CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1844|Reply: 11

[Tempatan] Kehadiran Trump, pemimpin dunia di KL iktiraf Malaysia dalam arus perdagangan global

[Copy link]
Post time 12-9-2025 11:15 AM | Show all posts |Read mode


Kehadiran Trump, pemimpin dunia di KL iktiraf Malaysia dalam arus perdagangan globalAnwar mengesahkan bahawa Trump akan melawat Malaysia bersempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 bulan depan - Foto hiasan

  
KUALA LUMPUR: Pengesahan kehadiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump; Perdana Menteri China, Li Qiang serta pertimbangan Presiden Russia, Vladimir Putin ke Malaysia sempena Sidang Kemuncak ASEAN bulan depan dilihat sebagai satu pengiktirafan tidak langsung terhadap kedudukan negara ini dalam arus perdagangan dan diplomasi antarabangsa.

Lawatan berprofil tinggi sebegini mencerminkan keyakinan kuasa besar bahawa Malaysia berfungsi sebagai hab penting dalam rantaian bekalan global dan medan perundingan dasar perdagangan di rantau ASEAN.

Penganalisis ekonomi, Dr Mohamad Khair Afham Muhamad Senan, berkata perkembangan itu boleh dibaca sebagai seal of approval terhadap peranan Malaysia, meskipun tidak membawa maksud 'cop rasmi' sebagai pusat perdagangan dunia.

"Apabila pemimpin kuasa besar memilih Kuala Lumpur sebagai pentas pertemuan, ia secara langsung memberi isyarat bahawa Malaysia dilihat sebagai negara stabil, neutral dan relevan dalam geopolitik semasa. Ia membina persepsi positif terhadap daya saing dan daya tarikan negara ini di mata pelabur antarabangsa," katanya kepada BH.

Mengulas lanjut, Mohamad Khair berkata, sentimen keyakinan itu hadir pada waktu yang strategik, ketika kerajaan sedang memacu agenda transformasi melalui Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030), Strategi Semikonduktor Nasional (NSS) serta Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).

"Diplomasi berprofil tinggi ini boleh menjadi pemangkin, tetapi faktor penentu tetap pada keupayaan Malaysia menterjemahkan naratif kepada dasar konkrit dan pelaksanaan telus," katanya.

Beliau berkata, dalam konteks geopolitik semasa, Malaysia berpotensi dilihat sebagai honest broker atau rakan neutral yang dipercayai.
"Keupayaan Malaysia mengekalkan hubungan baik dengan AS, China dan Russia dalam masa singkat menunjukkan kredibiliti dasar luar yang seimbang.

"Keadaan ini bukan sahaja menampilkan Malaysia sebagai pelabuhan ekonomi, malah sebagai pentas diplomatik yang mampu menjadi jambatan antara kuasa besar dunia. Ia mengukuhkan imej Malaysia sebagai middle power yang berpengaruh, khususnya dalam kerangka Indo-Pasifik yang semakin dipertandingkan," katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini mengesahkan bahawa, Trump dan Qiang akan melawat Malaysia bersempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 bulan depan.

Ketika berucap bersempena Makan Malam Ulang Tahun Jubli Emas ke-50 Kumpulan Ambank, Anwar turut mendedahkan Putin sedang membuat pertimbangan serius untuk melawat Malaysia, susulan pertemuan di Beijing baru-baru ini.

Isyarat kepercayaan
Perunding Kanan Global Asia Consulting, Samirul Ariff Othman, pula berkata, lawatan Trump, Qiang dan pertimbangan Putin memberi makna simbolik yang besar.

"Ia lebih tepat dibaca sebagai isyarat kepercayaan dan daya tarikan geopolitik. Walaupun ia bukannya cop muktamad bahawa Malaysia ialah pusat perdagangan dunia, namun dari segi persepsi, ia adalah kemenangan diplomasi yang meningkatkan profil negara sebagai tuan rumah neutral dan medan pertemuan kuasa besar," katanya.

Samirul berkata, pengesahan bahawa Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 akan berlangsung di Kuala Lumpur dari 23 hingga 28 Oktober ini, menambah nilai strategik.

"Kehadiran Trump, Qiang dan kemungkinan Putin menjadikan Kuala Lumpur sebagai titik tumpuan Asia Tenggara," katanya.

Samirul turut menekankan bahawa hubungan kerja Malaysia dengan tiga kuasa besar ini berlaku ketika rundingan tarif AS-Malaysia yang kompleks sedang diselesaikan.

Perjanjian kompromi menyaksikan tarif AS ditetapkan pada 19 peratus, lebih rendah daripada ancaman awal 25 peratus, diimbangi dengan pakej pelaburan rentas sempadan dan pembelian tenaga.

"Ini menonjolkan keupayaan Malaysia mengurus realpolitik ekonomi dengan seimbang. Kita berjaya mengekalkan saluran perdagangan dengan AS, China dan Russia secara serentak, sesuatu yang jarang berlaku dalam landskap global masa kini," katanya.

Setakat separuh pertama 2025, Malaysia merekodkan pelaburan diluluskan bernilai RM190.3 bilion, meningkat 18.7 peratus tahun ke tahun, dengan 56.1 peratus daripadanya datang daripada pelaburan asing.

"Lawatan pemimpin berprofil tinggi dijangka mengukuhkan rantaian pelaburan ini," tambah Samirul.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-9-2025 11:19 AM | Show all posts
Wow syabas kepada nuar brahim dan Malaysia kerana tiga pemimpin besar dunia akan datang ke Malaysia!

Berharap @nusaraya tidak merasa iri hati
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2025 11:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Sembangggggggg
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2025 11:21 AM | Show all posts

Awak tidak berkeyakinan ke mereka akan datang ke malaysis?
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2025 11:26 AM | Show all posts
Malaysia kena berfikir secara strategik untuk menarik peluang yang ada. Tak boleh la jadi ekstremis sangat sampai nak merusuh bagai nanti syarikat asing pun lari. Kemudian rakyat hilang kerja. Kan bodoh namanya tu. Nak hidup zaman sekarang kena cerdik dan tak boleh ikut perasaan semata.
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2025 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
So, ape yg bestnye trump dtg ni..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-9-2025 11:49 PM | Show all posts
ultra78 replied at 12-9-2025 11:26 AM
Malaysia kena berfikir secara strategik untuk menarik peluang yang ada. Tak boleh la jadi ekstremis  ...

yes...
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2025 12:06 AM | Show all posts
Tampaknya PMX sangatmudah DITIPU atau DIPRANK oleh TRump .....

Sekaang  Apa pentingnya MalayDesh bagi Trump, Xi Jin Ping etc etc ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-9-2025 11:07 AM | Show all posts
nusaraya replied at 12-9-2025 08:06 AM
Tampaknya PMX sangatmudah DITIPU atau DIPRANK oleh TRump .....

Sekaang  Apa pentingnya MalayDesh ba ...

Tunggu dan lihat apakah benar mereka akan datang ke Malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2025 12:55 PM | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 13-9-2025 11:07 AM
Tunggu dan lihat apakah benar mereka akan datang ke Malaysia.

Ingat INI ... Janagan Lupa ya ....


[youtube]hKXTLOYeydY[/youtube]


Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2025 04:08 PM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 12-9-2025 11:21 AM
Awak tidak berkeyakinan ke mereka akan datang ke malaysis?

Entah le ..mcm tak berkeyakinan je...
Hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2025 04:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow,Trump,Qiang kemungkinan Putin akan dtg ke Malaysia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-4-2026 12:33 PM GMT+8 , Processed in 0.095073 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list