CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1869|Reply: 9

[Tempatan] Bayar RM2,500 untuk diseludup keluar Malaysia

[Copy link]
Post time 13-9-2025 11:16 AM | Show all posts |Read mode


Bayar RM2,500 untuk diseludup keluar MalaysiaBot membawa 33 PATI yang berjaya dipintas Maritim Malaysia Selangor di perairan Tanjong Karang. - Foto Maritim Malaysia Selangor

SHAH ALAM: Cubaan seorang tekong warga tempatan menyeludup keluar 33 pendatang asing tanpa izin (PATI) melalui jalan laut di perairan Tanjong Karang gagal selepas ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor, kelmarin.
Kegiatan itu dikesan menerusi hasil risikan serta maklumat awam sebelum pasukan rondaan digerakkan di bawah Op Ehsan, Op Tiris dan Op Patkor Optima Malindo 32/25.
Pengarah Maritim Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh, berkata pihaknya terdahulu mengesan bot gentian tanpa nombor pendaftaran pada jam 11.10 malam sebelum ia dipintas.
"Bot terbabit enggan berhenti walaupun sudah diarahkan sehingga dikejar hampir 10 minit sebelum ditahan di perairan kira-kira 5.5 batu nautika di barat Tanjong Karang.
"Pemeriksaan lanjut menemui 20 lelaki berusia 22 hingga 50 tahun, seorang kanak-kanak lelaki 11 tahun, 11 wanita berusia 25 hingga 63 tahun dan seorang kanak-kanak perempuan 10 tahun. Mereka berhimpit di dalam bot berkenaan," katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.
Abdul Muhaimin berkata, semua PATI gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah, manakala tekong warga tempatan berusia 27 tahun itu ditahan bersama bot.
"Siasatan awal mendapati sindiket mengenakan caj antara RM1,500 hingga RM2,500 bagi setiap PATI, bergantung jarak perjalanan.
"Kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 kerana cubaan keluar melalui laluan tidak diwartakan, manakala tekong disiasat mengikut Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007," katanya.
Beliau berkata, kesemua tahanan bersama bot dibawa ke jeti Maritim Malaysia Selangor untuk siasatan lanjut.
"Orang ramai diminta menyalurkan maklumat sebarang kegiatan mencurigakan di laut melalui talian 013-6606652 atau talian kecemasan 999 yang beroperasi 24 jam," katanya.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2025 01:08 PM | Show all posts
Is that the boat? Kot ya pun bagi lah bot yang semenggah sikit, RM2,500 ko pow.
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2025 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Gue warga tempatan di IC aja...jiwa gue msh di Gua Hantu Indon...
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2025 09:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 13-9-2025 01:08 PM
Is that the boat? Kot ya pun bagi lah bot yang semenggah sikit, RM2,500 ko pow.

Rasanya jarak nak sampai ke seberang tak jauh kot. Diorg pun tak kisah boat tu proper ke tak, asalkan boleh selamat sampai ke indon. Patutnya yg nak keluar malaysia ni biar je la, yg nak seludup masuk sini je kena tahan tak bagi masuk.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2025 05:22 PM From the mobile phone | Show all posts
kotakbaju replied at 14-9-2025 09:11 AM
Rasanya jarak nak sampai ke seberang tak jauh kot. Diorg pun tak kisah boat tu proper ke tak, asal ...

Tahan pati yg seludup kuar mesia supaya mereka x seludup masuk semula ke mesia...hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2025 09:19 PM From the mobile phone | Show all posts
namemysoul replied at 14-9-2025 05:22 PM
Tahan pati yg seludup kuar mesia supaya mereka x seludup masuk semula ke mesia...hehehehe {:1_563: ...

Iols kena hadam ayat uols ni berminit2 baru cerna elok paham kat otak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-9-2025 10:29 PM | Show all posts
kotakbaju replied at 14-9-2025 09:11 AM
Rasanya jarak nak sampai ke seberang tak jauh kot. Diorg pun tak kisah boat tu proper ke tak, asal ...

Ya dekat. Lebih penting laut tenang. Dari K Besut ke Perhentian pun dekat tapi naik speedboat boleh gugur jantung bila laut bergelora.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2025 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 14-9-2025 10:29 PM
Ya dekat. Lebih penting laut tenang. Dari K Besut ke Perhentian pun dekat tapi naik speedboat bole ...

Dekat betul tu jarak dari kukup ke kepri tu 16km je. Patut la semudah tu je pati ni nak masuk sini. Naik boat enjin biasa tu ntah ke tak brapa minit dah sampai.

Eh tapi berita kat atas kata area Tanjong Karang selangor nun. Yg kat sini pulak dekat ke atau jarak lebih kurang macam kat kukup ke kepri tu jugak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2025 11:58 PM | Show all posts
kotakbaju replied at 14-9-2025 10:36 PM
Dekat betul tu jarak dari kukup ke kepri tu 16km je. Patut la semudah tu je pati ni nak masuk sini ...

Oopss. I terkonfius dgn thread satu lagi yang kena tangkap di Johor

https://mforum.cari.com.my/forum ... &extra=page%3D2
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2025 01:08 AM | Show all posts
Interesting.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2026 05:04 AM GMT+8 , Processed in 0.566758 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list