Edited by YgBenar at 12-9-2025 02:34 PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim segera mengeluarkan kenyataan keras. Beliau menegaskan kerajaan sentiasa hormat hak rakyat untuk berhimpun secara aman, tapi kebebasan itu ada batas.
Insiden menyerang sehingga mencederakan penjawat awam yakni Ketua Polis Daerah Dang Wangi oleh pihak berkepentingan dan tidak bertanggungjawab adalah perbuatan keji dan mesti dikecam.- Tegasnya.
Beliau turut arahkan pihak berkuasa untuk percepatkan siasatan, kenal pasti dalang, dan pastikan penyerang yang bertanggungjawab segera diheret ke muka pengadilan.
Anwar Ibrahim tegaskan, jangan salahguna hak berhimpun…nwar turut beri peringatan tegas bahawa hak berhimpun tidak boleh dijadikan alasan untuk kepentingan politik sempit. Katanya, sebarang bentuk keganasan, hasutan kebencian, dan maklumat palsu tidak boleh sama sekali dibiarkan merebak dalam masyarakat.
Berhimpun secara aman mesti tidak harus disalahguna untuk kepentingan politik sempit dan mencetuskan suasana tidak tenteram di kalangan rakyat.- Tambahnya lagi.
Walaupun pihak berkuasa arahkan penduduk supaya bersurai, tinjauan media mendapati suasana masih tegang. Ramai yang enggan berganjak kerana mendesak untuk kekal di tanah mereka. Hal ini membuktikan isu perobohan rumah bukan sekadar soal undang-undang, tapi juga soal emosi, sejarah, dan kehidupan seharian penduduk.
|