CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 577|Reply: 19

[Tempatan] Kebenaran lombong emas di Kelantan, penduduk mula berebut lokasi mendulang

[Copy link]
Post time 17-11-2025 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Abahmung at 17-11-2025 04:33 PM

[email protected]
17.November.2025




Kota Bharu: Pengumuman kerajaan negeri yang membenarkan rakyat Kelantan untuk mengusahakan perlombongan emas dengan kaedah mendulang menimbulkan polemik dalam kalangan penduduk.

Ada yang gembira dengan pengumuman berkenaan kerana menganggap rezeki buat penduduk apabila dibenarkan mendulang emas di tanah kerajaan walaupun secara berlesen.


Ada juga dalam kalangan perantau yang mahu berhenti kerja dengan pulang ke kampung halaman untuk melakukan aktiviti mendulang selepas melihat hasil yang diraih pendulang adalah lumayan.


Namun pada masa sama turut timbul pendebatan supaya kebenaran itu hanya termaktub kepada penduduk dan daerah berkenaan sahaja bukannya secara terbuka.



Ada penduduk di Jeli mula bertelingkah supaya jika lokasi emas itu berada di daerah berkenaan, kerajaan negeri hanya perlu memberi kebenaran kepada penduduk di daerah berkenaan sahaja untuk mendulang sekali gus ia menjadi pertikaian dan tidak puas hati penduduk di negeri lain.

Pendulang, Hafizi Che Mat, 45, dari Gua Musang berkata sejak pengumuman kerajaan negeri berkaitan kebenaran berkenaan, banyak pertikaian timbul di media sosial.

"Macam-macam timbul dan semua berpakat mahu menukar kerjaya kepada pendulang. Ada juga yang mula tamak dengan mahu monopoli kawasan berkenaan dengan melarang kerajaan negeri memberi kebenaran kepada penduduk daerah lain.

"Perkara ini memang sudah dijangka akan berlaku sedangkan di pihak kerajaan sendiri belum mengeluarkan garis panduan atau syarat untuk membolehkan lesen pendulang itu diperoleh," katanya ketika dihubungi.


Beliau berkata, situasi sebenar mendulang emas ini bukan sebagaimana yang digembar gemburkan sehingga ada yang mahu berhenti kerja untuk mendulang emas.

"Mendulang emas yang sebenar adalah bukan kerjaya mudah dan indah khabar dari rupa. Jangan berhenti dari kerja sedia ada semata-mata mahu pulang ke kampung untuk mendulang.

"Saya sendiri sudah mendulang sejak lapan tahun lalu dan ada ketikanya hanya RM200 hasil mendulang diperoleh dalam tempoh seminggu.

"Untuk kerjaya mendulang memang tidak mampu untuk saya menyara keluarga, sebaliknya saya perlu ada kerja lain dan mendulang adalah kerjaya sampingan bagi menampung keluarga," katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohamed Fadzli Hassan, berharap supaya tidak berlaku pertikaian antara penduduk Kelantan berhubung isu mendulang emas.

"Prosedur operasi standard (SOP) berkaitan kebenaran mendulang ini akan dibincangkan dalam mesyuarat kerajaan negeri Rabu ini untuk diperincikan," katanya.





­

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2025 04:37 PM | Show all posts
so lepas ni kurang la set2 kita mandi telanje dekat kajey, shah aley, rawe

udah semua pakat kelik kampung melombong emaihhh
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2025 05:55 PM | Show all posts
Baru nak bincang SOP mendulang?
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2025 05:57 PM | Show all posts
Kitty_catz replied at 17-11-2025 04:37 PM
so lepas ni kurang la set2 kita mandi telanje dekat kajey, shah aley, rawe

udah semua pakat keli ...

Mana maunyerr...

Satni hang tengoklah, warga lokal hanya mahu penduduk pemastautin tetap negara Kelantan saja dibenarkan mengapply lesen mendulang di kecamatan/kelurahan masing-masing.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2025 06:01 PM | Show all posts
airfilterkotor replied at 17-11-2025 09:57 AM
Mana maunyerr...

Satni hang tengoklah, warga lokal hanya mahu penduduk pemastautin tetap negara K ...

ohh so even ic 03 tabulehh apply mendulang yerr... rogiii laaaa set2 demo dok kenal bareyyyy, mu kecek supoo musuh isleyyy
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2025 06:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak lama tu ada la kes2 akan timbul. Tunggu je la masuk porum ni. Kerana emas la manusia boleh berbuhunan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-11-2025 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Seminggu RM200. Sebulan RM800. Siapa nak berhenti kerja tu?
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2025 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
airfilterkotor replied at 17-11-2025 05:57 PM
Mana maunyerr...

Satni hang tengoklah, warga lokal hanya mahu penduduk pemastautin tetap negara K ...

Wah weynak la jadi Pak Camat dan Pak Lurah Kelate
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2025 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
kotakbaju replied at 17-11-2025 06:10 PM
Tak lama tu ada la kes2 akan timbul. Tunggu je la masuk porum ni. Kerana emas la manusia boleh berbu ...


Berebut kawasan mendule

Done jealous
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2025 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 17-11-2025 06:28 PM
Berebut kawasan mendule

Done jealous

Uols try mendulang area tepi sungai sabak bernam tu tengok kot2 ada terselit emas jugak
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2025 07:01 PM | Show all posts
set kito mandi emah
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2025 07:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap2 esok tak de la kuar episod parang memarang.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2025 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
kotakbaju replied at 17-11-2025 06:31 PM
Uols try mendulang area tepi sungai sabak bernam tu tengok kot2 ada terselit emas jugak

Kawasan meols ni dah hilir... Bukan hulu sungai
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2025 10:33 PM | Show all posts
kotakbaju replied at 17-11-2025 06:10 PM
Tak lama tu ada la kes2 akan timbul. Tunggu je la masuk porum ni. Kerana emas la manusia boleh berbu ...

Baru announce dah ada yg monopoli kawasan katanya..


Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2025 10:39 PM | Show all posts
Ni baru Kelate, emas sungai Furat belum keluar lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2025 12:12 AM | Show all posts
Sekali state gomen dah gazet awal-awal, untuk warga lokal pemastautin tetap lokasi mendulangnya mesti mengikut kawasan lokaliti yang digazetkan seperti disiniiii.... siniiii... siniii dan siniiii. (sambil jari tunjuk kat peta depan mata wartawan)

Pada masa sama, state gomen akan berJV dengan sarekat luar negara (negara mana, korang pun tau) yang ada kepakaran melombong (dibacakan bukan mendulang) untuk mengeluarkan hasil perut bumi dengan keluasan ribuan hektar.

State gomen amat memerlukan wang.
Seperti apa yang telah berlaku kepada forest plantation, cenggitulah nanti bakal berlaku ke atas aktiviti melombong ini.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2025 09:20 AM | Show all posts
P la pakat2 balik mendulang emas. Majukan la negeri sendiri. Bukala kilang perlombongan emas di sana.

Ramai org kelantan kaya2 kan. Nanti tauke cina masuk korg gak bising
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2025 10:48 PM | Show all posts
Balik..balik..undi PAS demi Isley...
Moga2 boleh beli Mersadis....
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2025 10:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Jgn ada berita gaduh rebut kawasan emas and runtuhan tanah tempat korek emas sudehhhh..
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2025 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Sek kito mendulang telanje !
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-12-2025 05:33 PM GMT+8 , Processed in 0.061220 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list