2 warga Indonesia ditahan ketika memasuki Malaysia secara haram di perairan Johor Dua warga Indonesia ditahan di perairan Johor ketika memasuki negara ini secara haram.
PONTIAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Johor menahan dua lelaki warga Indonesia ketika cuba memasuki negara ini di perairan Johor, tengah malam tadi. Pemangku Pengarah Maritim Johor, Kapten Kama Azri Kamil berkata, tangkapan dilakukan pada jam 12.30 tengah malam di lokasi 2.3 batu nautika barat daya Tanjung Piai. Katanya, anggota peronda Maritim Malaysia berjaya mengesan sebuah bot fiber tanpa nombor pendaftaran yang bergerak dari sempadan Indonesia di Karimon sedang menuju ke perairan Tanjung Piai. "Hasil pemeriksaan berjahya menemui dua lelaki terbabit yang merupakan warga negara Indonesia berusia 38 dan 51 tahun tanpa mempunyai dokumen perjalanan sah. "Kedua -dua mereka di siasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 kerana memasuki perairan Malaysia tanpa kebenaran yang sah," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Kama Azri berkata pihaknya akan terus memperkukuhkan penguatkuasaan di laut dalam usaha mencegah pebagai aktiviti yang melanggar undang-undang termasuk penyeludupan dan kemasukan pendatang tanpa izin (PATI). Beliau meminta sebarang maklumat atau aduan berkaitan jenayah di laut disalurkan terus ke talian kecemasan MERS 999 atau menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Johor di talian 07-2199401.
|