nair menyatakan hospital di ibu kota itu bukan lagi hanya menyediakan perkhidmatan untuk pesakit berpendapatan rendah, sebaliknya kini semakin ramai golongan berpendapatan tinggi mendapatkan rawatan di fasiliti itu.

Menurut beliau, peningkatan jumlah pesakit daripada kumpulan T20 dan VIP mencerminkan keyakinan mereka terhadap kualiti penjagaan serta kepakaran perubatan hospital berkenaan, petik New Straits Times.

Penggunaan insurans cecah maksimum
Dr Harikrishna berkata, ramai pesakit berada dan VIP di HKL merupakan pesakit yang dipindahkan dari pusat perubatan swasta setelah had perlindungan insurans mereka mencecah tahap maksimum.

Beliau berkata, trend ini telah berlaku sejak sedekad lalu, banyak didorong oleh peningkatan kos perubatan.
“Ada pesakit yang dirujuk kepada kami kerana pusat perubatan swasta tidak mempunyai kepakaran tertentu.
“Inilah realitinya. Pertama, perlindungan insurans mereka habis. Kedua, kos rawatan terlalu tinggi, jadi mereka berpindah ke HKL.

“Perkara ini tidak salah dari segi etika mahupun peraturan. Sebagai hospital kerajaan dan atas dasar kemanusiaan, kami merawat setiap pesakit.”
Beliau menegaskan bahawa HKL tidak menghadapi masalah menerima pesakit berkemampuan kerana ia mempunyai wad kelas pertama, kedua dan ketiga.

“Bagi golongan T20, jika mereka mahu membayar dan ada kekosongan, kami akan tempatkan mereka di wad kelas pertama. Itu bukan masalah,” katanya.

Beliau menjelaskan, pesakit M40 dan T20 kebanyakannya mendapatkan rawatan onkologi kerana HKL memiliki kepakaran serta fasiliti radiologi dan onkologi.

“Kami menggunakan teknologi robotik terkini di Jabatan Urologi dengan lima orang perunding. Hanya dua hospital di Malaysia mempunyai teknologi ini, iaitu HKL dan sebuah lagi di Johor,” katanya.

Perkhidmatan kesihatan awam Malaysia antara terbaik dunia
Beliau menegaskan bahawa perkhidmatan kesihatan awam di Malaysia adalah antara yang terbaik di dunia kerana pesakit boleh mendapatkan bekalan ubat sehingga dua bulan bernilai RM2,000 hanya dengan bayaran RM1.

Pesakit hanya perlu membayar RM5 untuk berjumpa pakar, berbanding ratusan ringgit di fasiliti kesihatan swasta, katanya.

“Kalau kita lihat di negara lain, tiada yang menawarkan perkhidmatan kesihatan pada harga RM1, bahkan di Asia Tenggara sekalipun.

“Dengan RM1, pesakit boleh mendapatkan ubat bernilai antara RM500 hingga RM2,000, dengan kualiti yang sama seperti ditawarkan di fasiliti swasta.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2025 04:47 PM | Show all posts
Bela lagi hospitak swasta sampai tak terkawal..
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2025 04:50 PM | Show all posts
kalau perlindungan insurans dah cecah tahap maksimum, guna jelah duit sendiri.
kata VIP dan T20. mesti duit 7 keturunan tak habisss
kenapa pindah pi hospital gomen.
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2025 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Jujur iols pesan eh.. kali ni mmg mahal.. insurance iols baru kena rejek
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2025 05:03 PM | Show all posts
Nampak dah tak ada masa depan buat penjual insurans...
Tengok mereka yg selalu post dlm Instagram dah tak buat posting utk cari customer baru.Maknanya penjual insurans dah beralih kpd skop lain utk mencari pendapatan bulanan..
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2025 05:06 PM | Show all posts
Org yg penah guna dan claim insurans..baru akan rasa kepentingan, selagi ko x penah claiim..selagi tu la..ko rasa ianya beban... huhu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-9-2025 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Kdg2 aku rasa medical card ni mcm scam, kdg time desperate mcm membantu juga. Hehehe ntah lah pening fikir. Tapi apa2 pon at the end of the day kita ni semua akan rujuk ke hospital gov bila umur dah warga emas dan melepasi had umur yg insuran cover nnt
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2025 06:33 PM | Show all posts
Minda negatif aku lepas baca berita ni mengatakan semua yg dia mention tu sekadar nak promosi utk gain the trust lepas kes saman baru2 ni..

