Melaka police investigate Hebrew sticker on Isuzu pickup reading ‘Malaysia is in our hands’
Malay Mail
Wed, 8 October 2025 at 9:32 am MYT
Malay Mail
MELAKA, Oct 8 — Police in Melaka have launched an investigation after a video went viral showing an Isuzu pickup truck displaying a sticker in Hebrew, the official language of Israel, with the message “Malaysia is in our hands.”
In a statement, Melaka Police Chief Datuk Dzulkhairi Mukhtar said preliminary inquiries revealed the vehicle is registered to a man living in Gemencheh, Negeri Sembilan.
He added that a police report was filed at 3.32pm on Monday by a man who serves as the special religious officer to the Melaka chief minister.
“The complainant lodged the report after seeing a 14-second video showing an Isuzu vehicle with a Hebrew sticker on its body,” Dzulkhairi said.
“Initial investigations indicate that the text translates as ‘Malaysia is our home / Malaysia is in our hands.’”
Police have opened an investigation under Section 505(b) of the Penal Code for acts likely to cause public fear or alarm.
They are also investigating under Section 233 of the Communications and Multimedia Act 1998 for improper use of telecommunication services.
The police chief urged the public not to speculate on the video and to allow authorities to carry out a thorough and transparent investigation.
“Police will ensure the safety and harmony of the community is always maintained,” he added.
Pelekat Hebrew tular: Pesara akui tempah 13 tahun lalu
NOR FARHANA YAACOBNOR FARHANA YAACOB
09 Oktober 2025 01:21pm
MELAKA – Polis Melaka telah merakam percakapan seorang pesara kerajaan yang merupakan pemilik kenderaan pacuan empat roda yang tular kerana memaparkan pelekat tulisan Hebrew baru-baru ini.
Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, berdasarkan siasatan yang dijalankan, lelaki berusia 59 tahun itu mengakui bahawa pelekat yang dilekatkan pada belakang kenderaannya itu telah ditempah di sebuah kedai di Selangor sejak 13 tahun lalu.
Menurut beliau, individu tersebut menggunakan bahasa Hebrew kerana minatnya terhadap pelbagai tulisan asing termasuk Greek dan Rusia.
“Dia pernah terlihat satu tulisan dalam bahasa Hebrew yang membawa maksud ‘Israel Betainu’, iaitu ‘Israel Rumahku’.
“Kemudian, dia mengolah tulisan itu dengan menukarkan ‘Israel’ kepada ‘Malaysia’, menjadi ‘Malizia Beiteinu’, yang bermaksud ‘Malaysia Rumahku’,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di Bukit Beruang di sini pada Khamis.
Jelas beliau, walaupun kenyataan daripada individu berkenaan telah direkodkan, siasatan masih diteruskan termasuk mendapatkan pandangan pakar bahasa untuk memastikan tiada unsur lain yang mencurigakan.
Ujarnya, pesara itu yang telah bersara sejak empat tahun lalu juga telah membuat laporan polis selepas kenderaannya tular di media sosial dan perkara itu disedari oleh adiknya yang sering menggunakan kenderaan tersebut.
Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang provokasi atau ulasan melampau di media sosial susulan isu ini.
Kes disiasat di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana menimbulkan ketakutan awam serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian telekomunikasi.
Terdahulu, Sinar Harian melaporkan tular satu klip video memaparkan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Isuzu yang dilekatkan pelekat bertulis ‘Malaysia rumah kami’ dalam bahasa Hebrew, iaitu bahasa rasmi Israel sekali gus mencetuskan kebimbangan dan kemarahan orang ramai.
Susulan itu, Pegawai Agama kepada Ketua Menteri Melaka, Hairul Amin Madon, telah membuat laporan polis di Balai Polis Merlimau.
Hairul Amin berkata, video yang menunjukkan kenderaan tersebut mula dikesan di media sosial sekitar tengah hari Selasa dan dipercayai dirakam di kawasan negeri ini.
Menurutnya, tulisan Hebrew pada pelekat berkenaan membawa maksud yang sangat sensitif iaitu ‘Malaysia milik kami’ atau ‘Malaysia di tangan kami’, yang boleh menimbulkan provokasi, terutama ketika isu Gaza masih menjadi perhatian dunia termasuk menerusi misi Global Sumud Flotilla (GSF).
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Kalo secara logik, takde la agent moss*d/isra*l nak expose diri dia cam nie kat Malaysia. Tau Malaysian memang anti diorang. Better dia gerak in silent.
Tak baik memfitnah uols baru balik dari umroh kan?
almarhum mak aku cerita imigration Israel layan dia hormat masa di nak pi Baitul Maqdis. Sama macam kastam aussie katanya, check luggage pun sopan ja. Dia banding dengan arab kasar.
Post time 9-10-2025 05:33 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by cmf_almondpecan at 9-10-2025 05:35 PM
Kalau tengok kat tulisan dia ni, malizia beitenu maksudnya Malaysia our home. Saya boleh baca sikit2 pelbagai tulisan termasuk arab/jawi, siam, cyrillic, Hebrew.