CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 174|Reply: 0

[Sukan & Senibela Diri] Masters China: Zii Jia tersingkir lagi

[Copy link]
Post time 17-9-2025 04:33 PM | Show all posts |Read mode
Lee Zii Jia, sekali lagi terhenti di pusingan pertama pada Kejohanan Badminton Masters China 2025 di Shenzhen, sebentar tadi.





Masters China: Zii Jia tersingkir lagi



  • Oleh AIZATIE NAJMIN SULAIMAN
  • 17 September 2025, 4:22 pm





PETALING JAYA – Langkah perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia, sekali lagi terhenti di pusingan pertama selepas tewas kepada wakil Taiwan, Lin Chun Yi pada Kejohanan Badminton Masters China 2025 di Shenzhen, sebentar tadi.

Zii Jia bermula baik apabila menutup set pertama dengan kemenangan 21-17 selepas berbalas mata sengit dengan lawan yang kini menghuni ranking ke-15 dunia itu.

Namun, Chun Yi bangkit di set kedua dengan permainan lebih kemas dan aksi berlanjutan hingga wakil Taiwan itu menoktahkan kemenangan 23-21 sekali gus memaksa pertarungan ke set penentuan.

Di set ketiga, Zii Jia dilihat mula bergelut dengan kecederaan meskipun cuba meneruskan permainan dan Chun Yi pantas mendahului 14-6 sebelum pemain negara itu terpaksa mendapatkan rawatan dan akhirnya membuat keputusan untuk menarik diri.

Kegagalan meneruskan aksi itu menyaksikan Zii Jia masih gagal menamatkan badi pusingan pertama sejak kembali daripada kecederaan buku lali selepas Olimpik Paris 2024 termasuk tersingkir awal di Kejohanan Dunia dan Terbuka Hong Kong minggu lalu.

Chun Yi pula mara ke pusingan kedua dan bakal berdepan pemenang antara Kenta Nishimoto dari Jepun atau pilihan kelima kejohanan dari Indonesia, Jonatan Christie.

Bagi Zii Jia, penantian untuk mencatat kemenangan pertama di Jelajah Dunia BWF sejak suku akhir Orleans Masters Mac lalu terus berlanjutan, sekali gus menambah tekanan buatnya dalam usaha mencari semula rentak terbaik. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2025/09/17/masters-china-zii-jia-tersingkir-lagi/



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-11-2025 09:09 PM GMT+8 , Processed in 0.070986 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list