Muhammad Ishaq (gamabr kecil) yang juga pemilik rumah di Kampung Sungai Baru, Kampung Baru menegaskan projek pembangunan semula kawasan berkenaan perlu diteruskan tanpa diganggu pihak luar. Gambar Facebook uhammad Ishaq.
SHAH ALAM – Seorang pelabur hartanah, Muhammad Ishaq N Marazi yang juga pemilik rumah di Kampung Sungai Baru, Kampung Baru berkongsi pandangan projek pembangunan semula kawasan berkenaan perlu diteruskan tanpa diganggu pihak luar.
Menurut pemuda berusia 36 tahun itu, dia antara 329 pemilik hartanah yang terlibat dan telah menandatangani persetujuan untuk bekerjasama dengan pemaju selepas majoriti penduduk memberi kata sepakat sejak 2018.
"Saya orang yang ke-230 menandatangani perjanjian selepas lihat majoriti sudah bersetuju. Kira-kira 70 peratus pemilik sudah berbuat demikian sejak 2018 hingga 2019 lagi.
"Malah, sejak 2016 penduduk bersepakat mahu memajukan hartanah ini selepas melihat kejayaan Kerinchi Residence yang dibangunkan pemaju sama," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.
Sebelum ini, pelakon dan aktivis, Rafidah Ibrahim mendakwa pemaju bersungguh-sungguh mahu memastikan penduduk diusir dan keluar daripada kawasan itu untuk tujuan pengambilalihan tanah.
Dakwanya lagi, pemaju sebelum ini turut mengupah gengster bagi mengusir penduduk dan kali ini menggunakan khidmat polis pula.
Muhammad Ishaq berkata, sebahagian besar pemilik di Kampung Sungai Baru terdiri daripada golongan profesional seperti peguam, jurutera serta usahawan, justeru keputusan dibuat dengan pertimbangan matang.
Katanya, kelebihan projek ini akan memberi manfaat besar kepada pemilik termasuk pampasan berbentuk kondominium dua unit setiap seorang.
"Kalau flat lama, sewanya hanya sekitar RM800 hingga RM1,200 sebulan. Tapi dengan unit kondominium baharu, satu unit studio di kawasan sini sahaja sudah boleh cecah RM2,000 hingga RM2,500 sebulan.
"Bayangkan kalau dua unit disewakan, pendapatan boleh mencecah RM4,000 hingga RM6,000 sebulan," jelasnya.
Sebagai pemilik rumah bertanah, dia turut bersetuju menyerahkan tanah untuk pembangunan semula kerana memikirkan keadaan penduduk flat lama yang sudah terlalu uzur.
Namun, dia kesal apabila terdapat pihak tertentu yang cuba mempengaruhi sebahagian pemilik untuk menolak projek itu.
"Hari ini ada provokasi yang menghasut pemilik rumah 'landed' supaya tidak berganjak.
"Sedangkan ada lebih 300 pemilik lain yang menunggu projek ini dijalankan secepat mungkin. Kalau benar perjuangkan hak Melayu, sepatutnya bantu pemaju percepatkan projek, bukannya sabotaj," ujarnya.
Tambahnya, lebih 70 peratus rumah dan flat di kawasan berkenaan telah dirobohkan, manakala sebahagian penduduk kini terpaksa menunggu di rumah transit sejak empat hingga lima tahun lalu.
"Mustahil projek ini boleh dibatalkan kerana rumah mereka sudah tiada. Tugas kita sekarang ialah memastikan pemaju menunaikan janji, bukan menyebarkan fitnah atau maklumat palsu," katanya lagi.
Muhammad Ishaq menegaskan, apa yang penting sekarang adalah memastikan pemilik benar-benar mendapat manfaat yang dijanjikan dalam usaha sama ini, bukan menggagalkan projek yang sudah hampir mustahil untuk dipatahkan semula.
Sinar Harian melaporkan, kekecohan tercetus pada Khamis apabila sekumpulan penduduk enggan memberi kerjasama semasa operasi pengosongan Kampung Sungai Baru.
Dalam insiden berkenaan, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman cedera di bahagian muka ketika cuba membubarkan penduduk yang merempuh kawalan polis untuk memasuki kawasan operasi.
Lokasi sekitar kampung terbabit dikawal ketat polis seawal jam 7 pagi, manakala anggota keselamatan turut mengarahkan penduduk bersurai bagi memastikan situasi berjalan lancar.
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Dia nak dapat camno? Gatai sangat percaya kat temberang yang sungguh jahat & tak bertanggung jawab oleh Annuar Musa & Bossku Pok Jib dengan rege fantasy RM3k/sekaki persegi , pastu bila Annuar Musa jadik Menteri Wilayah .... ha ha ha ha , mamat Annuar Musa offer RM400 - RM450 /sekaki persegi aje & wartakan akta pengambilan tanah (July 2021) yang si Shahidan Kassim follow thru (ooooppppssss , depa ni pemimpin2 UMNO/BN)
Kalo dia ambil offer Khalid Samad , RM1000/sekaki persegi ... dapat a cool RM4mil. RM4 juta tak boleh beli rumah kat KL? Petik jari boleh dapat ....
