|
View: 8976|Reply: 63
|
[Tempatan]
Rahsia ketinggian Tengku Hassanal-umur empat bulan sudah diberi bayam, daging dan hati ayam,8 malam dah tidur- Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah
[Copy link]
|
|
|
Edited by YgBenar at 26-9-2025 04:33 PM
Baru-baru ini, Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menerusi sebuah video yang tular tentang pengalaman baginda dalam membesarkan anakanda-anakanda baginda, khususnya berkaitan pemakanan dan gaya hidup yang boleh membantu tumbesaran termasuk ketinggian. Patutlah Tengku Mahkota Pahang tinggi orangnya!
Baginda berkongsi bahawa pemakanan seimbang dan tidur yang mencukupi amat penting, terutamanya dalam tempoh 1,000 hari pertama selepas kelahiran.
Permaisuri hati Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah itu turut berkongsi kebiasaan masyarakat Melayu yang cenderung memberi anak-anak nasi dalam kuantiti yang banyak, sedangkan keutamaan sebenar ialah sumber protein, zat besi dan sayur-sayuran.
Saya masih ingat, anak umur empat bulan sudah diberi bayam, daging dan hati ayam.
“Saya memang lebihkan ayam dalam pemakanan mereka. Berdasarkan buku yang saya baca, kalau nak anak tinggi, lebihkan ayam, daging, ikan dan sayur. Nasi pula dikurangkan,” titah baginda.
Pandangan itu turut disokong oleh pempengaruh Dr Muhamad Hazwan Nazri ata Dr Wan Share.
Beliau menjelaskan, protein daripada ayam, daging, ikan dan hati ayam merupakan blok binaan utama bagi pembentukan otot dan tulang.
Selain itu, hati ayam yang tinggi zat besi penting untuk penghasilan hemoglobin iaitu komponen darah berperanan membawa oksigen ke seluruh tubuh, termasuk ke sel tulang dan otot, sekali gus menyokong pertumbuhan sihat serta optimum.
Baginda juga berkongsi, susu perlu dijadikan pilihan utama untuk anak-anak, manakala minuman manis seperti sirap atau air berperisa sebolehnya dielakkan.
Dalam masa yang sama, mantan Raja Permaisuri Agong ke-16 itu juga menekankan pengambilan air kosong dan susu yang cukup kerana kedua-duanya membekalkan kalsium dan protein yang penting bagi pertumbuhan tulang yang sihat.
Satu lagi tip penting menurut baginda ialah iaitu kepentingan tidur yang cukup dan awal.
Kalau nak anak tinggi, pukul 7.30 malam dah masuk katil, pukul 8 lampu tutup. Apabila anak mendapat lebih tidur, mereka akan lebih tinggi,” titah baginda.
Dari sudut saintifik, hormon pertumbuhan (growth hormone) dirembeskan secara lebih aktif ketika kanak-kanak tidur nyenyak, terutamanya pada waktu malam. Justeru itu, tidur awal sangat membantu perkembangan fizikal mereka.
Bonda yang penyayang itu juga mengingatkan, pemakanan ketika hamil juga mustahak.
Tempoh sembilan bulan dalam kandungan dan 1,000 hari pertama selepas kelahiran merupakan fasa emas yang menentukan tahap kesihatan, kecerdasan dan ketinggian anak.
Oleh itu, sepanjang tempoh ini, ibu disarankan mengambil makanan yang kaya dengan protein, zat besi, kalsium, vitamin D, serta memastikan waktu tidur yang mencukupi. Semua ini menjadi asas penting dalam melahirkan anak yang sihat, bertenaga dan memiliki ketinggian yang ideal.
SUmber: TikTok |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
hbis anak yg lain tu makan apa? anak say yg lelaki umo 15 skrg dh 169 makan memilih tak tau lah nk ckp |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
rospinki replied at 26-9-2025 09:49 AM
hbis anak yg lain tu makan apa? anak say yg lelaki umo 15 skrg dh 169 makan memilih tak tau lah nk c ...
Genetik pun kena ambil kira.. kaka dgn somi baper tinggi? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Anak meols yg baru nak masuk 8 tahun pun tinggi dah nak 135cm dah. Sedangkan meols tinggi 155cm je. Tapi takde pulak meols buat macam azmee ni cakap. Tapi seingat meols masa pregnant dulu meols suka minum susu dan makan multivitamin. Taktau le kot itu salah satu penyumbang ketinggian selain apaknya yang juga tinggi. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Dulu dulu di tahun 70an anak anak orang eropah pukul 5-6 dah masuk tidur. Tea time tu sebenarnya adalah makan malam untuk kanak kanak. Disebabkan ibu orang Asia, bapa sampai rumah pukul 6-6.30 masih tak tidur duduk depan tv… bapa tak suka. Dah besar baru dia bagi tau perlanggaran budaya Asia dan barat. Memang tak suka anak anak tidur lewat. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Brp tinggi tengku hassanal tu? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Terpaksa la semua angguk angguk kan
Anak tiri start bg makan umur berapa tak cite ke |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
4 bulan dah boleh makan daging ka? Tanya serius ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Betul, nak anak tinggi kena tukar diet. banyak mkn daging iaitu sumber protein dan susu. Tidur awal itu penting.
Kena check growth height anak ikut standard graf. If kurang dari standard, boleh jumpa doctor minta susu khas utk ketinggian. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Boleh. Kisar halus. Kita selalu dengar kata 6 bulan ke atas dah boleh makan tapi awal pon boleh, tengok pada keadaan baby tu yg dia sedia utk makan. Tak semestinya tunggu 6 bulan. Tapi kebanyakkan sayur, buah, daging, ayam tu dikisar halus la.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Tapi takut perut dia pulak tak boleh hadam.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Ank lelaki aku 18 thn tinggi 178.Ok dh tu. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Ank lelaki aku 18 thn tinggi 178.Ok dh tu. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
di mana orang kebanyakan : baby bawah 6 bulan mana boleh bagi makan, only susu   |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Bukan ke doktor kata kalau bawah 6 bulan jangan bg makan selain minum susu je.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
brapa ketinggian tengku mahkota?
tinggi sgt pun bukan elok...kwn meols 188cm, anak dia lagi tinggi dari dia, maybe above 190cm...few years ago alami masalah berkaitan tulang belakang disebabkan ketinggian dia..kwn meols kata masalah biasa utk org2 tinggi...kwn meols expatriate.... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
hasil mengAI
As of September 2025, the Crown Prince of Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, is reported to be
184 cm (6 feet 0.4 inches) tall.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
thanks...owh takde lah tinggi sgt...ingatkan lebih 190cm....meols ada kenal org local yg tinggi 188 cm...
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
baka kot
..moyangnya....almarhum sultan abu bakar memang tinggi besar |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Org korea pun tinggi2 blaka.. deme pun buat stail sama kaka ajmee ka? |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|