CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1725|Reply: 5

[Tempatan] Krisis politik negara ASEAN: Malaysia destinasi pelaburan lebih stabil

[Copy link]
Post time 13-9-2025 11:10 AM | Show all posts |Read mode


Krisis politik negara ASEAN: Malaysia destinasi pelaburan lebih stabilMalaysia berada pada landasan yang baik untuk menarik lebih banyak pelaburan asing -NSTP/MOHD FADLI HAMZAH
KUALA LUMPUR: Ketidakstabilan politik yang melanda beberapa pasaran ASEAN seperti Indonesia, Thailand dan Filipina dilihat memberi kelebihan kepada negara anggota lain termasuk Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang lebih stabil.
Ketua Penyelidik Rakuten Trade Sdn Bhd, Kenny Yee, berkata ketegangan politik yang semakin ketara di rantau ini mendorong pengurus dana global mencari pasaran yang lebih selamat, sekali gus membuka ruang positif untuk Malaysia.
Katanya, ketidakpastian politik biasanya menjadi faktor utama yang dijauhi pelabur institusi antarabangsa, justeru kestabilan Malaysia memberi nilai tambah berbanding beberapa negara jiran.
"Apabila ada kegawatan politik dalam sesebuah negara, ia adalah satu tanda besar untuk pengurus dana menarik diri. Kini, kita dapat lihat Indonesia dan Thailand sedang berdepan dengan situasi ini, dan secara langsung Malaysia mendapat limpahan kesan positif," katanya pada taklimat media unjuran pasaran suku keempat Rakuten Trade secara maya, hari ini.
Yang turut serta, Naib Presiden Penyelidikan Rakuten, Thong Pak Leng.
Menyentuh mengenai pembentangan Belanjawan 2026 serta jangkaan lawatan tokoh besar dunia termasuk Presiden Amerika SYarikat (AS), Donald Trump; Perdana Menteri China, Li Qiang dan Presiden Russia, Vladimir Putin bulan depan, Yee berkata, ia lebih kepada platform geopolitik berbanding pemacu pasaran secara langsung.
"Acara seperti sidang kemuncak itu penting untuk memperlihatkan peranan ASEAN, namun ia tidak memberi kesan terus kepada prestasi pasaran saham. Ya, sentimen akan bertambah baik, tetapi itu tidak semestinya diterjemahkan kepada kenaikan indeks," katanya.
Meskipun begitu, beliau optimis bahawa aliran masuk dana asing ke Asia semakin pulih, dibantu faktor kelemahan dolar AS yang mendorong pengurus dana global melabur dalam pasaran serantau yang lebih stabil.
"Kami menyemak semula sasaran hujung tahun FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) kepada 1,650 mata berbanding 1,630 mata sebelum ini. Dengan sokongan kukuh daripada sektor industri tempatan dan aliran dana asing, saya percaya sasaran ini mampu dicapai," katanya.
Yee menegaskan, faktor Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) turut menjadi pertimbangan utama pelabur luar, kerana mereka mahukan jaminan pulangan berdasarkan pertumbuhan ekonomi sebenar.
"Selain kestabilan mata wang, pelabur mahu lihat pertumbuhan KDNK yang mampan. Jadi, gabungan pertumbuhan ekonomi dan kestabilan ringgit menjadikan Malaysia destinasi yang lebih menarik," jelasnya.
Mengenai ringgit, beliau mengingatkan, jangkaan terlalu tinggi mungkin tidak realistik dalam masa terdekat, walaupun terdapat dua acara besar bulan depan.
"Saya telah nyatakan sebelum ini bahawa ringgit berpotensi mengukuh pada paras RM4.0 hingga RM4.15 menjelang akhir tahun. Untuk capai RM3.80, kita perlu melihat perkembangan lebih lanjut, khususnya dasar kadar faedah Rizab Persekutuan (Fed) AS," katanya.
Yee menambah, pengukuhan ringgit lebih bergantung kepada sejauh mana pelarasan dasar monetari global, terutama kadar faedah, dan bukannya semata-mata kepada acara diplomatik atau sidang kemuncak.
Dalam konteks pelaburan asing, beliau menjelaskan, wujud perbezaan antara aliran keluar dana ekuiti dengan pelaburan langsung asing (FDI).
"Kita jangan keliru. Malaysia sememangnya menerima aliran masuk pelaburan langsung asing, tetapi itu tidak bermakna pasaran saham akan serta-merta meningkat. Apa yang berlaku adalah aliran keluar masuk dana ekuiti yang sukar diramal," katanya.
Beliau memberi contoh, ada ketikanya dana pelaburan antarabangsa menjual pegangan di Malaysia untuk menumpukan kepada China dan Hong Kong, tetapi selepas itu kembali semula ke rantau ini.
Dari sudut penilaian saham, Yee menjelaskan bahawa pasaran Malaysia masih berdaya saing, dengan nisbah harga perolehan sekitar 15 kali, lebih rendah daripada purata sejarah 16.5 kali.
"Ini menunjukkan masih ada ruang untuk kenaikan. Penilaian saham kita masih munasabah, tidak terlalu mahal, dan ini memberikan peluang kepada pelabur untuk masuk," katanya.
Beliau turut mengingatkan, walaupun prospek rantau Asia positif, ketidaktentuan dari AS tetap menjadi risiko, terutama membabitkan pasaran pekerjaan, pertumbuhan ekonomi dan isu hutang negara melebihi AS$37 trilion.
"Secara keseluruhan, Asia kekal sebagai destinasi pelaburan lebih baik berbanding rantau lain. Malah, dengan sokongan pertumbuhan KDNK serta mata wang yang stabil, Malaysia berada pada landasan yang baik untuk menarik lebih banyak pelaburan asing," katanya.


https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2025/09/1445300/krisis-politik-negara-asean-malaysia-destinasi-pelaburan-lebih

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2025 01:11 PM | Show all posts
Tu pasal aku tak berapa percaya solidariti ekonomi ASEAN ni. Artikel ini bukti ahli yang tersenyum gumbira bila tetangga berkelahi.
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2025 01:35 PM | Show all posts
Edited by nusaraya at 13-9-2025 01:50 PM
Decaffeinated replied at 13-9-2025 01:11 PM
Tu pasal aku tak berapa percaya solidariti ekonomi ASEAN ni. Artikel ini bukti ahli yang tersenyum g ...

Tampaknya PAKAR atau AHLI itu X  TAHU atau PURA-PURA X TAHU bahwa BOM WAKTU atau TIME  BOMB  yang paling BESAR di ASEAN itu ada di MalayDesh  yang ketika MELEDAK dipicu oleh kerusuhan ANTAR KAUM akan MELULUH-LANTAKAN dan MENGHANCURKAN Seluruh Tatanan Sosial POlitik dan eksistensi negara MalayDesh dari MUKA BUMi ...
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2025 02:45 PM | Show all posts
Pelabur dari asia selatan datang nak jual piza, kedai runcit, jual sayur, jual tudung.
Pelabur ini juge akan sambil cari bini.
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2025 04:14 PM | Show all posts
Edited by silance at 13-9-2025 04:15 PM

https://www.msn.com/en-my/news/o ... 0a1050ace24c67&ei=7

Ini pun hasil kedatangan 'pelabor' asing juge.......
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2025 05:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Zaman najib jauh lebih stabil, bursa mencanak canak,  tapi difitnah negara nak bangkrup
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-7-2026 06:53 AM GMT+8 , Processed in 0.048296 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list