Yang best dia mengaku :
Dalam pada itu Zainab berkata, sebuah rumah telah dibeli di Putrajaya yang mana dia perlu membayar hampir RM1.7 juta.
Bagaimanapun katanya, kawasan tersebut bukan tempat tinggal pilihannya.
"Saya tak nak duduk di Putrajaya. Kampung kelahiran saya di sini. Datuk nenek moyang saya di sini. Apa perlunya saya pindah tempat lain. Ini tanah tumpahnya darah saya. Tali pusat saya tanam di sini. Saya tak pandang duit pemaju bagi," ujarnya.
The truth of it , its all about money. Dah rembat duit pampasan beli rumah RM1.7 juta kat Putrajaya tapi tak puas hati pasal dia hanya terima pampasan RM400-RM450/sekaki persegi lepas dia tolak pampasan RM1000/sekaki persegi pasal percaya kat temberang yang sungguh jahat & tak bertanggung jawab oleh Annuar Musa & Bossku Pok Jib dengan rege fantasy RM3000/sekaki persegi
Orang tamak selalu rugi .....
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Projek Kampung Sg Baru tak wajar diputar belit, pampasan cecah RM3.8 juta - Pengerusi penduduk
malaysiagazatte
11 September 2025
KUALA LUMPUR – Polemik pembangunan semula Kampung Sungai Baru di sini menjadi tumpuan hari ini.
Namun di sebalik kekecohan yang berlaku, Pengerusi Kebajikan Pemilik Hartanah Kampung Sungai Baru, Sanita Yunus tampil menjelaskan isu sebenar yang menurutnya jauh berbeza daripada gambaran tersebar di media sosial.
Menurutnya, projek pembangunan semula ini lahir daripada inisiatif penduduk sendiri bukan paksaan daripada mana-mana pihak luar.
“Persatuan kami ditubuhkan pada 2016 oleh generasi terdahulu yang melihat keadaan rumah semakin uzur manakala pajakan tanah pula semakin singkat.
“Majoriti penduduk pada waktu itu sedar mereka tidak mampu membaiki rumah sendiri maka diputuskan untuk mencari pemaju bagi membangunkan semula kampung ini.
“Jadi jangan salah faham, bukan pemaju yang datang cari kami tetapi kami yang keluar mencari pemaju,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.
Proses pengusiran dan kerja-kerja perobohan 15 buah rumah sedang dijalankan oleh pihak berwajib ketika di Kampung Sungai Baru, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 11 SEPTEMBER 2025.
Sanita mendedahkan, pampasan yang diberikan pemaju sangat munasabah dan tinggi malah ada yang mencecah sehingga RM1 juta hingga RM3.8 juta bagi satu unit rumah teres mengikut keluasan.
“Kalau ikut penilaian kerajaan, nilai asal sekitar RM400 sekaki persegi tapi pemaju bersetuju memberi pampasan RM850 sekaki persegi, hampir dua kali ganda lebih tinggi.
“Jadi sebenarnya ia tawaran yang sangat baik dan jarang berlaku dalam projek pembangunan semula,” katanya.
Jelasnya lagi, hampir semua penduduk menerima pampasan tersebut termasuk yang berpindah ke penempatan sementara.
Bagi pemilik rumah teres, selain pampasan mereka turut menerima bayaran sewa bulanan sebanyak RM2,500 selama lapan tahun.
“Penduduk yang dipindahkan ke flat transit juga tidak perlu bayar sewa kecuali kos utiliti asas. Pemaju menanggung segalanya. Jadi di mana lagi silapnya? Kebajikan mereka tetap dijaga sepanjang menunggu projek siap,” katanya.
Menyentuh mengenai penentangan yang masih berlarutan, Sanita mendedahkan, ia hanya melibatkan segelintir kecil penduduk khususnya pemilik rumah flat yang berdepan isu pembahagian faraid.
“Bila harta itu dibahagi sesama adik-beradik yang ramai, sudah tentu bahagian yang diterima lebih kecil. Mungkin sebab itu ada rasa tidak puas hati.
“Tetapi jangan pula perkara ini diputar belit seolah-olah keseluruhan projek ini menindas penduduk lain yang sememangnya mahukan pembangunan ini,” tegasnya.
Menurutnya, semua pampasan utama telah dibayar sejak 2023 malah difahamkan bagi mereka yang tidak bersetuju, isu tersebut dibawa ke mahkamah dan sedang melalui proses sewajarnya.
“Jangan kata penduduk tidak diberi pilihan. Hak mereka dijamin malah proses mahkamah membuktikan sistem ini telus. Jadi tidak timbul isu kononnya ada penindasan atau rampasan tanah,” katanya.
Dalam pada itu, Sanita turut mengakui perjalanan projek itu bukan mudah kerana berdepan pelbagai cabaran politik sejak beberapa tahun lalu.