Kerajaan diarah bayar RM2.28 juta akibat kecuaian perubatan di HKL
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2025 06:36 PM | Show all posts
white_musk replied at 10-9-2025 04:47 PM
Bela lagi hospitak swasta sampai tak terkawal..

jika spital swasta tak wujud...

maka insurans x wujud

jika insurans x wujud

bila mula sakit jer

trus masuk spital gomen

--

bila ada insurans n spital swasta

pesakit akan pi kat spital swasta dulu

lepas abis had peruntukan insurans

baru depa sama2 beratur tunggu giliran kat spital gomen
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2025 06:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Skrg kat spital atau klinik gomen bila nak bayar kena pakai kad ke? Baru ni meols pi kk kat umah ni nak jumpa doc. Bila dh siap daftar misi kat kaunter kata ok kena bayar rm1 ye. Hanya kad kredit atau kad debit je dibenarkan. Blur jap meols. Sebab kad debit meols dah expired lama dah. Meols pun dh lama tak pakai kad debit. Biasa guna QR bila nak bayar. Meols tanya boleh tak guna QR, misi cakap tak
boleh. Aduhh terkial2 meols kat situ. So terpaksa tebalkan muka minta tolong sorang patient yg tunggu kat situ tolong bayarkan. Sebab meols pi yg swasta punya boleh bayar guna QR.
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2025 11:00 PM | Show all posts
kotakbaju replied at 10-9-2025 06:42 PM
Skrg kat spital atau klinik gomen bila nak bayar kena pakai kad ke? Baru ni meols pi kk kat umah ni  ...

Kaunter gomen pun ada yang liat nak bagi resit. Faham2 lah.

Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2025 11:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 10-9-2025 11:00 PM
Kaunter gomen pun ada yang liat nak bagi resit. Faham2 lah.

Merujuk kepada kaunter gomen yg mana 1? Kat spital kah? Yg meols citer ni ada je dibagi resit pembayaran.
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2025 08:08 AM | Show all posts
putribonda replied at 10-9-2025 04:50 PM
kalau perlindungan insurans dah cecah tahap maksimum, guna jelah duit sendiri.
kata VIP dan T20. mes ...

duit bertimbun tapi kedekut nak bayar

samalah dgn semua VVIP dan Maha2 Raja.

Ada yg kaya berbillion duit

mandi jenazah  dan upah gali kubur pun
tak mau bayar.
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2025 08:30 AM | Show all posts
golongan T20 kaya kan, usah berlumba dgn rakyat marhaen utk dapatkan rawatan di kerajaan.
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2025 08:38 AM | Show all posts
kotakbaju replied at 10-9-2025 06:42 PM
Skrg kat spital atau klinik gomen bila nak bayar kena pakai kad ke? Baru ni meols pi kk kat umah ni  ...

yea sis, sekarang no more cash dekat facility kesihatan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2025 09:34 AM | Show all posts
wanokakaka replied at 11-9-2025 08:38 AM
yea sis, sekarang no more cash dekat facility kesihatan.

bila la depa nak buat NO MORE PAPER di spital gomen.... dah alang2 no more cash kan...
serabut tengok kad itu kad ini,,... hadoii...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2025 09:58 AM From the mobile phone | Show all posts
wanokakaka replied at 11-9-2025 08:38 AM
yea sis, sekarang no more cash dekat facility kesihatan.

Ok tq info
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2025 10:07 AM | Show all posts
ok la.... dah diorg bayar cukai tinggi. bila lagi nak enjoy.
hospital kerajaan mmg equipment lagi lengkap drp private. kes yg susah mmg private suruh g gomen gak.
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2025 10:14 AM | Show all posts
_blackbird replied at 10-9-2025 06:18 PM
Kdg2 aku rasa medical card ni mcm scam, kdg time desperate mcm membantu juga. Hehehe ntah lah pening ...

rasa scam bila umur masih muda dan tak perlu.. umur dah meningkat, dah sakit mcm2 baru rasa berguna kad ni.. hehe..based on pengalaman sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2025 10:15 AM | Show all posts
salah satu sbb berpindah ke hosp gov ni sbb bidang kepakaran. ada bidang yang takde kat hospital swasta.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-12-2025 09:22 PM GMT+8 , Processed in 0.069118 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list