“Kita lalui pelbagai Menteri Wilayah, ada yang menyokong, ada yang ragu-ragu tetapi akhirnya keputusan mahkamah berpihak kepada pembangunan ini.
“Menteri Wilayah yang ada sekarang, Dr. Zaliha (Mustafa) telah memberi sokongan padu dan memastikan semua berjalan ikut peraturan,” ujarnya.
Namun yang lebih merunsingkan, katanya, persepsi masyarakat luar yang mudah terpengaruh dengan naratif media sosial tanpa memahami fakta sebenar.
“Kebanyakan yang hadir buat kecoh ketika operasi pengosongan bukan penduduk. Kami di kampung ini semua kenal antara satu sama lain. Jadi jelas, orang luar yang tiada kena-mengena cuba ambil kesempatan,” dakwanya.
Penduduk yang hadir bagi membantah perobohan untuk baki 15 rumah oleh syarikat pemaju ketika di Kampung Sungai Baru, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 11 SEPTEMBER 2025.
Sanita berkata, lebih 220 keluarga telah menandatangani perjanjian dengan pemaju dan akan kembali mendiami Kampung Sungai Baru setelah projek siap.
“Ini hasrat kami sejak sekian lama. Kami mahu melihat ekonomi bumiputera di bandar berkembang dan masyarakat Melayu di Kuala Lumpur menikmati kediaman yang lebih moden, lebih selesa tetapi tetap di tanah tumpah darah sendiri,” katanya.
Justeru beliau menyeru orang ramai untuk tidak lagi mempercayai fitnah atau provokasi yang berlegar di media sosial.
“Datanglah ke pejabat persatuan, bertanya terus kepada kami atau berbincang dengan pemaju. Jangan mudah terpedaya dengan cerita separuh benar. Projek ini adalah usaha penduduk sendiri demi masa depan anak cucu kami.
“Doakan projek ini berjalan lancar. Kami mahu kembali ke rumah baharu kami selepas lapan tahun menunggu. Jangan salah ertikan perjuangan kami, ini bukan isu politik bukan isu kaum tetapi soal kelangsungan hidup penduduk Kampung Sungai Baru,” ujarnya. – MalaysiaGazette
hal hal tanah ni payah..tapi kalau ko ada geran, ko fightlah. kalau takde bila dah cukup time, orang suh ko keluar, silalah pergi. takat janji mulut orang tu cakap gitu, orang tu cakap gini, orang ni pulak kata tanah ni dah dijanjikan pada ko sejak 3000 tahun dulu, takat modal air liur mahkamah whoreyouskan ko je..
Muhammad Ishaq berkata, sebahagian besar pemilik di Kampung Sungai Baru terdiri daripada golongan profesional seperti peguam, jurutera serta usahawan, justeru keputusan dibuat dengan pertimbangan matang.
Dan Rafidah Ibrahim ni pendidikan level SPM sahaja duk provoke orang.
Itu menunjukkan yang dia sendiri pun taktau dan tak pernah nak urus tadbirkan harta arwah.
Pastu pung pang hasut orang ramai kata gitu gini.
Yang kat luar tu taktau apa-apa, bila baca terus terpercaya tidak berbelah bahagi.
Post time 12-9-2025 04:37 PMFrom the mobile phone|Show all posts
pocongkiutss replied at 12-9-2025 03:18 PM
Pemaju tu katanya pemaju cap ayam?
Apa komen acik porem
Suez cap ni yh develop bangsar south previously known as kerinchi. Shareholders termasuk sunsuria bhd another major developer yg buat sunsuria city kat sepang ni.
Post time 12-9-2025 04:42 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Samerosie replied at 12-9-2025 04:38 PM
Abia tu dia ingat kosong kan rumah tu buat apa? Saja2 ke? Putar belit dia lain machiam.
Haaa, sakit hati kalau dengar dia punya explaination...aku rasa nak suruh PMX turun situ biar dia terpekik pekik Madanon, lepastu biar dia cakap puta belit depan PMX.
Post time 12-9-2025 04:48 PMFrom the mobile phone|Show all posts
nutcrack8 replied at 12-9-2025 02:14 PM
Xtau mane citer betul. Rapida kate duit dpt walau x mnta. Masuk amanah raya. Dorg x usik lg. Ntah la ...
Memang la derang x minta sebab rumah tu bukan nama derang nama bapak dersng. Bapak derang yg minta. Depa ni waris je tak de hak selagi bapak hidup. Tapi tak sempat dpt duit bapak dia meninggal tu yg masuk amanah.
Post time 12-9-2025 04:51 PMFrom the mobile phone|Show all posts
cikdot replied at 12-9-2025 12:11 PM
hal hal tanah ni payah..tapi kalau ko ada geran, ko fightlah. kalau takde bila dah cukup time, orang ...
Camne nak fight geran leasehold chuols. Makna tanah tu ada owner. Kalau geran freehold or malay reserved tu faham la. Freehold pun kerajaan boleh ambil buat jalanraya.